Mengisahkan Jeff,
Dina, Harry dan Winnie yang merupakan
mahasiswa yang sedang menjalankan tugasan iaitu menghasilkan buletin kampus. Masing-masing membuat
persiapan untuk menulis mengenai hal-hal yang berlainan. Jeff yang tertarik dengan kewujudan sebuah banglo
ingin menulis mengenai perkara aneh yang berlaku di banglo itu, ia menjadi bualan para pelajar kampus. Misteri
bermula apabila Jeff menemui sebuah potret berhampiran dengan banglo tersebut. Sejak itu, dia sering
mengalami kejadian aneh. Dina yang membuat artikel mengenai rumah anak yatim pula telah menemui bukti
yang dapat mengaitkan Jeff dengan banglo tersebut. 23 tahun yang lalu, Kartini telah meminta
seorang pelukis, Hayden untuk melukis potretnya. Potret itu adalah untuk dihadiahkan kepada
suaminya, Amar yang keluar negara atas urusan perniagaan. Sekembalinya ke tanah air,
Amar mendengar cerita dari penduduk sekitar bahawa Kartini telah berlaku curang kerana sering dikunjungi oleh
seorang lelaki semasa ketiadaannya. Amar menjadi marah maka berlakulah peristiwa yang sangat
mengerikan. Apakah kaitan Jeff dengan banglo tersebut? Potret siapakah yang ditemui oleh Jeff di banglo
itu?
Jeff, a university student, was interested in writing an article about a haunted bungalow for his university bulletin. He found
himself unavoidably drown to the bungalow that had many mysterious happenings surrounding it. When investigating strange
lights at the bungalow, he found a portrait of a beautiful woman at the bungalow. Strange things began to happen when Jeff
kept the portrait. That was when he found himself linked to the tragic deaths that once happened in the bungalow.
Pengarah
A. Razak
Mohaideen
Penulis
Azhari
Zain ... Lakonlayar
A. Razak
Mohaideen ... Konsep cerita
& Skrip
A. Shukor Mohaideen
... Skrip
Pelakon
Cico Harahap
... Jeff
Lintang Asih
(Indonesia) ... Dina
Khai (AF)
...
Harry
Winnie Kok
...
Winnie
Erra
Fazira
...
Kartini
Khir Rahman ... Hayden
Zamarul Hisham ... Amar
Khatijah Tan
... Latifah
Intan Jusmiera ... Atila Meera
Aminah Ahmad ... Bidan
Farid Kamil
...
Serina Redzuawan
...
Aznah Hamid
...
Ismail Din
...
Seelan Paul
...
Normala Omar
...
Mohd Pierre Andre ...
Pekerja (crew)
A. Latiff
Mohaideen ... Penerbit Penyelaras
Aileen Seet ... Pengurus Produksi
Amy MIG ... Penata Muzik
Azhari Zain ... Penolong Pengarah
Brian Ng ... Penata Muzik
Musa Idris ... Penyunting Filem
Rizal Othman
... Penolong Pengarah
Teddy Iskandar ... Penata Muzik
Zainal Abidin Othman ... Pengarah
Fotografi
Penerbit
David Teo
... Penerbit
Ahmad Puad Onah ... Penerbit
Eksekutif
Grand Brilliance Sdn Bhd ...
Penerbit Bersama
Metrowealth Movies Production ...
Syarikat Penerbitan Filem
Judul
filem: Potret Mistik
Slogan:
Psiko seram pertama di Malaysia yang pasti
meremangkan bulu roma anda!
Jenis cerita: Misteri / Triller Bahasa: Melayu
Tarikh mula
penggambaran: 28 Mac 2004
Tarikh tamat penggambaran: 19 April 2004
Antara lokasi penggambaran: Bukit Fraser, Pahang; Kuala Kubu Bharu,
Tanah Perkuburan Rawang, Selangor
TriviA
Filem ini
dibuat selepas kejayaan filem Mistik
(2003), tetapi ia bukanlah sebuah filem sambungan.
Penafian
Laman web Filem Malaysia (www.filemkita.com)
merupakan sebuah laman web berasaskan maklumat mengenai
filem-filem buatan Malaysia dan filem-filem Melayu (terbitan
Tanah Melayu/Malaya dan Singapura) sejak tahun 1933 hingga era
2000. Segala maklumat, tulisan, gambar, dialog, senikata dan
klip audio/video adalah hak milik pengeluar filem dan para
karyawan, seniman/seniwati dan penulis yang terlibat. Sebarang
penyalahgunaan bahan-bahan dalam laman web ini adalah ditanggung
sepenuhnya oleh mereka yang tidak bertanggungjawab tersebut.
Penghargaan Setinggi-tinggi terima
kasih kepada pihak yang bekerjasama memberi sumbangan ikhlas bagi melengkapkan maklumat
dalam
laman web ini.