Ia mengisahkan
Tok Demang yang tidak mahu menggunakan perkhidmatan Mak Esah,
seorang bidan yang terkenal, untuk anaknya Mayang yang sedang
mengandung. Oleh kerana tidak puas hati, Mak Esah meminta tolong
anak saudaranya, Hitam, untuk menggunakan ilmu hitamnya bagi
mengganggu keluarga Tok Demang. Hitam mencipta sejenis hantu
dengan memotong kepala sahabat baiknya, Singkuang. Hantu itu
terus mengganggu Tok Demang, isterinya, anaknya Mayang serta
suaminya Indera. Dengan bantuan ayah Indera, seorang bomoh,
hantu itu berjaya dimusnahkan. Perkara itu tidak memuaskan hati
Hitam, lalu Hitam membunuh ayah Indera. Tidak lama kemudian,
Indera pula membalas dendam di atas kematian ayahnya dengan
membunuh Hitam dan Mak Esah. Selepas peristiwa itu, kampung Tok
Demang kembali aman.
Pengarah
Omar Rojik
Penulis
Tiada maklumat
Pelakon
Ed Osmera
... Indera
Mariati
... Mayang
Alias Lantau
... Hitam
Mak Enon
... Mak Esah
Shariff Baboo
... Tok Demang
Tony Azman
... Singkuang
Samsi Said ... Ayah Indera
Hussein Jantan ... Kachung
Rahim B ... Kudus
Pekerja (crew)
Tiada maklumat
Penerbit
Merdeka Film
Productions
... Syarikat Penerbitan Filem
Penafian
Laman web Filem Malaysia (www.filemkita.com)
merupakan sebuah laman web berasaskan maklumat mengenai
filem-filem buatan Malaysia dan filem-filem Melayu (terbitan
Tanah Melayu/Malaya dan Singapura) sejak tahun 1933 hingga era
2000. Segala maklumat, tulisan, gambar, dialog, senikata dan
klip audio/video adalah hak milik pengeluar filem dan para
karyawan, seniman/seniwati dan penulis yang terlibat. Sebarang
penyalahgunaan bahan-bahan dalam laman web ini adalah ditanggung
sepenuhnya oleh mereka yang tidak bertanggungjawab tersebut.
Penghargaan Setinggi-tinggi terima
kasih kepada pihak yang bekerjasama memberi sumbangan ikhlas bagi melengkapkan maklumat
dalam
laman web ini. Terima kasih khas kepada Smartmouth_22 (sinopsis
& maklumat
filem).