Sinopsis
Hitam seorang
peniaga pasar malam serta penyeludup rokok. Dia bersama Akop dan
Derus selalu berpoya-poya di Kelab Dangdut. Di sana Hitam
menjalin perhubungan dengan Mammy dan Ina serta ramai GRO
perempuan yang tertarik dengan bakat menarinya. Di sana
juga Hitam bertemu Juita dan terpesona dengan paras rupa dan
tariannya. Hitam berazam memiliki Juita yang menolak kehadiran
lelaki kerana kecewa dengan sifat Karim. Jadi bertemulah dua
insan. Sementara itu, Karim selalu mengganggu Juita. Suatu malam,
Hitam membela Juita tetapi langkahnya tidak dihargai Juita. Ego
Hitam terusik dan dia mula bermusuhan dengan Karim. Karim
membalas dendam dan mencederakan Hitam sehingga parah. Ini
mendatangkan simpati dari Juita. Persahabatan mereka berubah
menjadi cinta tetapi Mammy dan Ina berasa cemburu. Hitam
melarang Juita meneruskan kerjaya menari tetapi Juita enggan
kerana terpaksa untuk membayar khidmat guaman untuk kes 390
mandatori adiknya, Sapri.
Pengarah
Arief Karmahani
Penulis
Tiada maklumat
Pelakon
Shaharuddin
Thamby ... Hitam
Ida Nerina ... Juita
Nasir Bilan Khan ... Karim
Linda Rafar ...
Badrul Muhayat ...
Liza Rafar ...
Izi Yahya ...
Suhaina Yahya ...
Bibi Yem ...
SA Bakar ...
M. Shah ...
Pekerja (crew)
Tiada maklumat
Penerbit
Anita Rafar ... Penerbit
Medanmas Sdn Bhd ... Syarikat Penerbitan Filem
|
Judul
filem:
Pesona
Cinta
Slogan: "Abang harus menyelamatkan
Ita dari hanyut dibuai malam"
Jenis cerita: Drama / Romantik
Bahasa: Melayu

|
|
|
Teknikal
Jenis filem: 35 mm
Corak filem: Warna
|
|
|
Bikin
filem
Antara lokasi penggambaran: Chow
Kit, Kuala Lumpur
|
|
|
|
|
|
Penafian
Laman web Filem Malaysia (www.filemkita.com)
merupakan sebuah laman web berasaskan maklumat mengenai
filem-filem buatan Malaysia dan filem-filem Melayu (terbitan
Tanah Melayu/Malaya dan Singapura) sejak tahun 1933 hingga era
2000. Segala maklumat, tulisan, gambar, dialog, senikata dan
klip audio/video adalah hak milik pengeluar filem dan para
karyawan, seniman/seniwati dan penulis yang terlibat. Sebarang
penyalahgunaan bahan-bahan dalam laman web ini adalah ditanggung
sepenuhnya oleh mereka yang tidak bertanggungjawab tersebut.
Penghargaan
Setinggi-tinggi terima
kasih kepada pihak yang bekerjasama memberi sumbangan ikhlas bagi melengkapkan maklumat
dalam
laman web ini.
|
|