Filem ini
mengisahkan seorang pemuda (Hans Isaac) yang terbabit dalam
kegiatan jenayah di Kuala Lumpur. Dia menjadi buruan polis, lalu
melarikan diri ke Bangkok menerusi jalan darat. Di sana, pemuda
itu turut menyembunyikan diri dan pada masa yang sama dia
menghadapi masalah kerana kehilangan dokumen peribadi dan wang.
Jadi, dia merancang kembali ke Malaysia dengan menyamar bersama
imej baru supaya dapat mengelak daripada dikesan oleh pihak
polis. Dalam situasi lain, di Kuala Lumpur, terdapat kisah
seorang gadis (Erra Fazira) anak hartawan yang sudah bertunang
dengan teman lelakinya (Fahrin Ahmad). Cinta mereka musnah
apabila suatu hari gadis itu melihat sendiri bakal suaminya
berlaku curang dengan wanita lain. Gadis itu amat kecewa lalu
mengambil keputusan untuk bercuti panjang di Bangkok dan
serentak dengan itu boleh menemui beberapa kawan lamanya yang
tinggal di sana. Gadis itu tidak memberitahu terlebih dahulu
kepada kawannya kerana mahu membuat kejutan, lalu sebaik tiba di
lapangan terbang di Bangkok, dia menggunakan khidmat teksi untuk
ke rumah salah seorang kawannya. Nasib malang menimpa gadis itu
apabila dia dirompak dan cuba dirogol pemandu teksi terbabit.
Namun, dia sempat melarikan diri dan dikejar. Nasibnya baik
kerana pemuda yang datang dari Malaysia itu (Hans Isaac)
terserempak dengannya lalu menyelamatkan gadis berkenaan. Pemuda
itu membawa gadis berkenaan ke tempat persembunyiannya. Beliau
gusar kerana gadis itu pengsan dan apabila sedar, gadis itu
hilang ingatan pula. Sejak itu pelbagai konflik dan masalah
berlaku dan pada masa yang sama timbul bibit cinta antara pemuda
itu dengan gadis berkenaan.
Persona Non
Grata or 'A Stateless Man', is about Ben, a convict who sneaks
into Bangkok from Kuala Lumpur (KL) to avoid detention and
hopefully turn over a new leaf. However, upon arriving in
Bangkok, he loses his passport and money, forcing him to resort
to crime again. He is offered a job to kill someone by a
notorious local underworld group. Despite having never killed
anyone in his life, Ben joins the gang in the hope of making
enough money to return to KL. During a hunt and kill assignment,
Ben saves a young girl left on the road to die after an
accident. It turns out that the girl is also from KL. She had
come to Bangkok to heal her broken heart after discovering that
her fiancee was having an affair with another woman. The girl
was running away from a group of bad guys who wanted to abduct
and rape her when she was hit by a car and loses her memory. As
she only responded to the word 'hey' when asked for her name,
Ben decides to call her that.
Pengarah
Syed Azidi Syed
Abdul Aziz
Penulis
Syed Azidi Syed
Abdul Aziz ... Skrip
Abdul Raouf Abdul Rahman ... Skrip
Pelakon
Hans Isaac ...
Ben
Erra Fazira ...
Hey
Keegan Kang
(Australia) ...
Edward
Phattarat Sudprasert
(Thailand) ...
Fahrin Ahmad ...
M. Rajoli ...
Syanie ...
Patrick Teoh ...
Nancie Foo ...
Pekerja (crew)
Abdul
Raouf Abdul Rahman ... Pengurus Produksi
Indra Che Muda ... Pengarah Fotografi
Penerbit
Ruhani Abdul
Rahman ... Penerbit
Hans Isaac
... Penerbit Bersama
Nizarman (M) Sdn Bhd ... Syarikat Penerbitan Filem
Tall Order Productions Sdn Bhd ... Syarikat Penerbitan Filem
Judul
filem:
Persona Non Grata
Jenis cerita: Drama / Romantik
Bahasa: Melayu, Inggeris & Thai
Tarikh mula penggambaran:
15 Mei 2005 Antara lokasi penggambaran:
Bangkok & Ratchaburi (Thailand); Kuala Lumpur & Pulau
Pinang (Malaysia)
TriviA
Persona Non Grata
adalah istilah bahasa Latin yang diguna pakai
oleh pihak imigresen terhadap individu yang
tidak mempunyai kesahihan kerakyatan dan
tergolong dalam mereka yang tidak mempunyai
dokumen perjalanan ketika berada di luar negara.
Penerbit filem ini telah menganjurkan peraduan
mencari judul filem di mana 30% penyertaan
mencadangkan supaya judul sementara filem ini
(Persona Non Grata) dikekalkan. Judul-judul lain
yang dicadangkan ialah Pelarian Cinta, Cinta
Amnesia, Hey...! dan Sempadan Cinta.
Lagu &
lirik
Judul lagu tema:
Hanya Untukmu Penyanyi: Mawi
Judul lagu: Keliru Penyanyi: Syanie
Judul lagu: Kemarau Yang Panjang Penyanyi: Mel
Judul lagu: Mungkin Ku Bermimpi Penyanyi: Shamsul Cairel
Penafian
Laman web Filem Malaysia (www.filemkita.com)
merupakan sebuah laman web berasaskan maklumat mengenai
filem-filem buatan Malaysia dan filem-filem Melayu (terbitan
Tanah Melayu/Malaya dan Singapura) sejak tahun 1933 hingga era
2000. Segala maklumat, tulisan, gambar, dialog, senikata dan
klip audio/video adalah hak milik pengeluar filem dan para
karyawan, seniman/seniwati dan penulis yang terlibat. Sebarang
penyalahgunaan bahan-bahan dalam laman web ini adalah ditanggung
sepenuhnya oleh mereka yang tidak bertanggungjawab tersebut.
Penghargaan Setinggi-tinggi terima
kasih kepada pihak yang bekerjasama memberi sumbangan ikhlas bagi melengkapkan maklumat
dalam
laman web ini.
Komen
& sumbangan
Hantarkan kepada kamal@filemkita.com
Teruskan menyokong dan
membangunkan Filem Malaysia. Syabas!