Sinopsis
Filem ini
mengisahkan keghairahan Yassin mengejar cita-citanya untuk
menjadi pengarah filem selepas keluar dari universiti. Sikapnya
yang begitu jimat dan kedekut menjadi perhatian rakan-rakan dan
sering menjadi bahan ketawa jirannya, Pie. Untuk mencapai
cita-citanya, dia bekerja di Metro Filem, sebuah produksi filem
sebagai production assistant dan sering menyamar sebagai
pengarah filem untuk memudahkan kerjanya. Sementara itu, Syakila,
graduan lulusan undang-undang yang menceburi bidang lakonan
tiba-tiba menjadi perhatian masyarakat apabila lakonan
pertamanya meletup. Syakila menerima tawaran membintangi filem
aksi dari Metro Filem dan di situlah dia bertemu Yassin yang
menyamar sebagai director. Yassin mendera Syakila semasa
audition kerana Syakila gagal membawa wataknya dengan baik.
Syakila berkecil hati apabila mendapat tahu bahawa Yassin
hanyalah production assistant dan mula membalas dendam. Untuk
mengambil hati Syakila, Yassin melatih Syakila teknik lakonan
secara percuma sehingga Syakila berjaya membawa watak dengan
baik. Hubungan ini menyebabkan Yassin jatuh hati pada Syakila
tetapi sikapnya menyebabkan Syakila takut untuk berbaik
dengannya. Yassin meminta bantuan Pie untuk memberi penjelasan
kepada Syakila dan Pie bertemu ibu Syakila untuk menyampaikan
hasrat Yassin. Kejutan berlaku apabila Pie mendapati ibu Syakila
adalah bekas kekasihnya 30 tahun lalu akibat daripada sikap Pie
yang juga kedekut.
A situational comedy film that shows the goings-on
in a production house. The movie centres around Yassin, a miser who
works as a Production Assistant in the local film industry. When his
boss is not around, he pretends to be a director and fools newcomers
to the industry, including Syakila, an upcoming actress...
Pengarah
A. Razak
Mohaideen
Penulis
Azhari
Zain ... Lakonlayar
A. Razak
Mohaideen ... Konsep cerita
& Skrip
Pelakon
Yassin Yahya
... Yassin
Elly Mazlein ... Syakila
Piee ... Jiran Yassin
Khatijah Tan ... Ibu Syakila
Ahmad Idham ...
Penerbit filem
Rina Khan ... Pengarah filem
Azlee (Senario) ...
Aznah Hamid ...
Serina Redzuawan ...
Farid Kamil ...
Ezad (Exists) ...
Shah Kassim ...
Zahan ...
Pekerja (crew)
A. Latiff
Mohaideen ... Penerbit Penyelaras
Azhari Zain ... Penyunting Filem
Bumble Bee Productions ... Penata
Muzik
Erman Maharam ... Penolong Pengarah
Zainal Abidin Othman ...
Sinematografi
Penerbit
David Teo
... Penerbit
Grand Brilliance Sdn Bhd ...
Penerbit Bersama
Metrowealth Movies Production ...
Syarikat Penerbitan Filem
|