Filem ini
mengisahkan Madi yang bekerja sebagai penghantar surat sering
‘merempit’ pada waktu malam. Dia bukan sekadar berlumba haram
tetapi mampu menunjukkan aksi berani di jalan raya. Madi
mempunyai teman wanita, Ieka yang sering mendesaknya berkahwin.
Kehidupan sosial Madi yang agak bebas menyebabkan hasrat Ieka
tidak ditunaikan, sebaliknya dia menyimpan wang untuk membeli
motosikal baru. Kawan baik Madi, Macha menjadi orang tengah
dalam sesuatu perlumbaan haram disertai Madi. Suatu hari, Madi
dicabar Spark dan mereka beradu kecekapan. Malangnya, Madi
kalah. Lebih mengharukan, Madi dipukul dan motosikal
kesayangannya dibakar...
Remp-It
revolves around a gang of illegal motorcycle racers (mat rempit)
whose lives are made up of a heady brew of sex, drugs and
brawls.
Pengarah
Ahmad Idham
Penulis
Farid
Kamil ... Cerita & Lakon layar
Ahmad Idham
... Lakon layar
Pelakon
Farid
Kamil ... Madi
Cat Farish ... Macha
Julia Hana ... Ieka @ Zulaika
Zul Huzaimi ... Spark
Aqasha ... Rizzo
Shah Kassim ...
Khatijah Tan ...
Wazi Abdul Hamid ...
Pekerja (crew)
Tiada maklumat
Penerbit
David Teo
... Penerbit
Metrowealth Movies Production ...
Syarikat Penerbitan Filem
Judul
filem:
Remp-It
Judul asal: Rempit
Jenis cerita: Drama / Aksi
Bahasa: Melayu
Kos
pembikinan & promosi filem: RM1.8 juta Kutipan jualan tiket: RM4.05 juta
Teknikal
Jenis filem: 35 mm
Corak filem: Warna
Bikin
filem
Tarikh mula penggambaran: 18
Januari 2006
Tarikh tamat penggambaran: 16 Februari 2006
Antara lokasi penggambaran: Bukit Jalil, Kuala
Lumpur
TriviA
Selepas proses
suntingan akhir selesai, pada Mei 2006 pihak
penerbit telah menghantar filem ini untuk
dinilai oleh Lembaga Penapisan Filem Malaysia
(LPFM), dan LPFM telah menasihatkan penerbit
supaya menyunting keluar 2 adegan membabitkan
watak bohsia.
Hasil akhir filem ini diluluskan tanpa tapisan
namun LPFM telah menasihatkan penerbit filem ini
supaya meletakkan notis pada poster bagi
mengingatkan penonton di bawah usia 13 tahun
hendaklah ditemani orang dewasa, iaitu ibu bapa
atau penjaga mereka ketika menontonnya di
pawagam.
Farid Kamil pada mulanya diberi tugas sebagai
pengarah filem tulisannya ini, namun setelah
usaha mencari pelakon utama watak Madi tidak
berjaya, pihak penerbit mencadangkan Farid
membawa watak Madi disamping menjadi pengarah.
Farid yang tidak sanggup memikul dua tugas
serentak telah melepaskan jawatan pengarah
kepada Ahmad Idham.
Penafian
Laman web Filem Malaysia (www.filemkita.com)
merupakan sebuah laman web berasaskan maklumat mengenai
filem-filem buatan Malaysia dan filem-filem Melayu (terbitan
Tanah Melayu/Malaya dan Singapura) sejak tahun 1933 hingga era
2000. Segala maklumat, tulisan, gambar, dialog, senikata dan
klip audio/video adalah hak milik pengeluar filem dan para
karyawan, seniman/seniwati dan penulis yang terlibat. Sebarang
penyalahgunaan bahan-bahan dalam laman web ini adalah ditanggung
sepenuhnya oleh mereka yang tidak bertanggungjawab tersebut.
Penghargaan Setinggi-tinggi terima
kasih kepada pihak yang bekerjasama memberi sumbangan ikhlas bagi melengkapkan maklumat
dalam
laman web ini.
Komen
& sumbangan
Hantarkan kepada kamal@filemkita.com
Teruskan menyokong dan
membangunkan Filem Malaysia. Syabas!