Sinopsis
Hashim, tuan
punya sebuah kilang yang besar mempunyai dua orang anak, Fatimah
dan Osman. Hashim juga telah mengambil seorang kanak-kanak
bernama Yusuf menjadi anak angkatnya setelah bapa Yusuf terbunuh
dalam kemalangan di kilangnya. Isteri Hashim tidak sukakan Yusuf
dan melarang anak-anaknya Fatimah dan Osman dari bercampur
dengan Yusuf. Namun begitu, Fatimah yang mewarisi sifat
penyayang ayahnya sering memberi semangat kepada Yusuf yang
sering menyesali nasibnya sebagai anak yatim. Walaupun begitu,
Yusuf merupakan seorang pelajar pintar di sekolah. Apabila
Hashim meninggal dunia, nasib malang serta merta menimpa Yusuf.
Walaupun Hashim meninggalkan harta yang mencukupi serta wasiat
untuk menjaga kebajikan Yusuf, tetapi ibu angkat Yusuf telah
bertindak memberhentikan persekolahannya. Sementara Fatimah dan
Osman meneruskan persekolahan seperti biasa, Yusuf pula kini
menjadi orang gaji di rumah mereka...
Pengarah
BN Rao
Penulis
Tiada maklumat
Pelakon
P. Ramlee
... Yusuf
Rokiah Jaafar ... Fatimah
Musalmah ... Isteri Hashim
Nordin Ahmad ... Osman
Salleh Kamil ... Ismail
Hashim Nor ... Hashim
Mariani ... Kasma
Hafsah
...
Osman ...
Hamid ...
Aini Jasmin ...
Aziz Satar ...
Amran Alimin ...
Abbas Rahmat ...
Supatri ...
Pekerja (crew)
Hai Kai
Juan ... Penolong Jurukamera
Lam Shing Seat ... Penolong
Jurusuara
M. Sulaiman ...
Pengarah Seni
NB Vasudev ... Jurukamera
Osman Ahmad ... Penggubah Muzik
Syed Hasan ...
Penolong Pengarah
Wong Fun ...
Penyunting Filem
Y. Lui ...
Pengurus Produksi
Yap Poh Kai ... Jurusuara
Penerbit
Malay Film Productions Ltd ... Syarikat Penerbitan Filem
Lain-lain
Shaw Brothers Ltd ...
Pengedar Filem
|