Sinopsis
Kisah terjadi
semasa zaman kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka. Datuk Megat Seri Rama yang berjaya
menumpaskan sekumpulan lanun, berjaya menyelamatkan Wan Anum. Baginda Sultan Mahmud amat
gembira atas kejayaan Datuk Megat dan dinaikkan pangkat kepada Datuk
Laksamana. Tun Bija Ali, seorang pembesar istana tidak berpuas hati dengan perlantikan itu lebih-lebih lagi apabila Datuk Laksamana Megat
mengahwini Wan Anum. Lalu, berlakulah pelbagai peristiwa yang akhirnya membuatkan Datuk Megat
membunuh Sultan Mahmud.
Pengarah
KM Basker
Penulis
Salleh
Ghani ... Cerita & Lakon Layar
Pelakon
Maria Menando
... Wan Anom
Nordin Ahmad
... Datuk Laksamana Megat Seri Rama
M. Amin ... Sultan Mahmud
Mahmud June ... Tun Bija Ali
Mustapha Maarof ... Tun
Aman
Siput Sarawak
... Tun Tijah
Wahid Satay ... Awang
Pekerja (crew)
Tiada maklumat
Penerbit
Ho Ah
Loke ... Penerbit
Loke Wan Tho ... Penerbit
Cathay-Keris Film ... Syarikat
Penerbitan Filem
|
Judul
filem:
Sultan Mahmud Mangkat
Di Julang
Judul Bahasa Inggeris: The Sultan Who Was Killed in a Sedan Chair
Jenis cerita: Drama
Bahasa: Melayu

|
|
|
Teknikal
Corak filem: Hitam Putih
|
|
| TriviA
Hampir kesemua
watak utama mati dibunuh.
|
|
| Dialog
"Hamba akan
basahkan halaman masjid ini dengan darah
Sultan!" - Megat Seri Rama
"Hai Laksamana, basah nampaknya?" - Sultan
Mahmud
"Ya, tiap-tiap basah mesti ada keringnya" -
Megat Seri Rama
"Mengapa Laksamana berkata demikian?" -
Sultan Mahmud
"Bagaimana Tuanku menanam, begitu juga patik
menuai" - Megat Seri Rama
"Cis Laksamana! Kenapa begitu biadap?" -
Sultan Mahmud
"Jika kerbau mempunyai tanduk, rotan yang lembut
juga mempunyai onak, Tuanku" - Megat Seri
Rama
"Datuk Laksamana, kenapa biadap terhadap
Sultan?" - Pengawal Sultan
"Cis!! Sultan adil Sultan ku sembah, Sultan
zalim Sultan ku sanggah!!" - Megat Seri Rama
"Beta sumpah, anak Bentan jika menjejak Kota
Tinggi, kelak muntah darah" - Sultan Mahmud
|
|
| VCD
& Soundtrack
[gambar]
Video CD
Pengedar: Music Valley
No. Siri: MVM 2003.002
|
|
|
|
|
|
Penafian
Laman web Filem Malaysia (www.filemkita.com)
merupakan sebuah laman web berasaskan maklumat mengenai
filem-filem buatan Malaysia dan filem-filem Melayu (terbitan
Tanah Melayu/Malaya dan Singapura) sejak tahun 1933 hingga era
2000. Segala maklumat, tulisan, gambar, dialog, senikata dan
klip audio/video adalah hak milik pengeluar filem dan para
karyawan, seniman/seniwati dan penulis yang terlibat. Sebarang
penyalahgunaan bahan-bahan dalam laman web ini adalah ditanggung
sepenuhnya oleh mereka yang tidak bertanggungjawab tersebut.
Penghargaan
Setinggi-tinggi terima
kasih kepada pihak yang bekerjasama memberi sumbangan ikhlas bagi melengkapkan maklumat
dalam
laman web ini.
|
|