Sinopsis
Semasa Umar
masuk ke sebuah bilik dengan tujuan mencuri, dia terserempak
dengan tuan rumah tersebut, Jamilah. Secara kebetulan, kawan
Jamilah turut ada bersama-sama. Umar terpaksa mencari helah lalu
mengaku dia adalah suami Jamilah. Kawan Jamilah mempercayai
kata-kata Umar walaupun Jamilah menafikannya. Setelah kawan
Jamilah pulang, Umar menerangkan sebab sebenar dia terpaksa
mencuri. Jamilah serba salah mendengar pengakuan ikhlas Umar
yang begitu menyentuh perasaannya. Malah Jamilah ingin membantu
dan memberi pinjaman wang kepada Umar. Kawan-kawan Jamilah pula
berasa gembira mendengar berita bahawa Jamilah sebenarnya sudah
berkahwin dan mereka ingin bertemu Umar.
Pengarah
KM Basker
Penulis
Tiada maklumat
Pelakon
Yusof Latiff ... Umar
Siput Sarawak
... Jamilah
S. Kadarisman ...
Siti Tanjung Perak
...
Pekerja (crew)
Tiada maklumat
Penerbit
Malay Film
Productions Ltd ...
Syarikat Penerbitan Filem
|
Judul
filem:
Pencuri
Jenis cerita: Drama / Romantik
Bahasa: Melayu

|
|
|
Teknikal
Corak filem: Hitam Putih
|
|
| VCD
& Soundtrack

Video CD
Pengedar: Music Valley
No. Siri: MVM 04.010
|
|
|
|
|
Penafian
Laman web Filem Malaysia (www.filemkita.com)
merupakan sebuah laman web berasaskan maklumat mengenai
filem-filem buatan Malaysia dan filem-filem Melayu (terbitan
Tanah Melayu/Malaya dan Singapura) sejak tahun 1933 hingga era
2000. Segala maklumat, tulisan, gambar, dialog, senikata dan
klip audio/video adalah hak milik pengeluar filem dan para
karyawan, seniman/seniwati dan penulis yang terlibat. Sebarang
penyalahgunaan bahan-bahan dalam laman web ini adalah ditanggung
sepenuhnya oleh mereka yang tidak bertanggungjawab tersebut.
Penghargaan
Setinggi-tinggi terima
kasih kepada pihak yang bekerjasama memberi sumbangan ikhlas bagi melengkapkan maklumat
dalam
laman web ini.
|
|