 |
Dalam bas...
"Minta perhatian semua, khususnya kaum wanita. Sila berhati-hati dengan lelaki kat sebelah saya
ni.. dia ni kuat meraba, gatal, biadap dan tak menghormati
wanita. Dia ni juga pesakit jiwa yang baru terlepas dari hospital. Eh, penyakit awak ni dah
kronik, tahu tak? Pergi jumpa doktor cepatlah!" - Ain
 |
 |
Daniel
dan teman wanitanya Tania
 |
 |
Tabiat Pak Lang
"Korek le hidung tu.. nanti lama-lama dia besar"
- Mak Lang
"Ooo.. rumah besaq, kereta besaq, pangkat besaq.. mau! Hidung
besaq.. komplen! Puii!!"
- Pak Lang
"Aii.. sensitif pulak orang tua ni. Tegur tak boleh, pandang tak
boleh.. nak kata 'datang bulan', chek tu lelaki.."
- Mak Lang
 |
 |
Isu sekolah dan beg berat
"Abah, Izan nak pergi sekolah" - Izan
"Haih.. sampai rebeh bahu. Hang ni bawak buku ka bawak
batu?" - Pak Lang
"Mestilah bawa buku... abah nii.."
- Izan
"Abah ni apa? Ni awai lagi.. hang bukan ka mengaji
petang?" - Pak Lang
"Kenalah pergi awal.. Izan kan ada 'koko'"
- Izan
"Koko? Koko di rumah dah habis? Hish!" - Pak
Lang
"'Koko' tu ko-kurikulum lah. Itulah, abah tak ikut perkembangan sekolah
Izan" - Izan
"Emmh, tak larat nak ikut berkembang aih, sat kembang.. sat
kincup. Aku pun tak larat nak ikut sangat aih. Hang koko pun
kokolah.. jangan hang dengan cikgu hang K.O. sudah!"
- Pak Lang
"Apalah abah ni.. salam 'bah"
- Izan
"Izan, tak payah salam.. tangan abah Izan tu penuh dengan
'tahi bijih'" - Mak
Lang
"Eeee.." - Izan
 |
 |
Kawan Pak
Lang
"Bang! Kawan abang datang" - Mak Lang
"Hah.." - Pak Lang
"Tu.. buaya tongkang tu. Pantang tengok perempuan tu bang..." - Mak Lang
"Huh, tu bukan buaya tongkang... naga buana! Bukan takat pompuan, aku pun dia
telan!!" - Pak Lang
"Abang kena telan sebab suka sangat berhutang. Bukan salah
dia.. salah sendiri" - Mak Lang
"Huh" - Pak Lang
 |
 |
Daniel
dan setiausahanya Soraya
 |
 |
Memperkenalkan
Anuar Zain sebagai Roslan
 |
 |
Jatuh cinta pandang
pertama?
"Saya tengok hari tu bukan main lagi encik perhatikan
dia. Apa encik pun dah jatuh cinta pandang pertama ke?"
- Osman
"Hish... mana ada 'jatuh cinta pandang pertama' Man.. dalam filem hindustan ada la
kan? Kita mana ada masa nak lari-lari kat taman bunga"
- Daniel
 |
 |
Dalam
teksi - Daniel berkenalan dengan Ain
 |
 |
Dalam
mimpi - Daniel bersama Shaleen Cheah
 |
 |
Daniel sudah
berubah
"Aa.. ada apa-apa lagi?" - Daniel
"Oh.. ya, Tania call. Dah berapa banyak kali dah dia call. Yang peliknya bos.. macam mana dia tahu yang bos nak ke overseas, dia siap tinggalkan list barang
lagik" - Soraya
"Soraya.. mulai dari sekarang, awak jangan lagi nak layan perangai perempuan-perempuan ni
semua, kan? Awak tak ada kerja lain ke, ha? Awak tak boleh buat benda-benda
yang lebih produktif? Awak nak jawab talipon dia orang 'Err..
awak, awak nak apa? Err.. nak ini, nak ini..'. Tak boleh buat benda lain
ke? Kan? Nanti siapa yang marah awak? Saya juga yang marah
awak. Siapa yang kena buang kerja? Awak juga yang kena buang
kerja. Okay? Jangan layan dia orang lagi.. kalau dia orang call
lagi, cakap saya dah mati"
- Daniel
"Ye ke ni bos..? Macam tak percaya je.."
- Soraya
"Soraya.. setiap hari, setiap masa.. hidup orang akan
berubah, kan? Ulat bulu pun satu hari akan jadi kupu-kupu..
rama-rama, kan? Hidup manusia ni sentiasa berubah Soraya.. ha? Ingat tu pesanan
saya. Pergi betul mekap sekarang"
- Daniel
 |
 |
Keluarga Pak Lang
"Haih, hari kantin tak pelawa abah ka?" - Pak Lang
"Ala.. buat penat aje. Ajak pun bukan abah datang.. abah kan sibuk 48 jam" - Izan
"Hmm.. pederaih, sebelum 'radio aktif' tu meletup 24 jam, pot-pet pot-pet" - Pak
Lang
"Mah pergi dulu bang.." - Mak Lang
"Hmm.. blah buang" - Pak Lang
 |
 |
Pak Lang dan Ain
"Ain, tak minum ka?" - Pak Lang
"Ain puasa Pak Lang" - Ain
"Puasa? Puasa apa?" - Pak Lang
"Sunat Khamis.." - Ain
"Oo.. sunat Khamis.. Pak Lang sunat Jumaat" - Pak
Lang
 |
 |
Rancangan Pak Lang
"Ain, Pak Lang nak tanya sikit boleh?" - Pak
Lang
"Tanya apa Pak Lang?" - Ain
"Ain ni ada 'kawan' ka?" - Pak Lang
"Ramai Pak Lang" - Ain
"Yang ramai tu nak buat apa... bukan nak angkat rumah!
Hampaihnya..! Maksud Pak Lang, kawan istimewa. Pak Lang bukan
apa, Pak Lang fikirkan masa depan Ain. Orang pompuan, kalau ada yang berkenan cepat-cepat la
kawin.. Kalau dah tak dak sapa, Pak Lang ada calon. Kalau Ain kawin dengan orang
ni, Pak Lang pikiaq.. masa depan Ain senang! Awat diam ni.. Ain dengaq ka apa yang Pak Lang cakap
ni? Pak Lang pun bukan mau Ain bagi jawapan la ni. Pikiaq
habih-habih.. esok, lusa, bagi tau kat Pak Lang"
- Pak Lang
 |
 |
Dalam
kereta - semua nak duduk belakang
 |
 |
Pantun budak-budak
(Pak Lang menyindir Mak Lang) "Orang makan rojak, kita makan ayaq batu campoq. Orang tak
ajak, kita masuk campoq!" - Pak Lang
 |
 |
Ain
ternampak Daniel bersama Tania
 |
 |
Pak Lang dan Farouk
"Boleh jalan dah..!" - Pak Lang
"Apa dia?" - Farouk
"Selamat jalan daa.."
- Pak Lang
 |

|
Di pejabat Daniel...
"Awak tahu apa makna sayang? Awak tak tahu. Awak ingat saya tak nampak awak dengan perempuan tempoh hari dalam kompleks
tu?" - Ain
"Ha.. perempuan? Perempuan mana.. ha? Tania? Tania.. eh, Tania dengan saya sekarang tak ada
apa-apa. Ain, saya dengan dia cuma kawan biasa saja..
percayalah. Sumpah"
- Daniel
"Ah.. kawan biasa... berkait lengan, bertemu pipi perempuan dengan lelaki.. awak kata kawan
biasa?" - Ain
"Ain.. saya.."
- Daniel
"Ah.. saya lupa, itu budaya orang seperti awak kan? Sudahlah Encik Ahmad Daniel, cukuplah sandiwara
awak. Saya tak ingin jadi paku pembantu untuk mengipas ego
awak" - Ain
"Apa ni..."
- Daniel
"Selamat tinggal"
- Ain
"Ain" - Daniel
 |

|
Daniel kemalangan
(Bunyi tayar kereta meletup. Kereta berhenti lalu keluar
seorang wanita)
"Itu Erra Fazira! Man, jom kita tolong tukar tayar dia Man"
- Daniel
"Eh, eh..." - Ain
 |
 |
Beberapa
puluh tahun kemudian...
 |