Sinopsis
Para penduduk
Kampung Kiambang hidup terpencil dan mempercayai perkara tahyul
di mana perbuatan jahat yang terjadi disangka oleh mereka
datangnya dari jin dan syaitan. Oleh itu, Tok Bomoh merupakan
orang yang begitu penting dalam kampung tersebut dan dihormati
oleh penduduk kampung sebagai orang yang berkuasa. Seorang
pendatang bernama Pendekar Amin datang menetap di kampung
tersebut untuk mencari rezeki dengan berniaga. Pendekar Amin
tinggal bersama isterinya dan anak gadis mereka, Naemah.
Pendekar Amin tidak mempercayai perkara tahyul dan tidak
memerlukan bantuan Tok Bomoh. Semenjak Pendekar Amin tinggal di
situ, penduduk kampung sering diganggu oleh lembaga yang
berkepalakan harimau, dikenali sebagai Sitora. Harimau jadian
itu dikatakan akan mengganggu penduduk kampung yang tidak 'menunaikan
perlindungan'. Kehidupan Keluarga Pendekar Amin juga diancam
bahaya. Tuan OCPD yang menguasai kampung tersebut telah mendapat
banyak aduan tentang keganasan Sitora, tetapi beliau tidak
mempercayainya. Beliau berpendapat, seorang doktor yang
berkelulusan diperlukan oleh penduduk kampung untuk mengatasi
kekarutan yang yang diamalkan oleh Tok Bomoh. Ketibaan Dr.
Affendi disambut dengan gembira oleh Tuan OCPD. Secara kebetulan,
anak Pendekar Amin, Naemah telah pengsan kerana diganggu oleh
Sitora dan Tok Bomoh sedang cuba mengubatinya. Dr. Affendi
segera dibawa kerumah Pendekar Amin dan menghentikan perbuatan
Tok Bomoh. Hasil rawatan Dr. Affendi, Naemah telah sembuh dan
ini menimbulkan perasaan marah Tok Bomoh. Dr. Affendi
kemudiannya mendirikan sebuah klinik di kampung tersebut, namun
penduduk kampung masih lagi diganggu oleh Sitora. Apabila Naemah
sekali lagi diganggu oleh Sitora, Pendekar Amin dengan bantuan
Dr. Affendi cuba menangkap Sitora melalui rahsia-rahsia Sitora
yang diketahui oleh Tok Bomoh.
Pengarah
P. Ramlee
Penulis
P. Ramlee
... Cerita & Lakonlayar
Pelakon
P. Ramlee
... Dr. Affendi
Mahmud June ... Sitora
Rosmawati ... Naemah
Ali Rahman ... Tuan OCPD
Minah Hashim ...
Fazliyaton ...
Idris Hashim ...
Yusof Surya ...
Pekerja (crew)
P. Ramlee
... Penggubah Muzik
Penerbit
Merdeka Film Productions ... Syarikat Penerbitan Filem
Lain-lain
Shaw
Organization ... Pengedar Filem
|
Judul
filem:
Sitora Harimau Jadian
Judul Bahasa Inggeris: The Tigerman
Slogan: Hiburan corak seram!
Jenis cerita: Drama / Seram
Bahasa: Melayu

|
|
|
Tayangan
Tarikh mula tayangan umum:
November 1964
|
|
|
Teknikal
Corak filem: Hitam Putih
|
|
| TriviA
Filem pertama
lakonan dan arahan P. Ramlee yang diterbitkan
oleh Merdeka Film Productions di Kuala Lumpur.
|
|
| VCD
& Soundtrack
[tiada gambar]
Video CD
Pengedar: Music Valley
No. Siri: -
|
|
|
|
|
|
Penafian
Laman web Filem Malaysia (www.filemkita.com)
merupakan sebuah laman web berasaskan maklumat mengenai
filem-filem buatan Malaysia dan filem-filem Melayu (terbitan
Tanah Melayu/Malaya dan Singapura) sejak tahun 1933 hingga era
2000. Segala maklumat, tulisan, gambar, dialog, senikata dan
klip audio/video adalah hak milik pengeluar filem dan para
karyawan, seniman/seniwati dan penulis yang terlibat. Sebarang
penyalahgunaan bahan-bahan dalam laman web ini adalah ditanggung
sepenuhnya oleh mereka yang tidak bertanggungjawab tersebut.
Penghargaan
Setinggi-tinggi terima
kasih kepada pihak yang bekerjasama memberi sumbangan ikhlas bagi melengkapkan maklumat
dalam
laman web ini. Terima kasih khas kepada P. Ramlee Erti Yang Sakti
(poster, gambar & maklumat filem).
|
|