Sinopsis
Che' Rostam
bekerja sebagai pengurus bank. Beliau mempunyai seorang isteri
bernama Rosmah dan anak remaja lelaki bernama Rostam. Rosmah
menghidap penyakit lumpuh dan cuma bergerak sekitar dalam rumah
menggunakan kerusi roda. Rostam yang sering kesunyian menanggung
siksa batin di rumah, sering menghadiri majlis-majlis yang
dianjurkan oleh kawan-kawannya. Sementara itu, anaknya Rosman
pula sering membuang masa berlegar-legar di pusat hiburan
terutama sekali di sebuah kedai minuman tempat Lisdar bekerja
sebagai pelayan. Lisdar ialah seorang janda yang mempunyai
seorang anak perempuan yang dipelihara oleh neneknya di kampung.
Di tempat kerja Lisdar, ramai pengunjung yang meminatinya tetapi
tidak dilayan termasuk Rosman. Pada suatu malam, Rostam telah
berkenalan dengan Lisdar di sebuah majlis jamuan rakannya. Oleh
kerana terlalu banyak meminum minuman keras, Rostam telah mabuk
dan Lisdar membawanya bermalam di rumah flatnya. Sementara itu
Rosmah sungguh bimbang kerana Rostam tidak pernah tidak pulang
atau bermalam di tempat lain selama 21 tahun mereka mendirikan
rumah tangga. Keesokan harinya, apabila Rostam pulang dia telah
berbohong dengan isterinya...
Pengarah
P. Ramlee
Penulis
Osman
Abadi ... Cerita & Lakonlayar
P. Ramlee ... Lakonlayar
Pelakon
P. Ramlee
... Che' Rostam
Latifah Omar ... Lisdar
Bob Mustaffa ... Rosman
Mariani ... Rosmah
AK Jailani ... Keropok
Hashim ...
Idris Hashim ...
Minah Hashim ...
Norizan ...
Edah Jailani ...
Mak Enon ... Orang gaji
Lisdar
Pekerja (crew)
Abdul
Hamid Aziz ... Pengarah Seni
Amin Zaa ... Penolong Jurukamera
Anuar Yusoff ... Rakaman Awal
Bakar Jaafar ... Pengarah Sambungan
Esa Ahmad ... Pelukis
Joe Ibrahim ...
Penyunting Filem
Mustafa Mansor ... Penolong Rakaman
Suara
P. Ramlee ... Penggubah
Lagu, Susunan Muzik & Penulis Senikata
Rokiah Osman ... Make-up
Rosalind Teoh ... Pencetak
Siew Chan Wa ... Pengarah Fotografi
Tan Chuan Hock ... Rakaman Akhir
Penerbit
Merdeka Film Productions ... Syarikat Penerbitan Filem
Lain-lain
Saloma
... Penyanyi Latar
P. Ramlee ...
Penyanyi Latar
|