Puteri Gunung Ledang / 2004

Sinopsis

Empayar Majapahit dilanda gawat setelah diserang oleh Putera Demak dari Jawa. Mengelak dari kejadian menjadi bertambah buruk, raja Majapahit, Gusti Adipati Handaya Ningrat menawarkan Demak berkahwin dengan adiknya, Gusti Putri Retno Dumilah. Tanpa pengetahuannya, Gusti Putri telah melarikan diri dengan berlayar ke Gunung Ledang untuk bersama cinta hatinya Hang Tuah. Gusti Adipati terpaksa menjalinkan perkaitan dengan Melaka pula dengan menawarkan adiknya pada Sultan Mahmud Shah pula. Gusti Putri menentang perkahwinan tersebut kerana cintanya hanya pada Hang Tuah. Sultan Mahmud menghantar utusan yang diketuai oleh Hang Tuah ke Gunung Ledang, tetapi dihalang oleh kuasa ajaib Gusti Putri. Akhirnya, setelah pelbagai cabaran, Gusti Putri terpaksa menurut permintaan Hang Tuah yang taat pada Sultan, tetapi dengan 7 syarat. Perutusan pulang ke istana Melaka tanpa Hang Tuah yang kecewa atas kegagalannya. Sultan Mahmud murka dengan kedegilan Gusti Putri dan sanggup menerima cabaran ketujuh-tujuh syarat walaupun bakal meragut nyawa anaknya sendiri.

Puteri Gunung Ledang is a love story taking place in 15th century Malacca. The story begins when Princess Gusti sails away from her war torn homeland in search of her love, Admiral Hang Tuah, in Malacca. There, she waits for him at Gunung Ledang. But her brother, Gusti Adipati, has plans to marry her off to Pangeran Demak, in the hopes that Demak would stop his attacks on their homeland of Majapahit. Discovering that his sister had fled to Malacca, Gusti Adipati follows suit, and offers her to the Sultan of Malacca, Sultan Mahmud, in the bid that the Sultan will protect them from the attacks of the Pangeran Demak. The Sultan, who already has a wife, agrees to take on a second. Princess Gusti, upon receiving this news, decides to return to their homeland and marry Demak, for she cannot bear the thought of staying in Malacca without her true love. Her wishes are not granted, and preparations for her wedding to the Sultan are underway. Hang Tuah, upon receiving the news of the impending wedding carries on his loyal duties, for his loyalty lies strongly with the Sultan and the State. He leads a party up the challenging Gunung Ledang to ask Princess Gusti for her hand in marriage, on behalf of the Sultan. Hurt and angry, Princess Gusti agrees to the marriage, on the condition that the Sultan grants her seven wishes. Adipati witnesses the exchange between Hang Tuah and his sister, and attacks Hang Tuah. The Admiral manages to beat him, and becomes confused over his actions. Hang Tuah promises to remain at Gunung Ledang forever because of this. Meanwhile, the Sultan is able to grant the Princess six wishes. In the final wish, the Sultan has to drive a keris into his own son's flesh to get a bowl of blood. Before he is about to drive the keris, Princess Gusti appears and rebukes him. The Sultan, hurt and angry, casts a curse on the Princess to live at Gunung Ledang, never to be seen by another human being again. Hang Tuah, upon learning of the curse, rushes to Gunung Ledang to see his love for the last time. Alas, it was too late. Their love story remains a great legend till this day.


Pengarah

Saw Teong Hin


Penulis

Mamat Khalid ... Lakon Layar
Saw Teong Hin ... Lakon Layar


Pelakon

Tiara Jacquelina ... Gusti Putri Raden Ajeng Retno Dumilah
M. Nasir
... Laksamana Hang Tuah
Rahim Razali
... Bendahara
Adlin Aman Ramli
... Sultan Mahmud
Sofia Jane
... Tun Teja
Khir Rahman ... Tun Mamat
Sabri Yunus ... Sang Setia
Man Bai ... Topok
Radhi Khalid ... Tapik
Zulkifli Zain ... Pengumum
Mahadi Shor ... Shahbandar
Khairul Anwar ... Pangeran Demak
Ruminah Sidek ... Nenek Kebayan
Christine Hakim (Indonesia) ... Bayan
Slamet Rahardjo (Indonesia)
... Patih
Alex Komang (Indonesia)
... Gusti Adipati Wira Namtani
Dian Sastrowardoyo
(Indonesia) ... 
Melissa Saila ... 


Pekerja (crew)

Adam Chan (Hong Kong) ... Koreografer Stunt
Ariffin Yeop Mahidin
... Koreografer Silat
Hairul Nizar Salleh Askor ... Penolong Pengarah
Hasnizar Ithnin ... Pereka Produksi
Jason Kwan (Hong Kong) ... Pengarah Fotografi
M. Nasir ... Muzik
Mahyuddin Sidik ... Pereka Kostum
Md Hanif Hassan (ntv7) ... Pengarah 'Di Sebalik Tabir'
Pat T Ibrahim ... Pengarah Uji Bakat
Razaq Sahibjahn ... Pengurus Produksi
Rokman Mustaffa ... Pereka Aksesori
Tan Yan Wei ... Muzik


Penerbit

Ade F. Djajamihardja ... Penerbit
Mini Purushot
... Penerbit
Datuk Effendi Norwawi ... Penerbit
Tiara Jacquelina ... Penerbit Eksekutif
Datuk Shazally Ramli (ntv7)
... Penerbit Bersama
EnfiniTi Productions Sdn Bhd ... Syarikat Penerbitan Filem


Lain-lain

Rosellini & Associates Inc ... Pengedar Filem

Judul filem:
Puteri Gunung Ledang

Judul Bahasa Inggeris: The Princess of Mount Ledang
Jenis cerita:
Drama / Romantik
Bahasa:
Melayu

Tayangan

Tarikh mula tayangan umum: 31 Ogos 2004

Urusniaga

Kos pembikinan filem: RM16 juta
Kos promosi: RM4.5 juta

Teknikal

Corak filem: Warna

Bikin filem

Tarikh mula penggambaran: 22 Januari 2003
Tarikh tamat penggambaran: Oktober 2003
Antara lokasi penggambaran: Tasik Kenyir, Pulau Perhentian (Terengganu); Gunung Jasar, Gunung Brinchang, Cameron Highlands (Pahang); Pulau Indah, Stadium Melawati, Shah Alam (Selangor); Air Hitam, Sungai Kesang, Muar, Parit Sulong, Batu Pahat, Gunung Ledang (Johor); Lata Kinjang & Port Dickson

Anugerah & festival filem

Pertandingan: Bangkok International Film Festival, 2005
ANUGERAH:
Tiada

Pertandingan:
Festival Filem Malaysia ke-18, 2005
ANUGERAH:
Pengarah Terbaik - Saw Teong Hin
Lakon Layar Terbaik - Mamat Khalid & Saw Teong Hin
Skor Muzik Terbaik
- M. Nasir & Tan Yan Wei
Penataan Seni Terbaik
- Hasnizar Ithnin
Anugerah Khas Juri
- Filem inovatif & berinspirasi

Penyertaan:

61st Venice International Film Festival, September 2004 (Italy).
48th San Francisco International Film Festival, 2005 (USA).

TriviA

Sedutan filem ini telah ditayangkan buat pertama kali di Festival Filem Malaysia ke-16 pada April 2003 dimana ia disiarkan secara langsung ke seluruh negara melalui TV1.

Sepanjang 9 bulan tempoh keseluruhan penggambaran yang bermula pada Januari 2003, jumlah hari penggambaran yang dilakukan di lokasi adalah selama 94 hari sahaja. Pembikinan filem ini juga terganggu oleh faktor cuaca.

Watak Tun Mamat dan Sultan Mahmud masing-masing pada mulanya ditawarkan kepada Rosyam Nor dan Azri Iskandar.

Filem pertama yang dihantar oleh pihak kerajaan Malaysia bagi menyertai Academy Awards.

Kaitan filem

Persamaan cerita:
Puteri Gunung Ledang (1961)

Dialog

"Setiap orang punya impian... Impian itu yang bisa meneruskan kehidupan ini" - Gusti Putri

Lagu & lirik

Judul lagu: Bagai Sakti
Penyanyi: Tiara Jacquelina

VCD & Soundtrack

[gambar]
Video CD

Pengedar (Edisi Khas): Enfiniti Productions
Pengedar: Golden Satellite
No. Siri: -

[gambar]
Album Soundtrack

Penerbit: Enfiniti Productions
Pengedar:
Suwah Enterprise

Jaringan laman web

Puteri Gunung Ledang (laman web rasmi)

Istimewa filemkita.com

www.filemkita.com/pgl



Filem lain: A|B|C|D|E|F|G|H|I|J|K|L|M|N|O|P|Q|R|S|T|U|V|W|X|Y|Z Mula


Penafian
Laman web Filem Malaysia (www.filemkita.com) merupakan sebuah laman web berasaskan maklumat mengenai filem-filem buatan Malaysia dan filem-filem Melayu (terbitan Tanah Melayu/Malaya dan Singapura) sejak tahun 1933 hingga era 2000. Segala maklumat, tulisan, gambar, dialog, senikata dan klip audio/video adalah hak milik pengeluar filem dan para karyawan, seniman/seniwati dan penulis yang terlibat. Sebarang penyalahgunaan bahan-bahan dalam laman web ini adalah ditanggung sepenuhnya oleh mereka yang tidak bertanggungjawab tersebut.

Penghargaan
Setinggi-tinggi terima kasih kepada pihak yang bekerjasama memberi sumbangan ikhlas bagi melengkapkan maklumat dalam laman web ini. Terima kasih khas kepada Asia Pacific Videolab (sinopsis & trailer).

Komen & sumbangan

Hantarkan kepada kamal@filemkita.com

Teruskan menyokong dan membangunkan Filem Malaysia. Syabas!




Idea, rekabentuk & pengumpulan maklumat oleh Kamal Hakcipta laman web 1999-2004 khyswebdesign
Lain-lain hakcipta adalah terpelihara