Sinopsis
Jamal, anak
tunggal seorang peniaga kayu bernama Kamal, telah berkahwin
dengan Aminah. Kehidupan bahagia mereka diserikan lagi dengan
kehadiran seorang cahaya mata perempuan bernama Mardiana. Tidak
lama kemudian, kehidupan keluarga bahagia itu mulai berubah
setelah Jamal terpengaruh dengan Harun dan kawan-kawannya yang
berperangai buruk. Harun ialah seorang wakil insuran dan juga
orang suruhan kepada seorang perempuan jalang yang bijak lagi
menarik bernama Aishah. Jamal tertarik kepada Aishah dan terus
melupakan keluarganya. Dia bukan lagi seorang suami dan bapa
penyayang. Jamal juga terpaksa mengeluarkan wang yang banyak
untuk berdamping dengan Aishah yang selama ini hidup mewah
dengan memperdayakan kaum lelaki. Pada suatu hari, Kamal mendapat
tahu tentang kejahatan anaknya dan berasa amat marah...
Pengarah
BS Rajhans
Penulis
AR
Iyer ... Cerita
S. Roomai Noor ... Penterjemah
Cerita
Pelakon
Osman
Gumanti ... Jamal
Kasma Booty ... Aminah
Siput Sarawak ... Aishah
Jaafar Wiryo ... Kamal
P. Ramlee ...
Harun
Baby Supatri ... Mardiana
AR Tompel ... Karman
Siti Tanjung Perak ... Mariam
Haji Gong ... Suparjo
Neng Yatimah ...
Penari
Pekerja (crew)
Chan
Chiew Toong ... Penolong Rakaman Suara
Chow Cheng Kok ... Jurukamera
Doding Soliano ... Penyusun Muzik
Edith Castillo ... Pereka Tari
Koh Chang Sai ... Penolong
Jurukamera
Mohd Haniff ... Pelukis Pemandangan
Osman Gumanti ... Pereka Tari
S. Roomai Noor ...
Penolong Pengarah
Yap Yan Seng ... Rakaman Suara
Zubir Said ... Penggubah
Lagu
Penerbit
Malay Film Productions Ltd ... Syarikat Penerbitan Filem
Lain-lain
Shaw
Brothers Ltd ... Pengedar Filem
|
Judul
filem:
Racun Dunia
Bahasa: Melayu

|
|
|
Tayangan
Tarikh mula tayangan umum:
16 Februari 1950
|
|
|
Teknikal
Corak filem: Hitam Putih
|
|
| TriviA
Pada tahun
1950, Danis Froman, Director of the British Film
Instutute, meminta supaya dua buah filem buatan
Malaya ditunjukkan di Film Festival anjuran
Institut yang berkenaan. Shaw Brothers telah
mengirim filem Nasib
(1949) dan Racun
Dunia. Oleh
kerana banyak filem-filem dari negara Komanwel
yang dipertunjukkan di festival itu, filem Nasib
sahaja yang sempat dimasukkan ke dalam program
penayangan - (Petikan buku P. Ramlee - Erti Yang
Sakti).
|
|
| VCD
& Soundtrack

Video CD
Pengedar: -
No. Siri: -
|
|
|
|
|
Penafian
Laman web Filem Malaysia (www.filemkita.com)
merupakan sebuah laman web berasaskan maklumat mengenai
filem-filem buatan Malaysia dan filem-filem Melayu (terbitan
Tanah Melayu/Malaya dan Singapura) sejak tahun 1933 hingga era
2000. Segala maklumat, tulisan, gambar, dialog, senikata dan
klip audio/video adalah hak milik pengeluar filem dan para
karyawan, seniman/seniwati dan penulis yang terlibat. Sebarang
penyalahgunaan bahan-bahan dalam laman web ini adalah ditanggung
sepenuhnya oleh mereka yang tidak bertanggungjawab tersebut.
Penghargaan
Setinggi-tinggi terima
kasih kepada pihak yang bekerjasama memberi sumbangan ikhlas bagi melengkapkan maklumat
dalam
laman web ini.
|
|