Filem ini
menceritakan tentang kehidupan kanak-kanak di kampung, kenakalan
mereka dan tentang impian masing-masing apabila dewasa.
Menggunakan teknik imbas kembali, kisah bermula pada tahun 2006
apabila seorang gadis tiba di lapangan terbang dan menaiki teksi
untuk kembali ke kampung halamannya bagi menghadiri majlis
perkahwinan. Di dalam teksi itu si gadis terkenang kembali zaman
kanak-kanaknya bersama lima orang sahabatnya iaitu Mawi, Gemuk,
Ketot, Budi dan Ila. Kehadiran Ina menyebabkan Ila rasa cemburu
dan dilupakan kawan-kawannya yang ‘jatuh hati’ dengan keayuan
Ina sedangkan dia bersifat tomboy. Ila cuba berubah tetapi
ditertawakan kawan-kawannya menyebabkan dia menyisihkan diri
sehinggalah satu hari dia berpindah mengikut keluarganya ke
tempat lain. Siapakah gadis di dalam teksi itu dan perkahwinan
siapakah yang ingin dihadirinya?
Pengarah
Ahmad Idham
Penulis
Tiada maklumat
Pelakon
Mohd Addy Ashraf ... Mawi
Nik Adruce ... Gemuk
Muhammad Nasiruddin ... Ketot
Nor Zam Zam Zakaria ... Budi
Fatin Nur Afifah ... Ila
Nur’Arina Abd Malek ... Ina
Zed Zaidi ...
Shajiry ...
Syean ...
Faiz ...
Yana ...
Shahidatul ...
Safura Yaacob ...
Yezmin ...
Pekerja (crew)
Tiada maklumat
Penerbit
David Teo
... Penerbit
Metrowealth Movies Production ...
Syarikat Penerbitan Filem
Judul
filem:
Tentang Bulan
Jenis cerita: Drama / Komedi / Keluarga
Bahasa: Melayu
Penafian
Laman web Filem Malaysia (www.filemkita.com)
merupakan sebuah laman web berasaskan maklumat mengenai
filem-filem buatan Malaysia dan filem-filem Melayu (terbitan
Tanah Melayu/Malaya dan Singapura) sejak tahun 1933 hingga era
2000. Segala maklumat, tulisan, gambar, dialog, senikata dan
klip audio/video adalah hak milik pengeluar filem dan para
karyawan, seniman/seniwati dan penulis yang terlibat. Sebarang
penyalahgunaan bahan-bahan dalam laman web ini adalah ditanggung
sepenuhnya oleh mereka yang tidak bertanggungjawab tersebut.
Penghargaan Setinggi-tinggi terima
kasih kepada pihak yang bekerjasama memberi sumbangan ikhlas bagi melengkapkan maklumat
dalam
laman web ini.
Komen
& sumbangan
Hantarkan kepada kamal@filemkita.com
Teruskan menyokong dan
membangunkan Filem Malaysia. Syabas!