Sebuah kisah
cinta yang berkisar tentang dua orang adik-beradik bernama Qabil
Khushry dan Qagil Igam, anak kepada Ismail dan Tijah. Qabil
Khushry amat sayang akan adiknya semenjak dari adiknya di dalam
kandungan ibunya. Ketika dewasa, Rani jatuh hati kepada Khushry
manakala adiknya, Karisma memuja Igam walaupun pada awalnya
Karisma tidak dapat menerima kenakalan Igam. Bagaimanapun,
kerana satu kesilapan, mereka sekeluarga bagaikan tersepit, lalu
satu keputusan terpaksa dibuat yang membabitkan satu pengorbanan
yang besar. Sentuhan Hindustan yang begitu ketara dari awal
hingga akhir ini tentu sahaja akan membuat peminat filem
Bollywood ke panggung...
Pengarah
Zaili Sulan
Penulis
Azlina
Pa'wan ... Skrip
Pelakon
Hans Issac ... Qabil Khushry
Rusdi Ramli ... Qabil Igam
Erra Fazira ... Karisma
Ziana Zain ... Rani
Rahim Razali ... Ismail
Fauziah Nawi ... Tijah
Khatijah Tan ...
Hisham Ahmad Tajudin ...
Maimun Talib ...
Izi Yahya ...
Pekerja (crew)
Tiada maklumat
Penerbit
Azlina Pa'wan ... Penerbit
Hisham A. Karim ... Penerbit
Eksekutif
Sonata Filem Sdn Bhd ... Syarikat Penerbitan Filem
Judul
filem:
Qabil Khushry Qabil Igam
Jenis cerita: Drama / Romantik
Bahasa: Melayu
Tayangan
Tarikh mula tayangan
umum: 2007
Urusniaga
Kos
pembikinan filem: RM2.5 juta
Teknikal
Jenis filem: 35 mm
Corak filem: Warna
Bikin
filem
Tarikh mula penggambaran:
Februari 2005 / Januari 2006
Antara lokasi penggambaran: Lenggong, Perak; Tanjong
Karang, Paya Jaras, Sekincan, Selangor; Kuala Lumpur
TriviA
Penggambaran
filem ini terhenti hampir setahun akibat masalah
kewangan, namun berjaya disambung semula pada
awal 2006 hasil bantuan oleh dana filem FINAS.
Yusry KRU pada mulanya diambil berlakon watak
Qabil Igam dan telah melakonkan 8 babak,
namun akibat masalah produksi, Yusry telah
menarik diri daripada meneruskan baki penggambaran
lalu memulakan penggambaran filem pertama
arahannya, Cicak-Man. Antara lain punca
penarikan diri Yusry adalah kerana masalah
peribadi dengan isteri beliau Erra Fazira.
Mereka disahkan bercerai pada pertengahan 2006.
Penafian
Laman web Filem Malaysia (www.filemkita.com)
merupakan sebuah laman web berasaskan maklumat mengenai
filem-filem buatan Malaysia dan filem-filem Melayu (terbitan
Tanah Melayu/Malaya dan Singapura) sejak tahun 1933 hingga era
2000. Segala maklumat, tulisan, gambar, dialog, senikata dan
klip audio/video adalah hak milik pengeluar filem dan para
karyawan, seniman/seniwati dan penulis yang terlibat. Sebarang
penyalahgunaan bahan-bahan dalam laman web ini adalah ditanggung
sepenuhnya oleh mereka yang tidak bertanggungjawab tersebut.
Penghargaan Setinggi-tinggi terima
kasih kepada pihak yang bekerjasama memberi sumbangan ikhlas bagi melengkapkan maklumat
dalam
laman web ini.
Komen
& sumbangan
Hantarkan kepada kamal@filemkita.com
Teruskan menyokong dan
membangunkan Filem Malaysia. Syabas!