Sinopsis
Ramlee &
Saloma - P. Ramlee dan Saloma mempersembahkan tujuh buah
lagu secara solo dan berduet, iaitu lagu Hancur Badan DiKandung
Tanah, Ku Kehilangan Kanda, Aduh Sayang, Damak, Di Pinggiran,
Kuala Lumpur, dan Joget Malaysia.
Minta Nombor Ekor - Kisah dua orang sahabat, Ramlee dan
Raden yang menyewa di sebuah bilik. Mereka ingin cepat menjadi
kaya dan selalu bermain judi 'tiga nombor ekor'. Berbagai cara
dilakukan oleh mereka semata-mata untuk mendapatkan nombor yang
paling bertuah. Mereka berdua juga mencintai gadis yang sama
bernama Safiah yang bekerja di kedai nombor ekor itu.
Damaq - Di sebuah kampung, tinggal Kenanga bersama
abangnya, Anggerik. Ibubapa mereka telah lama meninggal dunia.
Anggerik seorang peniaga yang sering berdagang ke serata pekan
dan negeri. Oleh kerana bimbangkan keselamatan adiknya semasa
ketiadaannya, Anggerik telah merancang untuk menjodohkan Kenanga
dengan Damaq, seorang perwira muda di kampung tersebut. Oleh
kerana kejelitaan Kenanga, ramai pemuda berangan untuk menjadi
pasangannya. Pada suatu hari, seorang pemuda bernama Teruna
datang ke rumah Anggerik dengan harapan untuk meminang Kenanga.
Oleh kerana janjinya pada Damaq, Anggerik telah menolak hajat
Teruna yang merupakan adik kepada seorang pendekar bernama
Bujang. Teruna menaruh dendam untuk merampas Kenanga dengan
menghapuskan Damaq. Malangnya, Damaq telah menamatkan riwayat
Teruna. Pendekar Bujang yang handal bersumpah untuk
membela kematian adiknya...
Pengarah
P. Ramlee
Penulis
Minta Nombor Ekor
Marican Pawanchik ... Cerita asal
P. Ramlee ... Lakonlayar &
Dialog
Damaq
HM Rohaizad ... Cerita asal
P. Ramlee ... Lakonlayar
Pelakon
Ramlee & Saloma
P. Ramlee ...
Penyanyi
Saloma ... Penyanyi
Fazliyaton ...
Juruacara
Minta Nombor Ekor
P. Ramlee ... Ramlee
Raden Sudiro ... Raden
Sophia Ibrahim ... Safiah
Hashim Hamzah ...
Noor Jin ...
Fatimah Yaakob ...
Jaafar Rahman ...
Damaq
P. Ramlee ... Damaq
Kasma Booty ...
Kenanga
Mahmood June ... Gegala
Ali Rahman ... Teruna
Idris Hashim ... Pendekar
Bujang
Yusof Banjar ... Anggerik
Minah Hashim ...
Zsa Zsa Loma ... Damaq Kecil
Pekerja (crew)
Anuar
Yusof ... Penolong Rakaman Suara
Chong Kit Wah ... Pencetak
Darwis Mansoor ... Pelukis
Hashim Hamzah ... Penolong Pengarah
Johari Ibrahim ... Penolong
Penyunting Filem
Low Yew Wah ...
Pengarah Fotografi
Ng Hoong Ngaim ... Penolong
Jurukamera
P. Ramlee ... Penyunting Filem, Penggubah
Lagu, Muzik & Penulis Senikata
Rokiah Osman ... Make-up
S. Sudarmaji ... Penulis Senikata
Tan Chuan Hock ... Rakaman Suara
Penerbit
Merdeka Film Productions ... Syarikat Penerbitan Filem
Lain-lain
Orkestra
P. Ramlee ... Persembahan Muzik Latar
|
Judul
filem:
Ragam P. Ramlee
Slogan: Mensajikan tiga corak
persembahan dalam satu hidangan
Jenis cerita: Muzikal / Komedi / Drama
Bahasa: Melayu

|
|
|
Tayangan
Tarikh mula tayangan umum:
Disember 1964
|
|
|
Teknikal
Corak filem: Hitam Putih
|
|
| TriviA
P. Ramlee
sebagai pengarah muncul di awal filem dan
menerangkan tentang konsep filem yang terbahagi
kepada tiga bahagian.
Cerita komedi Minta Nombor Ekor pada mulanya
tidak diluluskan untuk tayangan kerana
bertentangan dengan agama Islam.
|
|
| VCD
& Soundtrack

Video CD
Pengedar: Music Valley
No. Siri: MVM 2002.050
|
|
| Ungkapan
kata
"Punca mula Minta
Nombor Ekor ini ditahan kononnya kerana bertentangan
dengan agama, tetapi saya fikir tidak ada salahnya,
kerana itu adalah menggambarkan kejadian yang sering
terjadi dalam masyarakat kita. Minta Nombor Ekor bukan
lagi menjadi perkara luar biasa tapi kerajaan sendiri
sudah meluluskan 'Tiga Digit'. Kalau semua mau yang baik
saja ditunjukkan tentu sekali masyarakat kita tidak akan
kenal kepada kejahatan-kejahatan yang pernah berlaku
dalam masyarakat kita hari-hari. Lagipun ini merupakan
satu penekanan kepada filem Melayu kalau perkara ini
berpanjangan, ini tak boleh, ini haram, itu tak boleh,
itu haram, sampai bila pun filem Melayu tak boleh maju
atau mendapat sambutan. Ada saja babak-babak yang tidak
disukai oleh ulama terus saja dipotong, dan orang ramai
kata orang Melayu tak boleh buat filem yang betul-betul
konkrit. Mana nak konkrit kalau sana sini kena potong.
Memang benar dalam satu-satu filem itu agak
dilebih-lebihkan lakonannya, kerana filem dan kehidupan
biasa adalah agak berlainan. Apalah lagi kalau filem itu
merupakan filem hiburan dan mengandungi kiasan-kiasan"
- P. Ramlee mengulas pengharaman cerita Minta Nombor
Ekor
- Utusan Film and Sport, 6 Februari 1965
- Petikan buku P. Ramlee - Erti Yang Sakti
|
|
|
|
|
|
Penafian
Laman web Filem Malaysia (www.filemkita.com)
merupakan sebuah laman web berasaskan maklumat mengenai
filem-filem buatan Malaysia dan filem-filem Melayu (terbitan
Tanah Melayu/Malaya dan Singapura) sejak tahun 1933 hingga era
2000. Segala maklumat, tulisan, gambar, dialog, senikata dan
klip audio/video adalah hak milik pengeluar filem dan para
karyawan, seniman/seniwati dan penulis yang terlibat. Sebarang
penyalahgunaan bahan-bahan dalam laman web ini adalah ditanggung
sepenuhnya oleh mereka yang tidak bertanggungjawab tersebut.
Penghargaan
Setinggi-tinggi terima
kasih kepada pihak yang bekerjasama memberi sumbangan ikhlas bagi melengkapkan maklumat
dalam
laman web ini. Terima kasih khas kepada P. Ramlee Erti Yang Sakti
(poster & maklumat filem).
|
|