Sinopsis
Salim hidup
mewah bersama isterinya Aminah dan anak mereka Jamil di sebuah
rumah besar di Kuala Lumpur. Orang gaji mereka, Yatimah
mempunyai seorang anak perempuan bernama Noorma. Jamil dan
Noorma berkawan baik hingga akhirnya mereka jatuh cinta. Pada
suatu hari, Jamil sakit kepala dan Noorma datang memicit kepala
Jamil di dalam biliknya. Apabila Salim masuk ke dalam bilik itu,
dia terperanjat melihat Noorma dan Jamil berdua-duaan. Salim
begitu marah dengan perbuatan Noorma lalu menghalau dia dan
ibunya dari rumah itu. Jamil kemudiannya mengambil keputusan
untuk meninggalkan kehidupan mewahnya dan pergi mencari Noorma.
Mereka berkahwin dan hidup bahagia walaupun Jamil cuma bekerja
sebagai pelukis. Setelah Noorma melahirkan anak, ibunya Yatimah
pula telah meninggal dunia dan Jamil terpaksa bekerja keras
untuk menyara keluarganya. Akibat terlalu menumpukan perhatian
yang berlebihan kepada kerjanya, mata Jamil semakin rabun dan
akhirnya tidak dapat melihat. Keadaan itu memaksa Noorma bekerja
sebagai pelayan di sebuah kedai kopi. Noorma sering diganggu
oleh Salleh yang sering datang ke kedai itu. Pada suatu hari,
Salleh cuba mencabul kehormatan Noorma dan mereka bergelut
hingga memaksa Noorma mempertahankan dirinya dengan sedaya upaya.
Akibatnya Salleh mati terbunuh setelah dipukul dengan seterika
elektrik. Nasib Noorma kini berada di tangan hakim yang arif.
Pengarah
BN Rao
Penulis
BN
Rao ... Cerita
S. Hassan Sahab ... Dialog
Pelakon
P. Ramlee
... Jamil
Daeng Idris
... Salim
Siti Tanjung Perak
... Aminah
Neng Yatimah
... Yatimah
Normadiah
... Noorma
Salleh Kamil
... Salleh
Haji Mahadi
... Aziz
S. Hassan Sahab
...
SM Malek
...
Hashim Hor
...
Omar Suwita
...
Boy Salleh
...
Salbiah
...
Marliah
...
Pekerja (crew)
A.
Bakar Lahak ... Penolong Jurukamera
G. Kollaart ... Penjaga
Sambungan
HR Narayana ...
Penyunting Filem
Jamil Sulong ... Penulis Senikata
JS Anthony ... Pelukis
Lim Yew Teck ... Penolong Jurusuara
P. Ramlee ... Penggubah
Lagu
Rasul Hashim ... Penolong Pelukis
RC Purushotham ... Jurukamera
S. Hassan Sahab ...
Penolong Pengarah
Tan Soo Yam ... Jurusuara
V. Radhakrishnan ... Proses Makmal
Wah Lim Chai ... Jurusuara
Wong Fun ...
Penyunting Filem
Yusoff B ... Penggubah Lagu & Muzik
Penerbit
Malay Film Productions Ltd ... Syarikat Penerbitan Filem
Lain-lain
Shaw Brothers Ltd ...
Pengedar Filem
|