Sinopsis
Filem ini
berlatarbelakangkan kehidupan masyarakat Melayu sekitar tahun
1955-1960 yang cuba mengungkapkan erti cinta pada bangsa dan
negara berasaskan kepada sejarah dan semangat perjuangan negara
yang relevan dengan falsafah kepimpinan hari ini. Keadaan ini
diungkapkan menerusi keluarga Mr. Jabar dan isterinya Dasimah
dalam mendidik anak-anak mereka iaitu Hassan dan Salleh. Hassan
bergiat dalam bidang politik, malangnya kegagalan dalam bidang
politik dan kematian Mr. Jabar membuatkan Hassan menjadi hilang
akal dan menghidap 'schizophrenia'. Sementara itu, Salleh terus
membesar dan menjadi pemuda yang bebas. Dia sering keluar rumah,
berhibur di kabaret lalu berkenalan dengan seorang perempuan
joget bernama Salmah. Mereka akhirnya berkahwin dan Hassan
semakin terabai apabila Salleh dan Salmah berpindah ke rumah
lain, dan Dasimah pula semakin tenat setelah kakinya tertusuk
sembilu buluh. Keadaan bertambah meruncing apabila Hassan
diketepikan oleh Salleh dan Salmah setelah Dasimah meninggal
dunia. Hassan mengamuk dan menceroboh masuk ke rumah Salleh
serta mencederakan Salmah. Akhirnya Hassan ditangkap oleh pihak
polis. Beberapa tahun kemudian, Salleh dan Salmah bersama anak
mereka datang melawat Hassan yang kini berada di Tanjung
Rambutan. Salmah mulai menerima Hassan sebagai sebahagian dari
keluarganya.
Mr. Jabar and his wife are the products of
Malay society around 1955-1960. They raise their children, Hassan and Salleh, to express their
love of country based on their national and ethnic history. Hassan
becomes active in politics, but his political failure and his father's
death make him schizophrenic. Their mother tries to rear the boys well, but Salleh turns into a wild young man. He meets Salmah, a cabaret
dancer, whom he eventually marries. Relationships within the family worsen...
Pengarah
Mahadi J. Murat
Penulis
Mahadi J. Murat
... Cerita & Lakonlayar
Pelakon
Sidi
Oraza ... Hassan
Azhar Sulaiman ... Salleh
Norish Karman ... Salmah
Jalaluddin Hassan ... Jabar
Fauziah Nawi ... Dasimah
Pekerja (crew)
Tiada maklumat
Penerbit
Perkasa Filem Sdn Bhd ... Syarikat Penerbitan Filem
|
|
|
Penafian
Laman web Filem Malaysia (www.filemkita.com)
merupakan sebuah laman web berasaskan maklumat mengenai
filem-filem buatan Malaysia dan filem-filem Melayu (terbitan
Tanah Melayu/Malaya dan Singapura) sejak tahun 1933 hingga era
2000. Segala maklumat, tulisan, gambar, dialog, senikata dan
klip audio/video adalah hak milik pengeluar filem dan para
karyawan, seniman/seniwati dan penulis yang terlibat. Sebarang
penyalahgunaan bahan-bahan dalam laman web ini adalah ditanggung
sepenuhnya oleh mereka yang tidak bertanggungjawab tersebut.
Penghargaan
Setinggi-tinggi terima
kasih kepada pihak yang bekerjasama memberi sumbangan ikhlas bagi melengkapkan maklumat
dalam
laman web ini.
|
|