Sinopsis
Pengiran Agung
berkahwin dengan Mas Ayu, seorang penari namun perkahwinan
mereka ditentang oleh Raden Manosekoro dan Raden Mas Ratu kerana
perbezaan darjat. Bagi menghapuskan Mas Ayu, Raden Mas Ratu
mengutuskan Pengiran Agung pergi memburu kijang. Sekembalinya
Pengiran Agung daripada berburu, baginda mendapati istananya
terbakar dan Mas Ayu terbunuh. Pengiran Agung mengambil
keputusan membawa diri bersama puterinya, Raden Mas yang berjaya
diselamatkan. Raden Mas dibesarkan seperti orang kebanyakan
tanpa diberitahu asal-usulnya. Suatu hari, Raden Mas terserempak
dengan seorang puteri raja bernama Tengku Halijah. Raden Mas
dipukul kerana cuba menasihati Tengku Halijah. Apabila
mengetahui siapa sebenarnya Raden Mas, Sultan mengahwinkan
Pengiran Agung dengan puterinya sebagai menebus kesalahan. Raden
Mas yang dahagakan kasih sayang seorang ibu amat gembira dengan
perkahwinan itu sebaliknya Tengku Halijah memusuhi Raden Mas.
Apakah kesudahan nasib Raden Mas?
One day during a palace celebration, Pangeran, brother of the Sultan of Java, fell in love with a beautiful
dancer and decided to marry her. The marriage was short lived with his wife killed shortly by his enemies.
Pangeran decided to resettle in Singapore with his daughter Raden Mas. The Sultan of Singapore upon
discovering Pangeran royal blood, decided to marry him off with his daughter. However, the marriage took
a sour turn, as Pangeran's new wife became jealous of his love for his daughter and begin making plans to
get rid of him and Raden Mas.
Pengarah
L. Krishnan
Penulis
Tiada maklumat
Pelakon
Nordin Ahmad
Latifah Omar
M. Amin
Siput Sarawak
Mahmud June
Siti Tanjung Perak
Shariff Medan
Umi Kalsum
Mustapha Maarof
Pekerja (crew)
Tiada maklumat
Penerbit
Ho Ah
Loke ... Penerbit
Loke Wan Tho ... Penerbit
Cathay-Keris Film ... Syarikat
Penerbitan Filem
|
Judul
filem:
Raden Mas
Jenis cerita: Drama
Bahasa: Melayu

|
|
|
Teknikal
Corak filem: Hitam Putih
Tempoh tayangan: 110 minit
|
|
Anugerah
& festival filem
Penyertaan:
Festival Filem Asia ke-7, 1960 (Tokyo)
|
|
| VCD
& Soundtrack

Video CD
Pengedar: -
No. Siri: -
|
|
|
|
|
|
Penafian
Laman web Filem Malaysia (www.filemkita.com)
merupakan sebuah laman web berasaskan maklumat mengenai
filem-filem buatan Malaysia dan filem-filem Melayu (terbitan
Tanah Melayu/Malaya dan Singapura) sejak tahun 1933 hingga era
2000. Segala maklumat, tulisan, gambar, dialog, senikata dan
klip audio/video adalah hak milik pengeluar filem dan para
karyawan, seniman/seniwati dan penulis yang terlibat. Sebarang
penyalahgunaan bahan-bahan dalam laman web ini adalah ditanggung
sepenuhnya oleh mereka yang tidak bertanggungjawab tersebut.
Penghargaan
Setinggi-tinggi terima
kasih kepada pihak yang bekerjasama memberi sumbangan ikhlas bagi melengkapkan maklumat
dalam
laman web ini.
|
|