Sinopsis
Kisah seorang
lelaki bernama Hassan yang telah ditawarkan untuk bekerja
sebagai pelaut di atas sebuah kapal bernama 'Juwita'. Dengan
berat hati, Hassan terpaksa meninggalkan isterinya Rubiah yang
sedang hamil. Semasa ketiadaannya, satu kejadian malang telah
menimpa isterinya di mana rumah mereka telah terbakar. Apabila
Hassan pulang, dia telah diberitahu bahawa isterinya turut
terkorban dalam kejadian itu. Dengan perasaan sedih dan kecewa,
Hassan pun kembali untuk berlayar dari Singapura. Sementara itu,
Rubiah yang disangkakan sudah meninggal dunia, sebenarnya telah
berjaya menyelamatkan diri dan meninggalkan kampung untuk
mencari Hassan. Rubiah ditemui tidak sedarkan diri oleh seorang
lelaki yang membawanya ke Pulau Pinang. Di sana, Rubiah
melahirkan seorang anak lelaki yang diberi nama Harun. Setelah
sekian lama, Hassan pun memulakan hidup baru dan berkahwin
dengan seorang gadis di Jakarta. Mereka berpindah ke Singapura
di mana isterinya melahirkan seorang anak lelaki yang bernama
Hashim. Hassan kini mempunyai jawatan yang tinggi di syarikat
perkapalan tempatnya bekerja. Apabila dewasa, Hashim mengambil
alih tugas Hassan. Sementara itu, Rubiah dan anaknya Harun terus
hidup dalam kemiskinan. Oleh kerana itu, Harun mengambil
keputusan untuk pergi ke Singapura bagi menjadi kelasi kapal.
Ibunya Rubiah tidak dapat menahan kesedihan sambil mengingatkan
tentang suaminya yang telah lama hilang dan berharap Harun dapat
pulang semula, tidak seperti ayahnya. Di Singapura, Hassan dan
Hashim telah menerima Harun untuk bekerja di atas kapal 'Juwita'
tanpa mengetahui bahawa Harun mempunyai pertalian darah dengan
mereka...
Pengarah
S. Ramanathan
Penulis
S. Ramanathan
... Cerita & Lakonlayar
WH Barat ... Penterjemah Dialog
Pelakon
P. Ramlee
... Harun
Rosnani Jamil
... Asiah
A. Rahim
... Hashim
Haji Mahadi
... Hassan
Siti Tanjung Perak
... Rubiah
Saadiah
...
S. Shamsuddin
...
Aini Jasmin
...
Saamah
...
Malik Sutan Muda
...
Salleh Abdullah
...
Kamarudin
...
Salleh Kamil
...
Salmah
...
Ulong Jawa
...
Pekerja (crew)
A. Bakar
Lahar ... Penolong Jurukamera
Ahmad Jaafar ... Penggubah Lagu
Chou Chan Kok ... Jurukamera
Chou Chow Ton ... Jurusuara
Edith Castillo ... Pereka Tari
G. Kollaart ... Penjaga Sambungan
H. Hayat ... Penyunting Filem
M. Sulaiman Othman ... Pelukis
Pemandangan
S. Sudarmaji ... Penulis Senikata
WH Barat ...
Penolong Pengarah
Yap Poh Kai ... Penolong Jurusuara
Penerbit
Malay Film Productions Ltd ... Syarikat Penerbitan Filem
Lain-lain
Shaw Brothers Ltd ...
Pengedar Filem
|
Judul
filem:
Sedarah
Jenis cerita: Drama
Bahasa: Melayu

|
|
|
Tayangan
Tarikh mula tayangan umum:
30 Ogos 1952
|
|
|
Teknikal
Corak filem: Hitam Putih
|
|
| VCD
& Soundtrack
[tiada gambar]
Video CD
Pengedar: Music Valley
No. Siri: -
|
|
|
|
|
Penafian
Laman web Filem Malaysia (www.filemkita.com)
merupakan sebuah laman web berasaskan maklumat mengenai
filem-filem buatan Malaysia dan filem-filem Melayu (terbitan
Tanah Melayu/Malaya dan Singapura) sejak tahun 1933 hingga era
2000. Segala maklumat, tulisan, gambar, dialog, senikata dan
klip audio/video adalah hak milik pengeluar filem dan para
karyawan, seniman/seniwati dan penulis yang terlibat. Sebarang
penyalahgunaan bahan-bahan dalam laman web ini adalah ditanggung
sepenuhnya oleh mereka yang tidak bertanggungjawab tersebut.
Penghargaan
Setinggi-tinggi terima
kasih kepada pihak yang bekerjasama memberi sumbangan ikhlas bagi melengkapkan maklumat
dalam
laman web ini. Terima kasih khas kepada P. Ramlee Erti Yang Sakti (sinopsis & poster filem).
|
|