Gambar
& dialog
 |
Almeera
Almeida di Kasorrga
|
 |
Zalina
Rizal di Riuh
|
 |
Dalam perjalanan pulang dari Pulau Kasorrga
(Mimi membaca tajuk akhbar) "Peragawati rakyat Filipina mati dalam nahas luar
biasa ? Eee.." - Mimi
"Itu saja dia orang kata?" - Khal
(Khal melihat isi berita tersebut) "Dia orang kata dia
mabuk?! No way!!" - Khal
"Hey, Khal.. kau patut beritahu polis apa yang kau nampak"
- Jan
"Di Kasorrga?" - Khal
"Yea..." - Jan
(Khal ketawa sinis)
|
 |
Dato' Shah dan Meera
"Meera, kau suka pangsapuri kau?" - Dato'
Shah
"Suka" - Meera
(Dato' Shah ketawa)
"Okay Meera.. I've got to go. Bila kita nak 'main'
lagi?" - Dato' Shah
"Don't go.." - Meera
|
 |
Perbualan
telefon - Meera minta tolong Datuk
"Alaa.. Datuk, kali ni aje nak minta tolong you pun nak kira dengan I.. ha? I punya bank loan
ni, takkan nak kira 'hutang budi balas body' pulak.. emm. No, no, no..
don't worry about it. No, tak apa.. thanks anyway Datuk ye..
Allright, bye" - Meera
|
 |
Nina
jadi model telefon
|
 |
Nina berjumpa
Dato' Shah
"Malam nanti ikut Datuk pergi dinner?" - Dato'
Shah
"Okay, nanti saya ajak kawan-kawan saya sekali ya?" -
Nina
(Dato' Shah ketawa) "Tak payah Nina, tak payah (sambung
ketawa)... Nina sorang cukup, emm?"
- Dato' Shah
(Dato' Shah ketawa lagi sambil memegang bahu Nina. Dato' Shah
terkejut) "Oh, Nina pakai baju dalam? (sambung ketawa)... saiz
berapa Nina? Datuk suka saiz yang besar! Ha, ha, ha..." - Dato'
Shah
(Nina marah lantas bangun)
"Nina, Nina... Datuk ni nakal sikit. Sit down, come on.. sit down. Duduklah please. Ha, ha.. macam ni kan cantik"
- Dato' Shah
(Dato' Shah pegang tangan Nina) "Ooh.. lembutnya
tangan, macam orangnya (sambung ketawa)... Nina nak ikut Datuk
tak? Datuk ada apartmen dekat sini.. boleh kita 'main'
sikit" - Dato' Shah
"Datuk!! Abang saya kenal Datuk. Pak Teh saya kerja dengan
Datuk. Satu Riuh kenal Datuk. Kenapa Datuk buat macam ni?!!"
- Nina
"Nina.. Nina tak faham. Saya selalu terbayangkan mata Nina, hidung Nina, bibir Nina... takkan Nina tak nak kenal
Datuk? Datuk ni ganas tau" - Dato' Shah
"Datuk! Kau dah gila!!" - Nina
|
 |
Di
Kasorrga...
"Kau dah terima bayaran pertama kau sebanyak 7 ribu
ringgit?" - Angela
"Sudah" - Zie
"Bagus. Kalau kau dah ubah fikiran, kau boleh pergi
sekarang. Kalau tidak, apa tunggu-tunggu lagi?" - Angela
"Kau tahu kenapa kau di sini?" - Alfa
"Screen test" - Zie
"Screen test?!!" - Angela
(Angela memberi isyarat kepada Alfa supaya menjelaskan perkara
sebenar)
"Err.. kau kena tidur dengan kawan bos aku minggu ni"
- Alfa
|
 |
Rahsia
terbongkar!
"Kau melacurkan model-model kau kan? Aku baru balik dari Kasorrga dengan
Zie" - Nina (kepada Meera)
"Macam mana kau boleh buat tak tahu Khal?" - Nina
"Kenapa kau pergi sana ha?!" - Khal
"Kenapa Khal tak beritahu Nina semua ni?" - Nina
"Buat apa kau pergi sana ha?!!"
- Khal
(Meera mencelah) "Kau yang mulia.. kau yang baik.."
- Meera
"Kau jangan main-main lagi Meera. Macam mana kau sampai hati hantar Zie dan yang lain-lain ke Kasorrga ha? Aku macam budak bodoh bantu kau semua
ya? Aku jijik dengan semua ni. Jijik dengan kau orang"
- Nina
"Hey, jangan nak bersyarah dengan aku la. Kau yang
memperalatkan Khal" - Meera
"Oh, kau peduli! Kau ingat aku ni budak bodoh ye?" - Nina
"Hey, takkan tak pernah terlintas dalam otak engkau? Tak ada siapa yang paksa dia orang
tau.. They're not brain surgeons you know? Dia orang tu harapkan muka cantik
aje! Salah ke kalau dia orang nak hidup mewah sikit? Kau tu siapa nak
mengutuk? Kau boleh pergi mampuslah sial, bukan aku yang hantar dia
orang, Sham!" - Meera
"That's enough, okay!"
- Khal
(Khal menarik tangan Meera)
"Lepaskan aku. Kau pun boleh pergi jahanam dengan dia
Khal. Depan aku kau buat baik-baik, belakang aku kau menyundal dengan
dia!!" - Meera
(Khal menempeleng Meera)
|
 |
Di pejabat
Dato' Shah...
"Aku ni layak untuk ditiduri.. tapi tak layak untuk kongsi kejayaan
kau. Semuanya untuk kau, untuk cita-cita kau, untuk karier
kau.. Kau tak pernah pedulikan aku"
- Meera
"Meera.. baik kau pergi sekarang Meera. Jangan sampai aku humban kau keluar
Meera. Kau tunggu ajelah panggilan aku"
- Dato' Shah
"Ohh, ye ke? Aku rasa kau yang patut keluar dari hidup
aku... dan baik kau tunaikan semua yang kau janjikan pada
aku.. untuk masa yang aku sia-siakan dengan engkau"
- Meera
"Meera.. aku cintakan kau Meera.."
- Dato' Shah
(Meera ketawa) "Cinta?"
- Meera
"Ye" - Dato' Shah
"Cinta?!!! Kau ingat aku bodoh?!"
- Meera
"Cukup Meera.. kau keluar sekarang. Kau nak aku panggil
pengawal?" - Dato'
Shah
"Panggillah. Silakan. Tengok diri kau tu dulu.. kau dengan kawan-kawan kau yang sakit otak
tu... Aku dah tengok tape-tape tu sayang... Kau tahu tape yang mana satu
kan? Rupanya kau dan kawan-kawan kau tu nak jadi bintang
filem" - Meera
(Dato' Shah ketawa) "Meera... Meera... Semua tu Sam yang rancang
Meera. Kau tahu Sam kan? Dia boleh buat macam-macam Meera. Tape tu dia boleh sambung-sambungkan
jadikan macam cerita Meera. Aku tak buat apa Meera. Aku tak buat
apa.. Aku tak buat apa"
- Dato' Shah
"Tengok ni, ahli politik yang handal dari Riuh... Huh! Sedih
betul!" - Meera
"Meera.. kau tak faham Meera. Kau dalam bahaya Meera.
Meera.. mereka semua orang-orang ternama Meera. Meera..!
Meera!!" - Dato'
Shah
|
 |
Meera mati dibunuh oleh orang
Dato' Shah
"Tak sengaja punya pasal, aku boleh masuk dalam jail, kau
faham?" - Dato' Shah
"Satu tape masih hilang" - Collin
"Datuk..."
- Zari
"Kau dah bunuh dia. Kerja kau buat tak betul ha?!" - Dato'
Shah
"Datuk! Jangan. Datuk.."
- Sam
"Don't touch me!!!" - Dato' Shah
"Cari tape tu... kalau tidak.. kepala kamu bertiga.. akan jadi
macam.. kepala Meera"
- Collin
|
 |
Video
Dato' Shah bersama Meera
|
 |
Berita
|
|
|
|
|
|
Filem lain: A|B|C|D|E|F|G|H|I|J|K|L|M|N|O|P|Q|R|S|T|U|V|W|X|Y|Z
|
Mula
|
|
|
|
Penafian
Laman web Filem Malaysia (www.filemkita.com)
merupakan sebuah laman web berasaskan maklumat mengenai
filem-filem buatan Malaysia dan filem-filem Melayu (terbitan
Tanah Melayu/Malaya dan Singapura) sejak tahun 1933 hingga era
2000. Segala maklumat, tulisan, gambar, dialog, senikata dan
klip audio/video adalah hak milik pengeluar filem dan para
karyawan, seniman/seniwati dan penulis yang terlibat. Sebarang
penyalahgunaan bahan-bahan dalam laman web ini adalah ditanggung
sepenuhnya oleh mereka yang tidak bertanggungjawab tersebut.
Penghargaan
Setinggi-tinggi terima
kasih kepada pihak yang bekerjasama memberi sumbangan ikhlas bagi melengkapkan maklumat
dalam
laman web ini.
|
|
|