 |
"Dinginnya
hari itu, dalam gerimis suasana..." - Sweet Charity
Nama saya Zack. Saya minat muzik, tapi tentu anda
tertanya-tanya, apa kaitannya dengan pekerjaan saya ini.
Memang tak ada kaitan - Zack
 |
 |
Saya dilahirkan di Trong, Taiping, Perak. Deme kata dunia
ni luas, tapi bagi saya, dunia saya di Trong saja. Umur 35
tahun, sudah berkahwin, mempunyai seorang anak, yang
nakal... takpe lah! Aktiviti malam kami sangat limited... - Zack
 |
 |
Aa..
yang ini waktu malam minggu - Zack
 |
 |
Hari-hari hidup saya dibelenggu dengan rutin yang... yang
sangat rutin! - Zack
...
Tujuan saya nak ceritakan cerita ini kerana, pada suatu
hari saya terjumpa sepucuk surat yang dialamatkan kepada
kumpulan.. Rimba Bara, iaitu kumpulan muzik yang pernah saya
anggotai dulu. Rimba Bara! Sudah 15 tahun saya tidak
mendengar nama itu. Saya masih ingat lagi di mana Amy Mat
Piah kelam kabut datang ke rumah saya.. - Zack
 |


 |
15 tahun
sebelumnya
"Zubir oiii..
Zubir... Zack!" - Amy
"Ye... nak apa Amy? Kau dah mandi ke Amy?" - Zack
"Kamu tak dengar cerita baru lagi ke?" - Amy
"Cerita yang mana ni?" - Zack
"Ergh..!! Confirm kita main funfair!" - Amy
"Malam ni? Confirm?" - Zack
"Tiga minggu lagi!!" - Amy
"Hish..." - Zack
"Yahooo.." - Amy
 |

 |
Di Studio Jam
Menjaming Sejuta Wajah
(lagu Panah Beracun - Ramli Sarip)
Masa tu, saya dan kawan-kawan saya ingin menubuhkan sebuah
band. Memang pada masa itu semua remaja ingin mempunyai band
sendiri. Pengaruh-pengaruh dari barat begitu kuat. Dari nama
hinggalah pakaian, semuanya ingin persona band-band dari
barat - Zack
"Betul Zack.. Man
Kidal tangan kanan pun boleh main" - Amy
"Mana dia orang ni ha? Pukul berapa dah ni. Janji dengan Pak
Said pukul berapa" - Zack
"Ala.. dia orang nak datang sini pun naik tiga bas" - Amy
"Alamak.. Kathy" - Amy
 |
 |
"Lagi tiga minggu lagi beb, kan. Sekarang ni kita kena
praktis. Pa lagi..." - Jijo
(anggota Rimba Bara mengeluarkan duit, kecuali Amy)
"Sejam tujuh ringgit ni.. kan. Kurang-kurang kita nak
praktis 3 jam ni. Kau apa citer?" - Jijo
"Aku hutang dulu boleh? Hahahahahaha..." - Amy
(muzik Langit Dan Bumi - Search)
 |
 |
Pengasas
rock tanah air
Saya memang berasal
dari darah pemuzik. Ayah saya dulu pemain gitar lead untuk
kumpulan The Trumules. Datuk saya dulu pemain gitar utama
dalam kumpulan Keroncong Purnama Merindu. Onyang saya dulu
dengar ceritanya pemain rebab. Onyet saya dulu pula pemain
nobat istana. Ochot saya pula dengar ceritanya juga seorang
ahli muzik... -
Zack
 |
 |
... rasa-rasa saya, Ochot saya
dulu darah muziknya kuat, dan dialah pengasas rock tanah
air! -
Zack
 |
 |
("We will,
we will, rock you!!")
 |
 |
... dan kamilah penyambung warisan itu - Zack
(muzik rock)
 |
 |
Satu Tika Dulu
"Okay, nak tak nak
kita terpaksa mengaku, lagu yang betul-betul solid kita
main, ada tiga je - lagu Cinta Buatan Malaysia, Search; lagu
Saya Anak Malaysia, dR. SAM; dengan lagu 60-an, apa tu, lagu
A. Rahman Hassan, Tak Mengapa. A. Rahman Hassan tu, mana dia
sekarang?" - Jijo
"Eh, kamu mengutuk tahun 60-an ye?" - Bapa Zack
"Itu bukan maksud saya. Kita orang ni belum lagi matang nak
main lagu 60-an. Macam tu.." - Jijo
 |
 |
"Jijo, kita form band ni pun bukan semata-mata untuk
glamor aje. Kita ada misi" - Zack
"Ha, betul tu. Kita ada misi. Kerana itulah kita buat
mesyuarat ni kan. Band mesti kuaaat.. Main funfair, lagi
tiga minggu. Lepas tu kita ada Battle Of The Band, lagi dua
bulan. Si Amy ni, mana dia pergi sekarang?" - Jijo
 |
 |
"Ye la, betul la, pilihan lagu kita up to date, kan.
Persembahan kita tip top. Sekarang aku nak tanya, pakaian
kita ni, kan. Macam mana? Cuba engkau tengok, pakaian kita
ni langsung tak mencerminkan yang kita ni betul-betul
rockers, kan. Betul tak Black? Oi Black, oi! Kau dengar tak
aku cakap.. ha? Hey, kita kena sepakat Black, dalam
mesyuarat macam ni kita mesti suarakan apa yang kita tahu,
apa yang kita fikir. Faham tak? Bukan setakat Battle Of The
Band, kan. Kita boleh pergi jauh lagi, faham tak? Sekarang
aku nak tanya korang, apa sumbangan kita untuk tanah air,
hm.. kan. Hm.. kan, untuk tanah air, dan sumber pendapatan.
Aku tengok Amy Search tu, huu.. dah bawak Honda Accord dah!
Herrr.. kan, Honda Accord, engkau tahu.. kan. Sekarang,
daripada hari ni, kan.. termeteralah perjanjian Rimba Bara
untuk menjadi sebuah band rock yang berwawasan!! Kan.. kan?
Hm.. aa, kan. Hmm.. Tengok wayang nak?" - Jijo
 |


 |
Dari Sinar Mata - Bumiputra Rockers
Keunggulan cinta, dari sinar mata, yang begelora
Hati di taman berbunga, satu impian, satu harapan
Sudah pasti ada sebaliknya satu rahsia
Engkau di mataku adalah cahaya perjalananku
Terang menyuluh segala, yang tersembunyi, lama ku cari
Sudah pasti ada jawapannya kemungkinan itu
Datang hampir senja
Sedang aku merangkak dan kehausan, cinta itu
Kau hulur tanganmu, membawa ku ke atas semula
Berdoalah aku kesyukuran
Tercantum cinta jadi satu
Biar ku tebus segalanya
Agar diteman cinta yang suci itu
(lirik J.S. Kevin)
 |
 |
Jam
"Zack, bagi aku E. Eeeeeeee.... Eeeeeeee.... Eeeeeeee....
A? Eyyyyyy... Eyyyyyy... Heyyyyy... E? Apa khabar
Manjooooiiii..." - Amy
 |
 |
"Habis! Habis.. kita. Zul, dengan band dia, sudah potong
kontrak funfair kita!" - Jijo
"Zul???" - Amy & Zack
"Hmmmm..." - Jijo
 |
 |
Zul adalah seorang pemuzik yang brutal. Walaupun muzik
mereka menjadi ikutan pada masa itu, tapi kami bantah -
Zack
 |
 |
Pertandingan
bermula
"Ni, dengar sini!
Ni rockers je yang boleh join. R, O, K, E, R. Rockers!!" -
Purnama
 |
 |
(suara brutal) "Korang jangan berangan nak tewaskan Malaikat
Mauuuut" - Zul Kapan
(berbisik) "Kail pun panjang sejengkal..." - Zack
 |
 |
"Siapa cakap tu?" - Zul Kapan
"Dia, dia, dia...." - Semua rockers
 |
 |
(suara brutal) "Hey, Rimba Bara. Kecil tapak tangan, tin
buruk kami tadahkan.... Arrrgghhh....!!" - Zul Kapan
(guruh dan kilat sabung
menyabung)
 |
 |
Bengang
dengan Zul Kapan
"Aku tadi, kalau ikutkan hati, lembik dia aku debik!" -
Amy
"Dia sound kita ni, macamlah kita ni.. band orang kahwin je,
kan. Dia tak tahu, yang kita ni penuh ilmu di dada" -
Jijo
 |

 |
12 tahun
sebelum itu...
Suara kekasih...
Suara kekasih...
Suara kekasih...
Terbayang di mata...
Bersuara di hati...
Terbayang di mata...
Bersuara di hati...
(lagu Suara Kekasih - Alleycats)
 |
 |
Bas Rock
 |
 |
"Yeaahhh..." -
Amy
 |
 |
Sehari sebelum
pertandingan
"Eyy.. okay ke
'Rimba Bara', ha? Kenapa tak tukar nama orang putih je?
Poison ke, Asia, Cinderella, Handy Black - rock oo..." -
Amy
"Pak Ndak aa.. dia la yang main petik je nama Rimba Bara ni,
kan. Nama tu melekat sampai sekarang. Dia kata nama tu macam
boleh pergi jauh la. Tapi, aku tengok dia tak pergi jauh
pun, pakai vespa jugak. Kat rumah dia tu rekod satu almari,
nyanyi haram, main muzik.. jauh sekali" - Jijo
"Okay, dengar sini. Untuk saringan esok, aku rasa kita dah
cukup bersedia.. kecuali engkau Amy. Engkau Amy, balik malam
ni tidur cepat, esok bangun je pagi, telan telur mentah!" -
Jijo
"Pas..! Ayam kampung ke ayam hormon?" - Amy
 |

 |
Hari
pertandingan
(muzik Isi Atau
Kulit - Search)
"Mana pulak si Amy ni... Tak tepati masa langsung. Tak
tepati masa ni kan, kau tahu tak, boleh merosakkan bangsa
tau. Tak tepati masa, dengan rasuah - dua ni" - Jijo
 |

 |
Band-band yang masuk bertanding pada hari itu datang
dari Batu Gajah, Gopeng, Sungei Siput, Taiping, Lumut,
Tanjung Malim, dan seluruh pelusuk negeri. Antara band-band
yang menjadi pilihan adalah.. Wildhorse, yang dipimpin oleh
Man Black. Band Handymate yang diketuai oleh Pyan Kayu, dan
seterusnya adalah Sky Fire, yang dipimpin oleh Mail Fire,
dan juga kumpulan Shahrum & The Shingles, tetapi mereka
telah disqualified kerana mereka memainkan lagu reggae.
Kumpulan Foxy Ladies, yang diketuai oleh Nurfarazana. Tidak
ketinggalan kumpulan Malaikat Maut yang dipimpin oleh Zul
Kapan. Juga kumpulan Ellie & The Bincit - Zack
 |
 |
"Eh, kau nampak tak, mamat tu hensem la.." - Nurfarazana
Foxy Lady
"Orang nama mamat memang la hensem!" - Hani Foxy Lady
 |
 |
Pada hari itu, bahang gegaran rock tanah air begitu terasa
sekali. Baik dari segi pakaian, attitude, dan harapan -
Zack
 |

 |
Goyang-Goyang - Foxy Ladies
Betapa cepat masa dan hari ku berlalu
Terasa seperti semalam ku bertemu
Dengan si gadis manis rupawan
Berlesung pipit dan berambut panjang
Siapa terlihat padanya pasti tertawan
Gerak diamnya begitu teratur menawan
Langkah ku kenan di malam itu
Dia sudi berdansa bila ku pelawa...
(lirik Loloq)
 |
 |
"Band seterusnya, sudah berpengalaman. Sudah banyak bermain
di rumah orang kahwin, funfair, ekspo, dan baru-baru ini
telah muncul sebagai juara badminton peringkat negeri, dan
pernah muncul dalam majalah URTV. Dan kini, terimalah..
Malaikat Mauuuutt" - Man MC
 |


 |
Pelesit Kota -
Search
Debu-debu
melayang, keras menyambar malam
Di celah-celah kota, di bawah cakerawala
Berterbangan, pelesit kota
Berterbangan, unggas gila
Ketika bukan gersang, bumi berkelontangan
Mencabar kehidupan, tabiat jadi gila
Terkumpullah, segalanya
Menjadikan, pelesit kota
Bersembunyi di mana
Mungkin di celah-celah
Dedaunan dan debunga
Atau berada di saku manusia
(lirik Bakri Johari)
 |
 |
Rimba Bara
- Juara Battle Of The Bands peringkat negeri Perak
"Majulah rock untuk
negara...!!" - Man MC
 |
 |
Krisis juara
"Okay, kita cuma
ada dua minggu lagi untuk praktis. Kita menang hari tu pun
sebab nasib. Amy hancur!!" - Jijo
 |

 |
(suara brutal) "Boleh tak gua jam sama lu orang?" - Zul
Kapan
"Kami tengah buat latihan ni" - Zack
(suara biasa) "Yang sebenarnya, boleh tak gua jadi lead
singer lu orang?" - Zul Kapan
"Hey.. aku rasa, lepas ni aku nak makan telur itik la
pulak!" - Amy
(lagu Taman Rashidah Utama - Zul Kapan)
 |

 |
Debunga Wangi
- Lefthanded
Sepi yang
mencengkam, saban waktu
Membawa aku ke lembah berduri
Yang aku sendiri, tidak pasti
Apakah aku dapat mengharungi
Siapakah akan datang, menyudikan dirinya
Menghulur tangan membawa ku naik
Ke daratan yang penuh debunga wangi
Ku cari, ku mencari
Pada daratan yang penuh debunga wangi
(lirik Jabar Isnin)
 |
 |
Kisah Dan
Tauladan
 |
 |
Tiada Lagi
Kidungmu...
 |

 |
Temuduga
kerja
"Hoi! Apa ni? Ini
pejabat, bukan sarkas. Awak ada surat sokongan?" -
Pegawai pejabat
"Takde, encik" - Zack
"Borang ni betul awak isi? Ni gambar lama, rambut pendek.
Ini rambut panjang. Macam beruk!! Beruk punya Melayu" -
Pegawai pejabat
"Hey, encik!! Saya takde Ayah Chu untuk Abang Long bagi
borang tender, tahu tak? Saya tak perlukan surat sokongan
dari siapa-siapa pun. Ye, betul.. ilmu saya tak cukup sampai
ke ilmu jampi masa interviu.. tapi dengan sijil saya, dengan
falsafah hidup saya, dah cukup kuat untuk pegang jawatan
ini. Tapi kalau encik fikir kami yang berambut panjang ini
macam beruk, saya sanggup potong encik. Demi encik! Terima
kasih encik. Assalamualaikum. Huh.." - Zack
 |
 |
Latihan
terakhir - Zack lepas geram
 |
 |
Pertandingan Battle Of The Bands peringkat akhir bermula
(muzik Kamelia - Sweet Charity)
 |
 |
Rimba Bara
membawakan lagu Batu & Penunggu
 |
 |
Amy
Search - juri Battle Of The Bands
 |
 |
Rimba Bara
- Juara Battle Of The Bands
Malam itu kami
meraikan kejayaan kami seperti tak ada esok lagi. Mungkin
pada kami, langkah pertama untuk menjadi band terkemuka
tanah air sudah berjaya kami harungi. Seperti dalam mimpi.. -
Zack
Kami diarah untuk ke Kuala Lumpur pada lusanya. Jadual
untuk kami membuat rakaman di King's Studio telah
ditetapkan. Ramai peminat Rimba Bara menghantar kami, tetapi
dengar cerita mereka telah dibayar oleh Encik Man MC -
Zack
 |
 |
Album kami diterbitkan oleh Zahid Stone, tapi malang, dia
masuk jel. Tempat dia digantikan oleh Kapten Bersara Mohar,
tapi dia pun kena tangkap - Zack
 |
 |
Kathy memulakan pelajarannya
di ITM dalam jurusan Sains Kesetiausahaan. Ketika kami
membuat rakaman, Studio Sejuta Wajah terbakar... - Zack
 |
 |
Saya telah dapat surat tawaran bekerja sewaktu buat rakaman
lagu kelima kami. Ayah menyuruh menghentikan rakaman, dan
memaksa melaporkan diri bekerja pada keesokan harinya.
Kecewa Rimba Bara... - Zack
 |
 |
Empat tahun kemudian, saya dan Kathy berkahwin. Di hari
pernikahan kami, mak mertua saya telah jatuh hati pada Tok
Kadhi. Mereka pun diijabkabulkan pada hari yang sama -
Zack
 |
 |
Di majlis persandingan di rumah saya, anggota Rimba Bara
hadir. Bayangkan, dalam masa empat tahun, itulah persembahan
kami bersama yang pertama dan terakhir, kerana di dalam
perjalanan pulang, mereka telah terlibat dalam satu
kemalangan - Jijo meninggal dunia - Zack
 |

 |
Penutup
Rupa-rupanya,
Kathy merestui ambisi ku - Zack
 |

 |
Tiada Lagi
Kidungmu - Lefthanded
Air mata yang berderai, siapa yang menghapuskan
Hati kering dan gersang, siapa yang meneduhkan
Sedangkan kau yang ku sayang, telah pergi dariku
Dengan cinta dan harapan, hidupku... ohh, sayang
Tiada lagi ku dengar kidungmu, tiada lagi derai tawamu
Hanya kesepian yang kian mencengkam jiwaku
Malam-malam dingin membeku, hari-hari kian kelabu
Dalam doa kudus ku sebut namamu cintaku... ohh
Oh sayang, damailah kau di sana
Di sisi Tuhan Yang Esa
(lirik Arie Wibowo)
 |