Sinopsis
Zubaidah telah
berkahwin dengan Ismail, seorang pemuda yang tidak
bertanggungjawab. Pada suatu hari, Ismail meninggalkan rumah
tanpa sebab walaupun Zubaidah ketika itu sedang hamil. Selepas
pemergian Ismail, sahabatnya Mustar sering datang ke rumah
Zubaidah dengan niat jahat. Zubaidah berasa terhina lalu
menghalau Mustar keluar dari rumahnya. Mustar keluar dengan
perasaan marah dan menghasut tuan punya rumah supaya menghalau
Zubaidah dari rumah itu. Akhirnya Zubaidah hidup merempat. Pada
suatu petang, ketika Zubaidah melarikan diri dari gangguan Bakar
dan Bakri (pengikut Mustar), dia telah terjatuh lalu pengsan.
Seorang tuan punya hotel bernama Mohamad, telah menolong
Zubaidah dan membawanya ke hospital di mana dia melahirkan
seorang anak perempuan yang dinamakan Mariam. Oleh kerana tidak
mampu menjaga anaknya, Zubaidah telah meninggalkan Mariam dalam
kebun bunga seorang kaya bernama Ibrahim. Mariam telah diambil
sebagai anak angkat Ibrahim dan isterinya yang telah mempunyai
seorang anak perempuan bernama Halimah. Setiap hari Zubaidah menunggu berhampiran rumah Ibrahim untuk melihat
anaknya yang membesar dengan penuh kemewahan.
Setelah dewasa, Mariam bekerja sebagai pengurus hotel yang
dimiliki oleh Mohamad. Dalam pada itu, Leftenan Jamil, anak kawan
lama Ibrahim tiba di Singapura untuk tinggal bersama keluarga
itu. Leftenan Jamil sangat sayang kepada Mariam, menyebabkan
Halimah berasa cemburu. Halimah sering bertengkar dengan Mariam.
Pada suatu hari, Halimah terdengar perbualan ibubapanya dan
mendapat tahu bahawa Mariam bukan saudara kandungnya...
Pengarah
BS Rajhans
Penulis
AR Iyer
... Cerita
Jaafar Wiryo ... Dialog
Pelakon
Kasma Booty ... Mariam
Rokiah Jaafar ... Halimah
Neng Yatimah ... Zubaidah
P. Ramlee ... Leftenan
Jamil
Jaafar Wiryo ... Mustar
Daeng Harris ... Bakri
S. Shamsuddin ... Bakar
Osman B ... Ismail
M. Yusuf ... Mohamad
Siti Tanjung Perak
...
M. Amin ...
Pekerja (crew)
Chong
Chee Liat ... Rakaman Suara
Edith Castillo ... Pereka Tari
Jaafar Wiryo ...
Penolong Pengarah
Joned ... Penggubah Muzik
Koh Jee Soon ... Jurukamera
Lee Choh Ming ... Rakaman Suara
Mohd Haniff ... Pelukis Pemandangan
Sumardi ... Penggubah Muzik
Yusoff B ... Penggubah Muzik
Penerbit
Malay Film Productions Ltd ... Syarikat Penerbitan Filem
Lain-lain
Shaw Brothers Ltd ...
Pengedar Filem
|
Judul
filem:
Sejoli
Jenis cerita: Drama
Bahasa: Melayu

|
|
|
Tayangan
Tarikh mula tayangan umum:
19 Jun 1951
|
|
|
Teknikal
Corak filem: Hitam Putih
|
|
| VCD
& Soundtrack

Video CD
Pengedar: Music Valley
No. Siri: MVM 2002.057
|
|
|
|
|
Penafian
Laman web Filem Malaysia (www.filemkita.com)
merupakan sebuah laman web berasaskan maklumat mengenai
filem-filem buatan Malaysia dan filem-filem Melayu (terbitan
Tanah Melayu/Malaya dan Singapura) sejak tahun 1933 hingga era
2000. Segala maklumat, tulisan, gambar, dialog, senikata dan
klip audio/video adalah hak milik pengeluar filem dan para
karyawan, seniman/seniwati dan penulis yang terlibat. Sebarang
penyalahgunaan bahan-bahan dalam laman web ini adalah ditanggung
sepenuhnya oleh mereka yang tidak bertanggungjawab tersebut.
Penghargaan
Setinggi-tinggi terima
kasih kepada pihak yang bekerjasama memberi sumbangan ikhlas bagi melengkapkan maklumat
dalam
laman web ini.
|
|