Sinopsis
Zamri ialah
seorang bekas banduan yang mahu memulakan hidup baru dengan anak
dan isterinya. Malangnya, Zamri kini menjadi buruan sebuah
kumpulan haram yang diketuai oleh Ramon. Sementara itu, adik
Zamri bernama Awie merupakan seorang penyanyi kumpulan rock
popular dan tinggal bersama ayah mereka, pesara tentera bernama
Ahmad. Awie mempunyai hubungan cinta dengan Ella yang juga
seorang penyanyi rock. Namun begitu, kemunculan peminat setia
Awie bernama Ruby telah meretakkan hubungan Awie dengan Ella.
Apabila Awie dan Ruby ditangkap atas tuduhan berkhalwat,
hubungan Awie dan Ella terus putus. Zamri pula terus diburu dan
diugut oleh kumpulan haram tersebut hinggalah pada suatu hari,
isteri Zamri dibunuh dengan kejam. Ayah Zamri begitu tertekan
dengan tragedi yang menimpa keluarganya dan mengesyaki sesuatu
rahsia di sebalik kejadian tersebut.
Pengarah
Yusof Haslam
Penulis
Tiada maklumat
Pelakon
Awie
... Awie
Ella ... Ella
Shaharuddin Thamby
...
Erma Fatima ...
Yusof Haslam ...
Raja Azura ...
Malek Noor ...
A. Galak ...
Joe (Wings) ...
Eddie (Wings) ...
Jojet ...
Roy Azman ...
Ali Bakar ...
Adik Norshafina ...
Pekerja (crew)
Peter Lim
... Penataan Bunyi
Penerbit
Yusof Haslam
...
Penerbit
Skop Productions Sdn Bhd ...
Syarikat Penerbitan Filem
|
Judul
filem:
Pemburu Bayang
Judul Bahasa Inggeris: Shadow Chaser
Jenis cerita: Drama / Romantik
Bahasa: Melayu

|
|
|
Urusniaga
Kutipan jualan tiket: RM1.8 juta
|
|
|
Teknikal
Corak filem: Warna
|
|
| TriviA
Filem pertama
lakonan Awie.
|
|
| Kaitan
filem
Filem yang
membuat parodi:
Layar Lara
(1997)

|
|
| VCD
& Soundtrack

Video CD
Pengedar: -
No. Siri: -
|
|
|
|
|
|
Penafian
Laman web Filem Malaysia (www.filemkita.com)
merupakan sebuah laman web berasaskan maklumat mengenai
filem-filem buatan Malaysia dan filem-filem Melayu (terbitan
Tanah Melayu/Malaya dan Singapura) sejak tahun 1933 hingga era
2000. Segala maklumat, tulisan, gambar, dialog, senikata dan
klip audio/video adalah hak milik pengeluar filem dan para
karyawan, seniman/seniwati dan penulis yang terlibat. Sebarang
penyalahgunaan bahan-bahan dalam laman web ini adalah ditanggung
sepenuhnya oleh mereka yang tidak bertanggungjawab tersebut.
Penghargaan
Setinggi-tinggi terima
kasih kepada pihak yang bekerjasama memberi sumbangan ikhlas bagi melengkapkan maklumat
dalam
laman web ini.
|
|