Sinopsis
Rashid dan
Habibah telah berkahwin selama tujuh tahun. Mereka mempunyai
seorang anak bernama Johan. Rashid bekerja di sebuah syarikat,
dan kawan-kawan sekerjanya terdiri daripada Yaakob, Salmah dan
Yusuf. Rumah tangga Rashid dan Habibah terumbang-ambing akibat
tiada persefahaman antara mereka berdua. Sering kali perkara
kecil menyebabkan mereka bersengketa. Rashid sering mengadu
tentang masalahnya kepada kawan-kawan di pejabat, dan Yaakob
sering menasihatkan Rashid supaya bersabar. Habibah juga selalu
mengadu kepada Mak Longnya dengan mendakwa bahawa dia berasa
seperti hamba abdi di rumah dan inginkan kebebasan. Habibah
meminta Mak Longnya mencarikannya kerja sebagai guru jahit.
Rashid begitu marah apabila mendapat tahu Habibah bekerja tanpa
keizinannya. Akibatnya Habibah membuat keputusan meminta cerai.
Mereka pergi mengadap Kadi. Setelah dinasihati oleh Kadi supaya
memikirkan hal anak mereka, Rashid dan Habibah bersetuju untuk
berbaik-baik semula. Namun, tidak berapa lama kemudian Habibah
mula menaruh perasaan cemburu terhadap Salmah, rakan sekerja
Rashid. Untuk kali kedua, mereka mengunjungi pejabat Kadi...
Pengarah
BN Rao
Penulis
BN Rao
... Cerita
S. Hassan Sahab ... Dialog
Pelakon
P. Ramlee ... Rashid
Normadiah ... Habibah
Nordin Ahmad ... Yaakob
Mariani ... Salmah
Aini Hayati ... Fatimah
Siti Tanjung Perak ... Mak
Long Habibah
S. Hassan Sahab ... Yusuf
Mustarjo ... Kadi
Zainon Ibrahim ... Enon
Adik Johan ... Johan
Pekerja (crew)
A. Bakar
Lahak ... Penolong Jurukamera
Chan Chow Ton ... Jurusuara
Edith Castillo ... Pereka Tari
G. Kollaart ... Penjaga Sambungan
HM Rohaizad ... Penulis Senikata
HR Narayana ... Penyunting Filem
JS Anthony ... Pengarah Seni
Kamal Mustafa ... Jurusuara
P. Ramlee ... Penggubah Lagu
Rasul Ibrahim ... Penolong Pengarah
Seni
RC Purushotham ... Jurukamera
S. Hassan Sahab ... Penolong
Pengarah
V. Radhakrishnan ... Proses Filem
Wong Fun ... Penyunting Filem
Wong Hong Peng ... Penolong Proses
Filem
Wong Siew Lee ... Penolong
Jurusuara
Yusof B ... Penyusun Muzik
Pancaragam
Penerbit
Malay Film Productions Ltd ... Syarikat Penerbitan Filem
Lain-lain
Shaw Brothers Ltd ...
Pengedar Filem
|