 |
Setelah membuat 'tinjauan' di Mewah Resort milik Tuan Rashid, Joe (wartawan Buletin Metro) kembali ke bilik hotel lalu bergegas mengemas
barang-barangnya. Seketika kemudian, Norman (jurugambar Buletin Metro) masuk ke dalam bilik
tersebut...
"Hey, mana kau pergi? Kita kena check-out sekarang" -
Joe
(Norman menggeliat malas) "Arrhh... aku baru nak selesa dengan tempat
ni" - Norman
"Kalau kau tahu assignment aku yang sebenar, tentu kau tak berani pijak tempat ni awal-awal
lagi, kau tahu?" - Joe
"Aku dah agak dah! Jadi, kau ingat tempat ni
corrupted-lah?" - Norman
"Corrupted as hell!! Kau akan tahu segala-galanya esok"
- Joe

|
 |
Bertempat di Hotel Dynasty sedang berlangsung acara Malam Anugerah Usahawan
Cemerlang. Tuan Rashid telah diumumkan sebagai penerima anugerah
tersebut. Beliau seterusnya dijemput untuk memberi sepatah dua
kata.
"Tuan Rashid, silakan..." - Pengerusi majlis
(Semua jurukamera di hadapan pentas tidak berhenti-henti mengambil gambar dan para hadirin terus memberi tepukan yang agak
gemuruh)
"Terima kasih, saya rasa macam menerima anugerah Pelakon Lelaki Terbaik
pulak" - Tuan Rashid

|
 |
En. Maarof (penyunting akhbar Buletin Metro) memanggil dua orang wartawannya masuk ke dalam bilik setelah beliau membaca berita muka hadapan akhbar Berita Harian yang
bertajuk "VIP tak bayar cukai pendapatan?"
"Dari mana dia orang boleh dapatkan scoop ni ha?! Kenapa kau orang tak dapatkan?!!"
- En. Maarof
"Kes VIP ni dah lama kami cari Encik Maarof" - Wartawan
1
"Dah tu, kenapa tak cover?" - En. Maarof
"Encik Maarof suruh kami cover kes artis tak bayar income-tax"
- Wartawan 2
"Tak payah dikejar dia orang lagi. Artis sekarang dah tahu tanggungjawab
mereka. Ada yang dah pandai bayar zakat pun!" - En.
Maarof

|
 |
Joe mati dibunuh
oleh lelaki misteri - Nor Aliah Lee melaporkan untuk
Berita Semasa.
|
 |
Norman (yang kini menjadi buruan polis setelah dituduh membunuh Joe) cuba mendapatkan simpati teman wanita Joe iaitu Tania
(wartawan Buletin Metro). Tania yang juga merupakan bekas teman wanita Norman cuba bertindak untuk melaporkan kepada pihak polis menyebabkan Norman terpaksa menceritakan apa yang sebenarnya terjadi pada
malam Joe dibunuh: Pada malam tersebut, Norman berjumpa Joe di hadapan apartmen tempat tinggal Joe untuk mendapatkan penjelasan tentang hubungan Joe dengan
Tania...
"Kita akan selesai segala-galanya malam ini" - Norman
"Aku tak nak gaduh Norman" - Joe
"Aku tak nak ajak kau bergaduh. Aku tak nak kerana perkara remeh ni kita putus
kawan" - Norman
(Norman pun terus bersalaman dengan Joe tanda berdamai)
"Hey, kau tak mahu singgah... minum-minum ke?" - Joe
"Aku jumpa kau kat office je (esok)..." - Norman
"Okey" - Joe
(Norman pun berlalu pergi. Setelah beberapa langkah, dia berhenti lalu menoleh kepada Joe yang masih
memerhatikannya) "Tania gadis istimewa. Jangan persia-siakan
dia" - Norman
(Joe mengangguk faham)
(Norman tersengih) "Hss... ada macam filem Sembilu tak?!"
- Norman
(Joe ketawa)

|
 |
Tania telah mula mempercayai bahawa Norman (yang kini berada di rumah Tania) tidak
bersalah. Walau bagaimanapun, Tania berasa agak bimbang dengan situasi tersebut
tambahan pula abangnya merupakan Inspektor polis yang sedang menyiasat kes pembunuhan
tersebut.
(Tania bergegas menarik langsir menutupi jendela) "Ada sesiapa nampak kau datang sini?"
- Tania
"'Tah, mungkin polis agaknya" - Norman
"Kau jangan main-main Norman. Kau tahu apa hukumannya orang yang menyembunyikan penjenayah?"
- Tania
"Aku bukan penjenayah laa..." - Norman
"Kau dilihat bergaduh dengan Joe. Kau orang terakhir berjumpa dengan Joe, dan
kau... ada 'motif' untuk bunuh Joe!" - Tania
"Hey, kak! Kalau aku bunuh Joe pasal Sofia Jane lainlah hal dia..." - Norman
(Tania menyesal bertanya) "Ohh, thanks..." - Tania

|
 |
Tania mendapat beberapa keping gambar perempuan yang diambil oleh Norman di Mewah Resort tempoh
hari. Dia juga mendapat tahu daripada Joe (sebelum
kematiannya) bahawa terdapat skandal yang bakal dibongkarkan mengenai Mewah Holdings dan Tuan
Rashid. Tania seterusnya pergi berjumpa En. Maarof untuk menjelaskan teorinya
mengenai pembunuhan Joe dan membersihkan nama Norman.
"Skandal apa pulak? Jadi, maksud awak tu... Mewah Holdings terlibat dengan skandal seks?"
- En. Maarof
"Mungkin! Tapi yang pastinya, kerana skandal yang
dimaksudkan, Joe dibunuh" - Tania
"Hmm.. menarik.. menarik! Wartawan Buletin Metro membongkar skandal seks orang
atasan. Kerana tergugat, seorang pembunuh telah diupah untuk membunuh
wartawan tersebut. Betul-betul macam filem Hollywood"
- En. Maarof

|
 |
Irene
Santiago sebagai Sheila, membantu membongkar misteri
kematian Joe.
|
 |
Redzuan
Hashim sebagai Inspektor Shamsul yang juga abang kepada
Tania, mengesyaki adiknya melindungi Norman.
|
 |
Tania telah mendapat beberapa maklumat mengenai Tuan Rashid dan Mewah Holdings daripada Shah
(ketua akauntan Mewah Holdings). Tuan Rashid yang mendapat tahu
mengenai situasi tersebut berasa terkejut dan amat marah kerana Shah merupakan orang
kepercayaannya. Beliau pun cuba mendapatkan penjelasan daripada Shah...
"Kenapa kau jumpa reporter tu?" - Tuan Rashid
"Untuk selamatkan 'leher' Tuan Rashid. Ingat! Rahsia kita hampir bocor kerana sikap Tuan Rashid yang gilakan
publisiti. Reporter dulu kita dah 'senyapkan'... mungkin reporter ini juga akan menerima nasib yang sama kalau keadaan
memaksa" - Shah

|
 |
Norman telah berkenalan dengan Sheila (anak Alex Tan - rakan kongsi Tuan Rashid) melalui
petanda yang ditinggalkan oleh Joe. Sementara itu, Tania telah ditahan di lokap kerana
tidak bekerjasama dengan pihak polis. Manakala Norman dan Sheila pula cuba bertindak sendiri untuk terus menyiasat dengan pergi ke Mewah Resort. Di
sana, Norman terpaksa berkurung di bilik hotel kerana beliau masih diburu polis, tambahan
pula gambarnya juga telah muncul di media massa sebagai orang yang dikehendaki polis. Setelah bosan seharian
di bilik, pada malamnya Norman keluar untuk berendam di kolam
renang. Dengan sikapnya yang peramah (terutama sekali dengan perempuan!), Norman memulakan perbualan
dengan seorang wanita Inggeris yang kelihatan berseorangan...
(Norman berlagak 'macho') "So, you haven't 'heard' about me?"
- Norman
"Are you famous?" -
Wanita Inggeris
"Well... you can say that, yeah..!" - Norman
"Let me guess.. you're a movie star. Of course you are" -
Wanita Inggeris
(Norman berperasan) "Oho.. some people say I look like, er.. Johnny Depp!"
- Norman
(Tiba-tiba muncul seorang lelaki Inggeris menuju ke arah
mereka)
"Hi Honey!" - Lelaki Inggeris (kepada wanita)
"Karl, I would like you to meet..." -
Wanita Inggeris
"Sorry, I didn't catch you name.." -
Wanita Inggeris (kepada Norman)
(Lelaki Inggeris seperti teringat sesuatu) "You look familiar.."
- Lelaki Inggeris (kepada Norman)
"Of course he does. He's a movie star" -
Wanita Inggeris
"Karl's my fiancée" -
Wanita Inggeris (kepada Norman)
(Norman berasa kurang selesa) "Heh, heh. Well, sorry.. gotta go. Nice to meet
you ---" - Norman
"Do you think he looks like Johnny Depp?" -
Wanita Inggeris
"Naa.. He looks more like -- D.J. Dave!!" - Lelaki
Inggeris

|
 |
Shah yang mendapat tahu daripada Karim (pengurus Mewah Resort) mengenai kehadiran Norman dan Sheila di situ telah memerangkap mereka
berdua. Norman (yang pengsan setelah diserang oleh Karim) dan Sheila diikat di atas sebuah bot yang telah dipasang dengan sebuah time-bomb. Komputer bimbit yang mengandungi rekod akaun Mewah
Holdings (iaitu bukti penyelewengan Tuan Rashid) juga telah dirancang untuk diletupkan
bersama-sama Norman dan Sheila.
(Norman tersedar dari pengsan dan cuba melepaskan ikatan) "Sheila, apa kita buat kat
sini, Sheila?" - Norman
"Di sini sejarah hidup kau berakhir. Tapi kau berdua bernasib
baik. Tak semua orang dapat melawat tapak kuburnya. Ha ha ha..."
- Shah
"Kubur? Saya belum nak mati lagi.." - Norman
"Jangan buang tenaga Norman. Dia tetap akan lakukan sama macam dia lakukan
pada... Joe dan Alex Tan" - Sheila
"Bang, tolong bang! Jangan buat saya macam ni..." - Norman
"Aku nak menyenangkan kau. Lepas ni kau tak perlu lari dari sesiapa
lagi. Hasta la vista!" - Shah
(Shah dan Karim pun meninggalkan bot untuk meletupkannya)

|
 |
Hani Mohsein
sebagai Shah Ikhwan, menculik Tania sebagai tebusan.
|
 |
Norman dan Sheila berjaya menyelamatkan diri (dan juga komputer bimbit) daripada
letupan. Mereka dijumpai di tengah laut oleh sekumpulan nelayan yang diketuai oleh Pak
Leh. Sementara itu Tania juga telah dibebaskan daripada lokap dengan dijamin oleh
abangnya, Inspektor Shamsul melalui orang tengah - En.
Maarof. Tania yang tersilap langkah (kerana terlalu ghairah untuk menyelesaikan kes
tersebut) telah di jadikan tawanan oleh Tuan Rashid yang bercadang melarikan diri ke luar
negara. Sikap Shah dan Tuan Rashid yang tidak sabar telah menggagalkan usaha
mereka. Norman, Pak Leh dan rakan-rakan nelayan berjaya membantu membebaskan Tania.
Kini, mereka sedang beristirahat di Mewah Resort...
"Norman, kamu.. tak terikat dengan Tania atau Sheila?" - Pak Leh
"Saya lepaskan kedua-dua Pak Leh. Takut dia orang berdua bergaduh pasal
saya. Susah bila jadi jejaka rebutan ni!" - Norman
(Pak Leh & Norman ketawa)

|
 |
Tania dan Sheila sedang berbual di Mewah Resort apabila datang seorang lelaki muda menegur Sheila lalu bertanya khabar dan kemudian berlalu
pergi...
"Siapa tu?" - Tania
(Sheila ketawa kecil) "You don't want to know him.." - Sheila
"Kenapa?" - Tania
"Dia tu pimp besar dari negara Kasorrga. Kerja dia cuma cari
perempuan.. aje!" - Sheila
"Really?!!" - Tania
(Tania pun terus berlari pergi meninggalkan Sheila) "Eh, Tania! Nak pergi mana?"
- Sheila
(Tania berlari ke arah Norman) "Norman! Norman! Ambik
kamera. Kita ada scoop baru!!" - Tania
"Ahh... Tania, please... I'm on holiday!" - Norman
(Dengan terpaksa, Norman pun terus berlari mengekori Tania -
TAMAT)

|