Sinopsis
Nora, seorang gadis kilang berangan menjadi puteri raja. Impiannya menjadi kenyataan
apabila memenangi peraduan yang dianjurkan stesen televisyen. Zulkifli, seorang jurukamera
ditugaskan untuk merakamkan rancangan Nora tetapi dia tidak
menyenanginya. Nora bertemu dengan Tengku Faizal, seorang putera raja
dan dia menggunakan Faizal untuk menjauhkan Zulkifli daripadanya. Hubungan
Nora dan Faizal semakin erat dan Zulkifli yang mencintai Nora minta ditukarkan ke tempat lain. Faizal ingin mengahwini
Nora tetapi tidak mendapat restu ayahnda dan bondanya.
Her dream was to be a princess. Her dream came true when she was offered to sign a contract. In this
contract, she agreed to be a princess for 10 days. Complications ensue when a real-life prince falls in love
with her.
Pengarah
Aziz M. Osman
Penulis
Aziz M. Osman
... Cerita & Lakonlayar
Pelakon
Amy Mastura
... Nora
Hairie Othman ... Tengku Faizal
Cico Harahap ... Zulkifli
Nor Aliah Lee ... Nancy
Kuman (Bob KU2) ... Jurukamera
Dilla Ahmad ...
Azwan Ali ... Pengacara TV
Sophia Ibrahim ... Permaisuri
Pekerja (crew)
Azman Abu Hassan ...
Pengarah Penataan Bunyi & Muzik
Badaruddin Azmi ...
Pengarah Fotografi
Penerbit
Grand Brilliance Sdn Bhd ... Syarikat Penerbitan Filem
|
Judul
filem:
Puteri Impian
Judul Bahasa Inggeris: Dream Princess
Slogan: Apabila impian menjadi kenyataan... dan terus menjadi
kenyataan...
Jenis cerita: Komedi / Romantik
Bahasa: Melayu

|
|
|
Teknikal
Jenis filem: 35 mm
Corak filem: Warna
|
|
|
Bikin
filem
Antara lokasi penggambaran: Kuala Lumpur
|
|
Anugerah
& festival filem
Pertandingan:
Anugerah Skrin TV3 ke-3, 1998
ANUGERAH:
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik - Nor Aliah Lee
Pertandingan:
Festival Filem Malaysia ke-14, 1999 (Ipoh)
ANUGERAH:
Pelakon Wanita Terbaik - Amy Mastura
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik - Nor Aliah Lee
Penataan Bunyi Terbaik - Azman Abu Hassan
Anugerah Khas Juri - Filem yang
dicalonkan dalam semua kategori
|
|
| TriviA
Permulaan filem:
"Ingatan abadi untuk Puteri Diana".
|
|
|
|
| Lagu &
lirik
Judul lagu: Gema Rembulan
Penyanyi: Amy Mastura
Bulan menyinari di angkasa
Menebus kegelapan cuaca
Tak terbanding segalanya di suluhkan nyata
Semalaman menyinari ke segenap maya
Andainya lah
Menciptakan hati
Si pemuda dan pemudi peri
Di segenap sudut
Keseluruh negeri
Sang rembulan
Menyerikan bumi
 |
|
| VCD
& Soundtrack

Video CD
Pengedar: -
No. Siri: -
|
|
|
|
|
Penafian
Laman web Filem Malaysia (www.filemkita.com)
merupakan sebuah laman web berasaskan maklumat mengenai
filem-filem buatan Malaysia dan filem-filem Melayu (terbitan
Tanah Melayu/Malaya dan Singapura) sejak tahun 1933 hingga era
2000. Segala maklumat, tulisan, gambar, dialog, senikata dan
klip audio/video adalah hak milik pengeluar filem dan para
karyawan, seniman/seniwati dan penulis yang terlibat. Sebarang
penyalahgunaan bahan-bahan dalam laman web ini adalah ditanggung
sepenuhnya oleh mereka yang tidak bertanggungjawab tersebut.
Penghargaan
Setinggi-tinggi terima
kasih kepada pihak yang bekerjasama memberi sumbangan ikhlas bagi melengkapkan maklumat
dalam
laman web ini.
|
|