Sinopsis
Filem ini mengisahkan pergolakan jiwa tiga manusia yang terperangkap dalam cinta tiga segi yang
memerlukan pengorbanan. Azri tidak pernah menduga, kunjungan ke sebuah menara pemandangan ketika
berbulan madu bersama isterinya yang tercinta Seri, telah menimbulkan petaka, di mana Seri mendapat
kecelakaan hingga menyebabkan dia berada dalam keadaan koma yang teruk. Kecederaan
yang dialami Seri sebenarnya tidak memberi harapan untuk Seri meneruskan hidup ini. Namun, kasih seorang suami tidak
terbatas. Azri sanggup berbuat apa saja untuk menyelamatkan Seri. Ketika itu muncul seorang gadis
buta, Dewi kakak kepada seorang pemuda bernama Izad yang bekerja di hospital tempat Seri dirawat. Pengurus
hospital, Encik Hanif mencadangkan agar tidak memanjang penderitaan Seri
dengan 'melepaskannya pergi'. Azri tidak bersetuju dan dia mahu Seri terus dirawat, hinggalah suatu hari, dia mendapat tahu tentang
Dewi, gadis buta yang mempunyai kuasa berkomunikasi secara ghaib. Melalui adik Dewi, Izad, Dewi telah
dibawa bertemu dengan Seri di wad. Dewi dan Seri berkomunikasi secara ghaib dan ini memberi keyakinan
Azri untuk memulihkan Seri dengan membawa Seri keluar dari hospital
itu. Azri membawa Seri, Dewi dan Izad ke tempat penginapannya di sebuah pulau. Mereka disambut oleh Bu Risna yang penuh
curiga dengan kehadiran Dewi. Di kediaman itulah terlerainya beberapa perkara yang boleh menimbulkan ketegangan dan
sesuatu yang tidak terduga antara perhubungan zahir dan batin dilema tiga insan
tersebut. Antaranya pergolakan perasaan, kerana Azri akhirnya jatuh
cinta pada Dewi, gadis buta yang mempunyai keistimewaan psikik yang luar biasa
itu.
Even as their first wedding anniversary draws near, Azri and Seri's love for one another has never ceased
and grows stronger by the day. However, their happiness is cut short, as a result of an accident befalls
Seri, leaving her paralyzed and comatose. Azri refuses to accept that he is going to lose his wife, and
disallow the doctors from putting his wife to sleep to end her sufferings. One day, a blind girl
named Dewi, gifted with psychic powers to communicate with critically ill patients arrives and Seri is able to use Dewi
as a channel of communication with Azri. Azri then escapes with his wife to an island together with Dewi
and her brother, Izad, with the authorities hunting for them. Soon, a love relationship occurs between Azri
and Dewi but will this only lead to more problems?
Pengarah
Aziz M. Osman
Penulis
Aziz M. Osman
... Cerita & Lakonlayar
Pelakon
Hairie Othman
... Azri
Jeslina Hashim ... Dewi
Maya Karin ... Seri
Khatijah Tan ... Bu Risna
Rashidi Ishak ... Encik Hanif
Danny (X-Factor) ... Izad
Ahmad Tarmimi Serigar
... Bapa Seri
Hamidah Wahab ... Ibu Seri
Redzuan Hashim ... Doktor
Arash ... Doktor
Nurul Jasmin Deo ... Jururawat
Sharifah Shahora ... Jururawat
M. Osman ... Pesakit
Shukery Hashim ... Majistret
Aziz M. Osman ... Lelaki di balai polis
Rosli Mahmod ... Penyamun
Pekerja (crew)
Aidil Fitri Yunus
...
Pengurus Produksi
Aziz M. Osman ...
Penyunting Filem
Azman Abu Hassan ...
Pengarah Penataan Muzik & Bunyi
Badaruddin Azmi ...
Pengarah Fotografi
Dee Aznan ... Make-up
Penerbit
Aziz M. Osman (Paradigm Film Sdn Bhd)
...
Penerbit Bersekutu
Grand Brilliance Sdn Bhd ... Syarikat Penerbitan Filem
|
Judul
filem:
Seri Dewi Malam
Slogan: Bila langit dan bumi bertemu...
Jenis cerita: Misteri / Romantik
Bahasa: Melayu

|
|
|
Tayangan
Tarikh mula tayangan umum:
24 Mei 2001
|
|
|
Urusniaga
Kos
pembikinan & promosi filem: RM1.25 juta
Kutipan jualan tiket: RM611,247.95
|
|
|
Teknikal
Jenis filem: 35 mm
Corak filem: Warna
Tempoh tayangan: 115 minit
|
|
|
Bikin
filem
Tarikh mula penggambaran: 7
Oktober 2000
Tarikh tamat penggambaran: 20
November 2000
Antara lokasi penggambaran: Bukit Tinjau dan Dusunira di Ulu Langat, Pulau Pangkor, Pelabuhan Klang, Pulau Indah di Selangor,
Hutan Kornifer di Janda Baik, Hotel Ascott, Hospital Selayang, Hospital Mawar di Shah Alam, Sri Pentas (TV3) di Bandar Utama
|
|
Anugerah
& festival filem
Pertandingan:
Festival Filem Malaysia ke-15, 2001 (Shah Alam)
ANUGERAH:
Cerita Terbaik - Aziz M. Osman
Lakonlayar Terbaik - Aziz M. Osman
Pelakon Harapan Lelaki - Danny (X-Factor)
Pelakon Harapan Wanita - Jeslina Hashim
|
|
| TriviA
Amy Mastura terpaksa melepaskan watak utama sebagai Dewi (yang dicipta khas untuknya) kerana terlibat dengan tugas lain di
samping perubahan jadual penggambaran di saat akhir.
Nor Aliah Lee mencadangkan Jeslina Hashim sebagai pengganti Amy Mastura.
|
|
| Lagu &
lirik
Judul lagu tema:
Cinta Sebuah Ilusi
Penyanyi: Jeslina Hashim
Kerdip bintang malam
Bertemu langit dan bumi
Menjelma aku
Di dalam ilusimu
Untuk mengenang
Nostalgia cinta
Tiada ku duga
Cinta berhenti di sini
Namun takdir Tuhan
Ku akur jua
Kelu kata-kata
Luput janji setia
Tinggallah sayang
Kanku semadi
Di pusara kasih
Walau tiada seri
Dewi menanti
Renungilah mataku
Kau lihat cahaya
Cinta pastikan hilang
Walau jasad tiada
Harapanku satu
Agar kau mengingatiku
Ilusi berakhir
Cahaya bintang
Semakin pudar
Dan kita terpisah
 |
|
| VCD
& Soundtrack

Video CD
Pengedar: -
No. Siri: -
|
|
|
|
|
Penafian
Laman web Filem Malaysia (www.filemkita.com)
merupakan sebuah laman web berasaskan maklumat mengenai
filem-filem buatan Malaysia dan filem-filem Melayu (terbitan
Tanah Melayu/Malaya dan Singapura) sejak tahun 1933 hingga era
2000. Segala maklumat, tulisan, gambar, dialog, senikata dan
klip audio/video adalah hak milik pengeluar filem dan para
karyawan, seniman/seniwati dan penulis yang terlibat. Sebarang
penyalahgunaan bahan-bahan dalam laman web ini adalah ditanggung
sepenuhnya oleh mereka yang tidak bertanggungjawab tersebut.
Penghargaan
Setinggi-tinggi terima
kasih kepada pihak yang bekerjasama memberi sumbangan ikhlas bagi melengkapkan maklumat
dalam
laman web ini.
|
|