Sinopsis
Rin menjadikan bidang nyanyian sebagai kerjaya sampingannya, walaupun dia mempunyai kelulusan
akademik yang tinggi. Kerjayanya itu telah membuahkan hasil di mana dia telah mencipta nama sebagai
seorang penyanyi. Setelah kematian ibunya, dia seolah-olah kehilangan arah dan tujuan hidup. Ayahnya
Datuk Rahim pula seorang usahawan yang berjaya dan dalam masa yang sama mahu
anaknya mengikut jejaknya untuk membantu menjalankan perniagaannya. Rin bersahabat akrab dengan seorang mekanik yang
mempunyai bengkelnya sendiri. Amin adalah seorang pemuda yang mempunyai peribadi yang tinggi, rajin
berusaha dan mempunyai prinsip dan matlamat dalam kehidupannya serta mempunyai ciri-ciri seorang lelaki
yang sempurna. Walaupun Amin seorang mekanik, dia mengambil berat tentang diri Rin, mahu berkongsi
segala masalah dan memberi sokongan dalam kehidupan Rin. Sikapnya itu disenangi
oleh Rin. Keakraban mereka telah membibitkan rasa cinta di hati kedua-dua belah pihak. Namun cinta yang tersemat di hati
masing-masing tidak diluahkan disebabkan perbezaan taraf. Namun keakraban ini tidak disenangi oleh ayah
Rin...
Pengarah
Rashid Sibir
Penulis
Tiada maklumat
Pelakon
Shima
... Rin
Bonnie Sta Maria ... Amin
Susan Lankester ... Anida
Mustapha Maarof ... Datuk Rahim
Azean Irdawaty ... Shalin
Zahim Albakri ... Jefri
Hairie Othman ...
Sharifah Haslinda ...
Zaidi Rock ...
Effa Ismail ...
Pekerja (crew)
Hasmy Kamal ...
Pengarah Penataan Bunyi
M. Nasir ...
Penggubah
Skor Muzik
Zainal Othman ...
Pengarah Fotografi
Penerbit
Wan Nor Azmah
... Penerbit
Grand Brilliance Sdn Bhd ...
Penerbit Bersama
Azmah Advertising Sdn Bhd ...
Syarikat Penerbitan Filem
|
Judul
filem:
Sutera Putih
Judul Bahasa Inggeris: White Silk
Slogan: Kita hanya bisa merancang, Tuhan yang menentukan
Jenis cerita: Drama / Romantik
Bahasa: Melayu

|
|
|
Tayangan
Tarikh mula tayangan umum:
21 Februari 1996
|
|
|
Teknikal
Jenis filem: 35 mm
Corak filem: Warna
|
|
Anugerah
& festival filem
Pertandingan:
Festival Filem Malaysia ke-12, 1995
ANUGERAH:
Penataan Bunyi Terbaik - Hasmy Kamal
Skor Muzik Terbaik - M. Nasir
Sinematografi Terbaik - Zainal Othman
Pengarah Harapan - Rashid Sibir
|
|
| TriviA
Sofia Jane menolak tawaran berlakon watak utama kerana beliau telah mengambil keputusan untuk berkahwin dan meninggalkan bidang
lakonan.
|
|
| Lagu &
lirik
Judul lagu tema:
Sutera Putih
Penyanyi: Shima
Bilakah bermula
Bila pulakan berakhir
Kumelayari mimpi sedih
Tanpa kasihmu di sisi
Keringlah sudah air mata
Rasa tiada lagi tangis
Mengiringi cabaran
Kemarau hidup yang panjang
Badai ranjau duri
Ku tempuh dan kuharungi
Walau gelora di persisiran
Berkecai istana mimpi
Akan ku teruskan jua
Perjalanan ku yang sepi
Demi sejarah cinta kita
Kekasih yang terpatri
Tak berdaya ku menolak
Suratan yang mendatang
Apabila diri sendiri
Terumbang dalam derita
Hanya tuhan bisa
Menunjukkan jalan
Bisa beriku kekuatan merubah
Kekalutan warna
Pada sutra putihku
Yang sememangnya dulu
Berwarna suci
Berapa lama lagi
Harus kubersabar
Melayari angan anganku
Mengecap kebahagian
Yang tak pernah ku rasakan
Seribu malam yang lalu
Walaupun sedetik saat
Di dada waktu yang gugur
Namun terpaksa
Aku teruskan
Perjalananku
 |
|
|
|
|
|
|
|
Penafian
Laman web Filem Malaysia (www.filemkita.com)
merupakan sebuah laman web berasaskan maklumat mengenai
filem-filem buatan Malaysia dan filem-filem Melayu (terbitan
Tanah Melayu/Malaya dan Singapura) sejak tahun 1933 hingga era
2000. Segala maklumat, tulisan, gambar, dialog, senikata dan
klip audio/video adalah hak milik pengeluar filem dan para
karyawan, seniman/seniwati dan penulis yang terlibat. Sebarang
penyalahgunaan bahan-bahan dalam laman web ini adalah ditanggung
sepenuhnya oleh mereka yang tidak bertanggungjawab tersebut.
Penghargaan
Setinggi-tinggi terima
kasih kepada pihak yang bekerjasama memberi sumbangan ikhlas bagi melengkapkan maklumat
dalam
laman web ini.
|
|