Sinopsis
Kisah kehidupan
sebuah keluarga yang terdiri daripada Ariffin, isterinya Salmi,
dan dua orang anak mereka, Salim dan Salmiah. Ariffin yang
memiliki sebuah kedai buku sering bekerja hingga lewat malam
kerana kurang senang berada di rumah. Isterinya Salmi amat sibuk
dengan dengan kerja kebajikan dan merupakan ketua Persatuan
Wanita. Manakala anak-anak mereka, Salim dan Salmiah asyik
berpeleseran dengan teman dan pasangan masing-masing. Pada suatu
hari, Ariffin telah berkenalan dengan seorang wanita bernama
Alice yang datang meminta pertolongan untuk membaiki keretanya
yang kebetulan rosak berhampiran rumah Ariffin. Tingkah laku
Alice yang begitu baik telah menarik hati Ariffin. Sejak hari
itu mereka sering berhubungan dan keluar bersama. Ketika Ariffin
dan Alice pergi berehat ke Port Dickson, Salim yang juga berada
di sana bersama kawan-kawannya telah ternampak ayahnya Ariffin
sedang berpegangan tangan dengan Alice di tepi pantai. Salim
yang begitu marah bergegas pulang memberitahu ibunya. Apabila
Ariffin balik ke rumah, dia telah dikasari oleh Salim, lalu
Ariffin menempeleng Salim. Ariffin memaklumkan kepada
keluarganya bahawa dia akan berkahwin dengan Alice oleh kerana
ibu mereka tidak mempedulikannya dan kedua-dua anaknya
menderhaka kepadanya. Keluarga Ariffin mulai sedar kesilapan
mereka, namun Ariffin tetap mahu meninggalkan rumah dan mengikut
Alice ke Sabah untuk memulakan hidup baru. Ariffin kemudiannya
berangkat ke lapangan terbang tanpa mengetahui keadaan sebenar
yang menantinya di sana, sesuatu yang bakal mengubah hidupnya.
Pengarah
P. Ramlee
Penulis
AR
Tompel ... Lakonlayar
Pelakon
P. Ramlee
... Ariffin bin Mahmud
Juliana Ibrahim
... Salmi
Ed Osmera
... Salim
Khatijah Hashim
... Salmiah
Vera Wee
... Alice
Hoon Thye Chong
... Allan
Suriya Kumari
... Chandra
VI Stanley
... Krishna Murthi
Raden Sudiro
... Diro
Sivapakiam
Dharmalinggam
...
HG Gill
...
Saloma
...
Pekerja (crew)
Abdul
Hamid Aziz ... Pengarah Seni
Ahmad Nawab ... Penggubah Lagu
Anuar Yusof ... Penolong Penataan
Bunyi
Esa Ahmad ... Pelukis
Hashim Hamzah ... Penolong Pengarah
Ho Bee Yoon ... Pencetak
Johari Ibrahim ...
Penyunting Filem
Low Yew Wah ...
Pengarah Fotografi
Ng Hoong Ngaim ... Penolong
Jurukamera
P. Ramlee ... Penggubah Muzik
Rokiah Osman ... Make-up
Tan Chuan Hock ... Pengarah
Penataan Bunyi
Penerbit
Merdeka Film Productions ... Syarikat Penerbitan Filem
|
Judul
filem:
Sesudah Subuh
Slogan: Inilah kenyataan hidup yang
paling mengharu-kagumkan!
Jenis cerita: Drama
Bahasa: Melayu

|
|
|
Teknikal
Corak filem: Hitam Putih
|
|
| Lagu &
lirik
Judul lagu:
Bulan Bintang Jadi Saksi
Penyanyi: -
Judul lagu:
Awas Masa Bercinta
Penyanyi: -
 |
|
| VCD
& Soundtrack
[tiada gambar]
Video CD
Pengedar: Music Valley
No. Siri: -
|
|
|
|
|
|
Penafian
Laman web Filem Malaysia (www.filemkita.com)
merupakan sebuah laman web berasaskan maklumat mengenai
filem-filem buatan Malaysia dan filem-filem Melayu (terbitan
Tanah Melayu/Malaya dan Singapura) sejak tahun 1933 hingga era
2000. Segala maklumat, tulisan, gambar, dialog, senikata dan
klip audio/video adalah hak milik pengeluar filem dan para
karyawan, seniman/seniwati dan penulis yang terlibat. Sebarang
penyalahgunaan bahan-bahan dalam laman web ini adalah ditanggung
sepenuhnya oleh mereka yang tidak bertanggungjawab tersebut.
Penghargaan
Setinggi-tinggi terima
kasih kepada pihak yang bekerjasama memberi sumbangan ikhlas bagi melengkapkan maklumat
dalam
laman web ini. Terima kasih khas kepada P. Ramlee Erti Yang Sakti
(poster & maklumat filem).
|
|