Sinopsis
Di daerah
Katong tinggal seorang kaya bernama Jaafar bersama isterinya
Rubiah dan adik iparnya Salim. Walaupun Salim seorang pemuda
kacak, tetapi perangainya amat buruk. Pada suatu hari, Rubiah
menerima surat daripada datuknya di Johor yang memintanya supaya
datang melawat. Oleh kerana tiada siapa untuk menjaga rumah,
Rubiah menyuruh Salim sahaja yang pergi ke Johor bagi
menggantikannya. Di rumah datuknya, Salim bertemu dengan seorang
gadis yang amat menarik hati bernama Salbiah. Keluarga Salbiah
terlalu banyak berhutang hinggakan tidak mampu membayar kembali
wang yang dipinjam dari seorang Sikh. Oleh kerana itu, Salbiah
mahu dikahwinkan dengan Sikh tersebut bagi menebus hutang. Salim
yang bersimpati dengan nasib Salbiah berjanji untuk menolong menjelaskan
segala hutang keluarga Salbiah walaupun dia sebenarnya tidak
mempunyai wang dan mempunyai niat lain. Salbiah yang terlalu
gembira dengan janji palsu Salim yang disangkakannya ikhlas,
telah dengan rela hati menyerahkan tubuhnya mengikut nafsu jahat
Salim. Selepas itu, Salim telah meninggalkan Salbiah dengan
janji untuk datang semula membawa wang dan mengahwininya. Tidak
lama kemudian, Salbiah menerima sepucuk surat tidak beralamat
daripada Salim yang menerangkan sebab sebenarnya dia tidak dapat
kembali. Salbiah berasa amat kecewa dengan berita tersebut. Apabila masa kelahiran bayinya semakin hampir, Salbiah
mengambil keputusan meninggalkan rumah keluarganya demi menjaga
nama baik ibunya. Salbiah yang tidak tahu di mana Salim tinggal,
cuba mencarinya di Singapura...
Pengarah
L. Krishnan
Penulis
L. Krishnan
... Cerita
Haji Mahadi ... Dialog
Pelakon
P. Ramlee ... Salim
Rokiah Jaafar ... Salbiah
Maria Menado ... Halimah
Daeng Harris ... Bakar
Ulong Jawa ... Jaafar
Siti Tanjung Perak
...
Mohd Yusuf ...
Saamah ...
Junaisi ...
Pekerja (crew)
A.
Bakar Ali ... Penolong Jurukamera
Ahmad Jaafar ... Penggubah Muzik
Chong Chee Liat ... Jurusuara
Haji Mahadi ... Penolong Pengarah
Kamal Mustaffa ... Penolong
Jurusuara
Koh Jee Soon ... Jurukamera
M. Haniff ... Pelukis Pemandangan
Penerbit
Malay Film Productions Ltd ... Syarikat Penerbitan Filem
Lain-lain
Shw Brothers Ltd ...
Pengedar Filem
|
Judul
filem:
Penghidupan
Bahasa: Melayu

|
|
|
Tayangan
Tarikh mula tayangan umum:
23 Mei 1951
|
|
|
Teknikal
Corak filem: Hitam Putih
|
|
| TriviA
Filem pertama
lakonan Maria Menado yang ketika itu baru
dimahkotakan sebagai Ratu Cantik Seluruh
Malaya-Indonesia pada Januari 1951 di Happy
World Stadium, Singapura.
Filem tunggal yang menggandingkan Maria Menado
dengan P. Ramlee.
Badan Kebajikan Melayu Singapura pernah meminta
supaya filem ini ditapis atau diharamkan kerana
'cuba memalukan bangsa Melayu'
|
|
| Istimewa
filemkita.com
Adegan-adegan yang
mencetuskan kontroversi
|
|
|
|
|
Penafian
Laman web Filem Malaysia (www.filemkita.com)
merupakan sebuah laman web berasaskan maklumat mengenai
filem-filem buatan Malaysia dan filem-filem Melayu (terbitan
Tanah Melayu/Malaya dan Singapura) sejak tahun 1933 hingga era
2000. Segala maklumat, tulisan, gambar, dialog, senikata dan
klip audio/video adalah hak milik pengeluar filem dan para
karyawan, seniman/seniwati dan penulis yang terlibat. Sebarang
penyalahgunaan bahan-bahan dalam laman web ini adalah ditanggung
sepenuhnya oleh mereka yang tidak bertanggungjawab tersebut.
Penghargaan
Setinggi-tinggi terima
kasih kepada pihak yang bekerjasama memberi sumbangan ikhlas bagi melengkapkan maklumat
dalam
laman web ini.
|
|