Sinopsis
Mengisahkan
seorang anak muda bernama Roy, yang pulang ke tanahair selepas
tamat pengajian di London. Sekembali ke Malaysia, Roy jatuh
cinta dengan Rina, anak kepada Tengku Aziz yang sudah
ditunangkan dengan Tengku Johan (TJ) sejak kecil. Rina dan Roy
mula mengenali antara satu sama lain di sebuah kelab malam.
Walaupun pada masa itu mereka tidak sempat berbual (kerana
ketika itu, Rina sedang bertengkar dengan TJ), tetapi Rina
jatuh hati dengan Roy pada pandangan pertama. Ini membuatkan TJ
cemburu serta marah terhadap Roy, lalu dia merancang untuk
memisahkan kedua-dua pasangan kekasih dengan menggunakan taktik
kotor.
Pengarah
Zulkeflie M.
Osman
Penulis
Tiada maklumat
Pelakon
Julia Rais
... Rina
Sidi Oraza ... Roy
Imuda ...
Kumpulan Iklim ...
Pekerja (crew)
Tiada maklumat
Penerbit
Aarti Filem ... Syarikat Penerbitan Filem
|
Judul
filem:
Suci Dalam Debu
Jenis cerita: Drama / Romantik
Bahasa: Melayu

|
|
|
Teknikal
Corak filem: Warna
|
|
| Lagu &
lirik
Judul lagu tema:
Suci Dalam Debu
Penyanyi: Kumpulan Iklim
Engkau bagai air yang jernih
Di dalam bekas yang berdebu
Zahirnya kotoran itu terlihat
Kesucian terlindung jua
Cinta bukan hanya di mata
Cinta hadir di dalam jiwa
Biarlah salah di mata mereka
Biar perbezaan terlihat antara kita
Kuharapkan kau kan terima
Walau dipandang hina
Namun hakikat cinta kita
Kita yang rasa
Suatu hari nanti
Pastikan bercahaya
Pintu akan terbuka
Kita langkah bersama
Di situ kita lihat
Bersinarlah hakikat
Debu jadi permata
Hina jadi mulia
Bukan khayalan yang aku berikan
Tapi keyakinan yang nyata
Kerana cinta lautan berapi
Pasti akan kurenang jua
 |
|
| VCD
& Soundtrack

Video CD
Pengedar: -
No. Siri: -
|
|
|
|
|
|
Penafian
Laman web Filem Malaysia (www.filemkita.com)
merupakan sebuah laman web berasaskan maklumat mengenai
filem-filem buatan Malaysia dan filem-filem Melayu (terbitan
Tanah Melayu/Malaya dan Singapura) sejak tahun 1933 hingga era
2000. Segala maklumat, tulisan, gambar, dialog, senikata dan
klip audio/video adalah hak milik pengeluar filem dan para
karyawan, seniman/seniwati dan penulis yang terlibat. Sebarang
penyalahgunaan bahan-bahan dalam laman web ini adalah ditanggung
sepenuhnya oleh mereka yang tidak bertanggungjawab tersebut.
Penghargaan
Setinggi-tinggi terima
kasih kepada pihak yang bekerjasama memberi sumbangan ikhlas bagi melengkapkan maklumat
dalam
laman web ini.
|
|