Sinopsis
Filem seram ini
bertumpu kepada rentetan kejadian misteri yang berlaku pada dua era iaitu zaman
lampau dan masa kini. Pada lewat 1940-an primadona gamelan, Meriam tersepit di antara cinta dua lelaki, Marsani
dan Danial. Meriam akhirnya memilih Danial lalu menyebabkan Marsani cemburu. Meriam kemudiannya
dijumpai mati ketika hamil anak sulungnya. Sejak itu, kampung terbabit tidak lagi aman apabila berlaku
pelbagai kejadian menakutkan. Marsani hidup dalam ketakutan dan selalu dibayangi mimpi ngeri Meriam
yang dianggap menjadi pontianak. Lebih 50 tahun berlalu, Marsani terus menghabiskan sisa-sisa hidupnya
itu tetapi masih terkenangkan Meriam. Sesuatu yang aneh terjadi apabila muncul seorang
gadis, Maria yang wajahnya persis Meriam. Secara kebetulan, Maria adalah kawan baik
cucu Marsani, Norman dan isterinya, Anna. Sekali lagi beberapa peristiwa aneh berlaku dan kali ini Maria pula dituduh menjadi
pontianak oleh Marsani. Soalnya, siapakah sebenarnya Maria dan apakah hubungannya
dengan Meriam?
This movie is about a restless spirit seeking revenge.
It spans two eras, with an unsolved murder in the first half and the quest for justice in the second.
Pengarah
Shuhaimi Baba
Penulis
Shuhaimi
Baba ... Lakonlayar
Pelakon
Maya Karin ... Meriam &
Maria
Azri Iskandar
... Marsani
Rosyam Nor ... Asmadi
Eizlan Yusof ... Norman
Kavita Sidhu ... Anna
Sahronizam
... Danial
Nanu Baharuddin ... Laila
Ida Nerina ... Sitam
Sharifah Aleya ...
Haiza ...
Yusmal ...
Adam Hamid ...
Nadia Mustafa ...
Aziz Satar ...
Shah Reza ...
Azwan Ali ...
Sofia Ibrahim ...
Wahid Satay ...
Aimi Jarr ...
Pekerja (crew)
Ajai
... Penggubah Lagu Tema
Filus Ghazali
... Pengarah Fotografi
Habsah Hassan ... Penulis Senikata
Ibrahim Elias
... Pengarah Teknikal
Meor Hashim Manap ... Penyunting
Filem
Shuhaimi
Baba ... Penulis Senikata
Penerbit
Shuhaimi
Baba ... Penerbit
Aida Fitri Buyong ... Penerbit Eksekutif
Mohd Mahyidin Mustakim
... Penerbit Eksekutif
Jugra Publications Sdn Bhd ...
Penerbit Bersama
Pesona Pictures Sdn Bhd ... Syarikat Penerbitan Filem
|
Judul
filem:
Pontianak
Harum Sundal Malam
Judul awal:
Pontianak
Judul lain:
Pontianak Harum Sedap Malam
Slogan: Sins of the past revisit
Jenis cerita:
Drama / Seram
Bahasa: Melayu

|
|
|
Tayangan
Tarikh mula tayangan umum:
20 Mei 2004
|
|
|
Urusniaga
Kos
pembikinan filem: RM2.2 juta
Kutipan jualan tiket: RM3.2 juta
|
|
|
Teknikal
Corak filem: Warna
|
|
|
Bikin
filem
Tarikh mula penggambaran: 19 Jun
2003
Tarikh tamat penggambaran: Ogos
2003
Antara lokasi penggambaran:
Kampung Paku Laris, Sungai Lembing (Pahang); Ampang, Sungai
Pencala (Kuala Lumpur); Istana Bandar, Jugra; Rimbun Dahan, Tasik Biru
Kundang (Kuang); Taman Rimba, Taman Tun Dr Ismail; Taman
Pertanian Bukit Cahaya, Shah Alam
|
|
| Anugerah
& festival filem
Pertandingan:
Festival Filem Malaysia ke-17, 2004
ANUGERAH:
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik - Rosyam
Nor
Penyunting Terbaik - Meor Hashim Manap
Pertandingan:
Estepona International Film Festival of Fantasy
and Terror, 2004
ANUGERAH:
Pengarah Terbaik - Shuhaimi Baba
Skor Muzik Terbaik -
Sinematografi Terbaik - Filus Ghazali
Pertandingan:
Festival Filem Asia Pasifik ke-49, 2004
(Fukuoka, Jepun)
ANUGERAH:
Pelakon Wanita Terbaik - Maya Karin
|
|
| TriviA
Filem
ini menggunakan teknik rakaman suara secara
terus di lokasi.
Filem ini dirakam menggunakan kamera berdefinisi
tinggi (HD).
Teknik CGI (imejan berkomputer) membabitkan kos
kira-kira RM500,000.
Skrip filem ini mula dihasilkan pada tahun 2000
dan sejak itu ia terpaksa dirombak sebanyak 9
kali sebelum diluluskan untuk penggambaran.
Watak Meriam pernah ditawarkan kepada Anggun,
penyanyi yang berasal dari Indonesia.
Menerima anugerah Pilihan Kaki Wayang ERA dalam
Anugerah ERA 04 dengan mengenepikan 4 buah filem
komedi.
|
|
|
|
| Dialog
"Sape yang nakkan
orang tiga suku macam Madi ni Ayah Chik?" -
Asmadi

|
|
| Lagu &
lirik
Judul lagu tema:
Pulangkan
Penyanyi: Misha Omar
 |
|
| VCD
& Soundtrack

Video CD
Pengedar: Golden Satellite
No. Siri: GPI 135
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Penafian
Laman web Filem Malaysia (www.filemkita.com)
merupakan sebuah laman web berasaskan maklumat mengenai
filem-filem buatan Malaysia dan filem-filem Melayu (terbitan
Tanah Melayu/Malaya dan Singapura) sejak tahun 1933 hingga era
2000. Segala maklumat, tulisan, gambar, dialog, senikata dan
klip audio/video adalah hak milik pengeluar filem dan para
karyawan, seniman/seniwati dan penulis yang terlibat. Sebarang
penyalahgunaan bahan-bahan dalam laman web ini adalah ditanggung
sepenuhnya oleh mereka yang tidak bertanggungjawab tersebut.
Penghargaan
Setinggi-tinggi terima
kasih kepada pihak yang bekerjasama memberi sumbangan ikhlas bagi melengkapkan maklumat
dalam
laman web ini.
|
|