Filem ini
mengisahkan tentang sekumpulan anak-anak muda dalam sebuah band
rock yang pernah memasang impian untuk jadi terkenal. Watak utamanya ialah Zubir, atau lebih diminta di kenali
sebagai Zack - guitarist, Jijo – bass, Black – drummer, Amy -
vocalist kadang-kadang main tamborine dan Zul Kapan – vocalists 2,
mengharungi pelbagai peristiwa yang mencabar dan penuh lucu demi
mengejar cita-cita mereka iaitu mereka percaya akan berjaya
menjadi kumpulan rock (Rimba Bara) yang mantap dan berwawasan.
Wawasan mereka semakin tidak dapat dibendung lagi apabila
mengetahui bahawa acara Battle of The Bands akan diadakan
di tempat mereka. Untuk menyertai acara Battle Of The Bands itu
mereka terpaksa mengharungi peringkat saringan yang menyaksikan
beberapa kehadiran band-band yang lebih mahir dan matang. Di
tambah pula dengan kehadiran Zul Kapan And The Malaikat Maut,
membuatkan mereka gusar dan harus berlatih dengan lebih keras.
Dari segi penampilan pula, mereka terpaksa mencari punca untuk
mempamerkan diri mereka sebagai rockers yang sebenar-benarnya.
Seluar PVC, baju glamrock dan kasut Aliph merupakan gear yang
begitu sangat dititikberatkan. Memandangkan sumber kewangan yang
serba tidak mencukupi, mereka terpaksa menggunakan akal untuk
mendapatkan semuanya itu termasuklah menggunting kain seat bas
untuk mendapatkan bekalan PVC yang mencukupi. Sementara itu juga
Zack mengalami dilema di mana ayahnya mengkehendakinya menghadiri
temuduga untuk bekerja di pejabat pos memandangkan sudah begitu
lama Zack menganggur. Walaupun ilmu kurang tetapi semangat
membara. Perjuangan tetap diteruskan jua dan acara saringan
peringkat daerah diadakan. Kesemua band yang bertanding
menunjukkan mutu permainan yang bagus. Begitu juga dengan
kumpulan Malaikat Maut! Apabila giliran Rimba Bara tiba,
penonton dikejutkan dengan persembahan melakukan gitar solo
sehingga berasap-asap dan speaker column di kiri kanan pentas
telah meletup! Rimba Bara berjaya menjadi juara peringkat
daerah! Saringan peringkat negeri tiba! Begitu ramai band rock
yang muncul untuk merebut gelaran juara bagi melayakkan diri ke
Battle Of The Bands dan membuat album. Segala band dari pelusuk
daerah muncul. Keadaan gamat dengan suasana rock di tambah pula
dengan kehadiran Amy Search, Man Kidal dan Nasir Jani sebagai
para hakim pertandingan itu. Kumpulan demi kumpulan membuat
persembahan. Ada yang berguling dan ada yang melompat macam
cipan demi membuktikan mereka adalah kumpulan rock yang terbaik.
Ada juga yang telah patah tangan dan dikejarkan ke hospital
kerana tangan terpukul besi drum. Sama-sama kita saksikan apa
keputusan Zack dan ke mana arah Rimba Bara, The Malaikat Maut,
The Headstone dan sebagainya.
Zack is a
rocker who becomes a postman after his dad tells him to stop
dreaming of becoming a rock star. However, Zack comes to realise
that he needs to follow his dream when he receives letter from
fan of his former group Rimba Bara to reconsider reviving a band
career.
Pengarah
Mamat Khalid
Penulis
Mamat Khalid
... Skrip & Lakon layar
Pelakon
Hasnul Rahmat ... Zubir @ Zack
Que Haidar ...
Amy Mat Piah
Khir Rahman ... Jijo Alfonso Pareira Abdullah
Norazmi Bahron ... Black
Mohamad
Shoffi Jikan ... Zul Kapan
Siti Elizad ... Khatijah @ Kathy
S. Amin Shahab ... Bapa Zack
Norlida Ahmad ... Ibu Zack @ Murni
Julie Dahlan ... Ibu Kathy @ Bibi
Kamarool Yusof ... Man MC
Jaafar Onn ... Pak Said
Sapri Ibrahim ... Purnama
Nabila Huda ... Nurfarazana @ Penyanyi Foxy Lady
Hani Hermi ... Hani @ Pemain Dram Foxy Lady
Farah Man Kidal ... Pemain Bass Foxy Lady
Sarimah Mohd Daud ... Elly @ Pemain Gitar
Foxy Lady
Loloq ... Pengacara BOTB akhir
Amy Search ... Juri BOTB akhir
Man Kidal (Lefthanded) ... Juri BOTB akhir
Nasir Jani ... Juri BOTB akhir & Pegawai pejabat
Hamid Gurkha ... Juri BOTB saringan
Rashidi Ishak ... Man Black
Hanifah Zainuddin ... Pak Cik 1
Shafiee Othman ... Pak Cik 2
Azmi Black (Wings) ... Azmi Black
Rosminah Sidek ... Pembantu rumah
Isrizal Mohd Isa ... Pemandu
Mohd Herwan Sairon ... Anggota
Wildhorse
Azhar Md Tasi ... Anggota Handymate
Mohd Hishamsul Yahya ... Anggota
Malaikat Maut
Pekerja (crew)
Adli
Bakri Shaary ... Pembantu Produksi
Aidilfitri Mohamed Yunos ... Pereka
Poster & Pengarah Kreatif
Along Mat Dusun ... Storyboard
Artist
Azman Abu Hassan ... Jurutera Audio
Che Ran Dahari ... Pembantu
Penyunting Filem
Hatim Thai Ahmad Nordin ...
Perunding Imej
Ismie ... Solekan
Jalil ... Koordinator Tempatan (Taiping)
Kamal ... Solekan
Kamarul Bahrin Ismail ...
Jurufoto Still
Loke Yiek Meng ...
Propmaster
Mamat Khalid ... Penata Muzik
Marzuki Hashim ... Pengarah
Fotografi & Jurukamera
Megat Rosli Sidin ... Koordinator
Tempatan (Taiping)
Mohammad Hasnimizan Ishak ...
Propman
Mohd Hashim Sahiri ... Pembantu
Penggambaran & Kontinuiti
Mohd Sharum Kamaruddin ...
Koordinator Pakaian
Nor Faiz Ahmad Helimi ... Pengurus
Penerbitan
Roszali Samad ... Pengarah
Fotografi & Jurukamera
Sabinas Maharom ... Pembantu
Penggambaran
Wizardworks Production Sdn Bhd ...
Penata Bunyi
Zaini Abdul Latif (Ujang) ... Pengarah Seni
Zappa Khalid ... Penyunting Filem
Penerbit
Ahmad
Puad Onah ... Penerbit
Lazizah
Ahmad ... Penerbit Eksekutif
Grand
Brilliance Sdn Bhd ... Syarikat Penerbitan Filem
Lain-lain
Siam Film
Development Co. Ltd ...
Proses Akhir
Man Kidal (Lefthanded) ... Petikan
Gitar
Judul
filem:
Rock
Judul awal: Kapak
Slogan: Kisah sebuah band yang hampir
terkenal...
Jenis cerita: Komedi / Muzikal Bahasa: Melayu
Tayangan Tarikh mula tayangan
umum: 8 Disember 2005
Urusniaga Kos
pembikinan & promosi filem: RM1.4 juta
Teknikal Jenis filem: 35 mm
Corak filem: Warna Tempoh tayangan: 104 minit
Bikin
filem Tarikh mula penggambaran: 5 Mei
2005
Tarikh tamat penggambaran: 6 Jun
2005
Antara lokasi penggambaran: Dewan Hokkien,
Taiping, Perak
TriviA
Adegan Zack
menghadiri temuduga kerja merujuk kepada filem
Rozana Cinta
'87 (1987)
Penafian
Laman web Filem Malaysia (www.filemkita.com)
merupakan sebuah laman web berasaskan maklumat mengenai
filem-filem buatan Malaysia dan filem-filem Melayu (terbitan
Tanah Melayu/Malaya dan Singapura) sejak tahun 1933 hingga era
2000. Segala maklumat, tulisan, gambar, dialog, senikata dan
klip audio/video adalah hak milik pengeluar filem dan para
karyawan, seniman/seniwati dan penulis yang terlibat. Sebarang
penyalahgunaan bahan-bahan dalam laman web ini adalah ditanggung
sepenuhnya oleh mereka yang tidak bertanggungjawab tersebut.
Penghargaan Setinggi-tinggi terima
kasih kepada pihak yang bekerjasama memberi sumbangan ikhlas bagi melengkapkan maklumat
dalam
laman web ini. Terima kasih khas kepada Tengku Iesta (Grand
Brilliance)
Komen
& sumbangan
Hantarkan kepada kamal@filemkita.com
Teruskan menyokong dan
membangunkan Filem Malaysia. Syabas!