Sinopsis
Filem ini berkisar tentang masalah pembelian tanah di sebuah kampung di Tanjung Harapan. Manaf berasal
dari kampung tersebut dan merupakan seorang lelaki yang ringkas tetapi berpendirian tegas. Manaf yang
berpendidikan luar negara, pulang ke kampungnya setelah tamat pengajian. Tujuannya pulang ke kampung
adalah kerana tidak mahu melihat orang-orang kampung 'disalahgunakan' oleh orang bandar. Manaf juga
ada bakat mengukir dan sayangkan binatang. Dia kemudian membuka kolam
memancing, mengusahakan chalet dan menjual ikan pekasam. Cerita ini seterusnya menemukan Manaf dengan Sara, seorang gadis
lincah dan berpendidikan barat serta mempunyai ego tersendiri. Sara datang ke kampung tersebut untuk
membeli tanah, maka bermulalah perkenalan Manaf dan Sara. Sara yang merasa tercabar dengan sikap
degil Manaf yang enggan melepaskan tanah miliknya itu bersetuju mengahwini
Manaf semata-mata inginkan tanah pusaka Manaf. Pergolakan timbul sebelum dan selepas berkahwin. Biarpun menjadi suami
isteri, masing-masing melakukan hal sendiri. Dalam pergolakan itu berputik cinta di hati Sara...
A romantic comedy, set in the picturesque Tasik Chenderoh, Perak, it revolves around Sara, a property
developer, and Manaf, a villager who owns a much sought after piece of land. Being a determined
entrepreneur who rarely admits defeat, Sara pursues the acquisition of Manaf's land, even though Manaf
refuses to sell his family inheritance. Kassim, Sara's father, likes Manaf and tries to
match-make the both of them. He succeeds, though not in the way he wanted it to happen. In her zeal, Sara even marries
Manaf to accomplish her mission.
Pengarah
Along Kamaruddin
Penulis
Gunasegaran Subramaniam ...
Cerita
Yasmin Yaacob ... Skrip
Jabatan Skrip Tayangan Unggul ...
Skrip
Pelakon
Ida Nerina
... Sara
Shamsul Ghau Ghau ... Manaf
Zahim Albakri ... Johan
Hisham Ahmad Tajudin
... Kassim
Zami Ismail ... Pak Mat
Piee ... Pak Bakar
Soosan Ho ... Khaty
Siti Shahrizah (Eja)
... Rozita
Loloq ... Salleh
Ropi (Cecupak) ... Zahid
Pekerja (crew)
Ashraf
...
Pengarah Seni
Indera Che Muda ...
Pengarah Seni
Penerbit
Maznita Mokhtar
...
Penerbit Eksekutif
Tayangan Unggul Sdn Bhd ...
Syarikat Penerbitan Filem
Astro Shaw ...
Syarikat Penerbitan Filem
Lain-lain
Yusof Haslam
(Skop Productions Sdn Bhd) ... Pengedar Filem
|
Judul
filem:
Sara
Slogan: "'lang dah dapat..."
Jenis cerita: Komedi / Romantik
Bahasa: Melayu

|
|
|
Tayangan
Tarikh mula tayangan umum:
28 Jun 2001
|
|
|
Urusniaga
Kos
pembikinan filem: RM1 juta
Kos promosi: RM300,000
Kutipan jualan tiket: RM176,080
|
|
|
Teknikal
Jenis filem: 35 mm
Corak filem: Warna
|
|
|
Bikin
filem
Antara lokasi penggambaran: Lenggong, Tapah, Ipoh (Perak); Kuala Lumpur
|
|
Anugerah
& festival filem
Pertandingan:
Festival Filem Malaysia ke-15, 2001 (Shah Alam)
ANUGERAH:
Pengarah Harapan - Along Kamaruddin
|
|
| TriviA
Penggambaran
filem mengambil masa selama 50 hari.
Rosyam Nor terpaksa menolak tawaran untuk berlakon watak Manaf kerana terlibat dengan tugas lain. Tempat beliau diambil alih oleh
Shamsul Ghau Ghau.
Nasha Aziz menjalani uji bakat untuk memegang watak Sara. Bagaimanapun Nasha didapati tidak bersesuaian untuk bergandingan
dengan Shamsul Ghau Ghau.
Para pelakon menjalani latihan di bawah bimbingan Fatimah Abu Bakar (pelakon teater) selama sebulan sebelum penggambaran
dimulakan.
|
|
| VCD
& Soundtrack

Video CD
Pengedar: -
No. Siri: -
|
|
|
|
|
|
Penafian
Laman web Filem Malaysia (www.filemkita.com)
merupakan sebuah laman web berasaskan maklumat mengenai
filem-filem buatan Malaysia dan filem-filem Melayu (terbitan
Tanah Melayu/Malaya dan Singapura) sejak tahun 1933 hingga era
2000. Segala maklumat, tulisan, gambar, dialog, senikata dan
klip audio/video adalah hak milik pengeluar filem dan para
karyawan, seniman/seniwati dan penulis yang terlibat. Sebarang
penyalahgunaan bahan-bahan dalam laman web ini adalah ditanggung
sepenuhnya oleh mereka yang tidak bertanggungjawab tersebut.
Penghargaan
Setinggi-tinggi terima
kasih kepada pihak yang bekerjasama memberi sumbangan ikhlas bagi melengkapkan maklumat
dalam
laman web ini.
|
|