Zoragon berasal dari planet Zuhal. Dia bertugas mengendalikan kapal angkasa yang mengangkut bahan tenaga
dari Zurah ke Marikh. Suatu ketika, kapal angkasanya mengalami kerosakan akibat diserang oleh Jeneral
Zoragas dan pembantunya Zolidia yang ingin memiliki mesin kuasa yang disimpan oleh Zoragon. Mesin kuasa
itu mampu dijadikan senjata dan Jeneral Zoragas mahukannya untuk merampas kuasa Raja
Zaragus. Akibat serangan Jeneral Zoragas, Zoragon terpaksa mendaratkan kapal angkasanya di planet Bumi dan terdampar di
sebuah kampung di Malaysia. Penduduk kampung tersebut amat terkejut dengan kehadiran kapal
angkasa atau UFO itu. Dalam kekecohan yang timbul itu, seorang bomoh yang masih berpegangkan kepercayaan karut telah mengatakan bahawa kapal
angkasa dan makhluk asing itu merupakan jelmaan hantu polong lalu menggunakan jampi serapah untuk
menghalaunya. Kehadiran Zoragon di Bumi juga telah menemukannya dengan gadis kampung yang bernama
Siti. Akibatnya timbul konflik antara tunang Siti (Rosman) dengan Zoragon yang telah terpikat pada Siti.
Pengarah
Aziz M. Osman
Penulis
Aziz M. Osman
... Cerita & Lakonlayar
Pelakon
Wahid (Senario) ...
Zoragon
Saiful Apek
... Jeneral Zoragas
Nur Fazura ... Siti
Mazlan (Senario) ...
Rosman
Azlee (Senario)
... Bomoh
Wahid Satay ... Ketua kampung
Lazizah Ahmad ... Ibu Siti
Rosyam Nor ... Rosyam Nor
Yassin Yahya ...
Chef Wan ...
Siti Faizurina ...
Pekerja (crew)
Tiada maklumat
Penerbit
Ahmad
Puad Onah ... Penerbit
Lazizah Ahmad ... Penerbit
Eksekutif
Grand
Brilliance Sdn Bhd ...
Syarikat Penerbitan Filem
Judul
filem: Senario XX
Jenis cerita: Komedi / Fiksyen Sains Bahasa: Melayu
Tarikh mula
penggambaran: 5 Julai 2004
Antara lokasi penggambaran: Kampung Sungai Pinang, Pulau
Indah, Pelabuhan Klang (Selangor); Gombak, Kuala Lumpur
TriviA
Filem ke-20 (XX)
terbitan Grand Brilliance.
"XX" dalam judul filem ini merujuk
kepada filem XX
Ray (1992).
"Idea Senario XX sangat asli kerana ia
memaparkan reaksi orang kita apabila sebuah UFO tiba-tiba jatuh di sebuah
kampung. Selalunya apabila kejadian seperti ini timbul, maka orang kita
akan kalut dan kecoh serta mengaitkan kejadian itu dengan unsur
spiritual dan makhluk lain seperti jembalang dan sebagainya. Reaksi
orang kita inilah sebenarnya yang cuba saya angkat dalam filem ini dan UFO
atau kehadiran makhluk asing seperti alien hanyalah sekadar dijadikan
subjek cerita semata-mata" - Aziz M. Osman
Penafian
Laman web Filem Malaysia (www.filemkita.com)
merupakan sebuah laman web berasaskan maklumat mengenai
filem-filem buatan Malaysia dan filem-filem Melayu (terbitan
Tanah Melayu/Malaya dan Singapura) sejak tahun 1933 hingga era
2000. Segala maklumat, tulisan, gambar, dialog, senikata dan
klip audio/video adalah hak milik pengeluar filem dan para
karyawan, seniman/seniwati dan penulis yang terlibat. Sebarang
penyalahgunaan bahan-bahan dalam laman web ini adalah ditanggung
sepenuhnya oleh mereka yang tidak bertanggungjawab tersebut.
Penghargaan Setinggi-tinggi terima
kasih kepada pihak yang bekerjasama memberi sumbangan ikhlas bagi melengkapkan maklumat
dalam
laman web ini.