Empat pelajar
kolej, Sanny, Nick, JJ dan Melissa sedang menyiapkan projek
tahun akhir. Subjek pilihan ialah rumah panjang tradisional
orang Iban di Sarawak. Projek berkenaan memerlukan mereka
merakamkan sebuah dokumentari berhubung kehidupan masyarakat
tempatan. Lalu, keempat-empat anak muda terbabit menuju ke
sebuah kawasan pedalaman Sarawak. Sebelum itu, Sanny menemui
sebuah peta lama milik bapanya dalam perpustakaan peribadi
keluarga. Tiba di tempat yang dituju, pelajar itu mula
berhadapan dengan kejadian aneh. Dalam perjalanan mencari rumah
yang ingin dirakamkan, Sanny dan Melissa cuba dicabul dua lelaki
yang membawa mereka memudik sungai. Nick pula terjatuh ke
sungai, manakala JJ ditinggalkan di rumah panjang kerana cedera.
Ketika mengejar pelajar berkenaan, dua lelaki tadi tiba-tiba
berhadapan dengan lembaga bertopeng misteri. Mereka dibunuh
dengan kejam. Abang Sanny, Ah Wan, menyedari adiknya mungkin
mengikut jejak peta lama yang dijumpai di bilik bacaan bapanya.
Lalu, dia cuba mencari Sanny dan rakan-rakannya. Selepas tiba di
tempat kejadian, dia mendapati nyawa mereka semua dalam bahaya.
Lembaga bertopeng mengamuk dan tanpa belas kasihan mencabut
nyawa sesiapa saja yang bertembung dengannya. Tanpa Sanny
ketahui, topeng berkenaan menyimpan sebuah rahsia, berkaitan
legenda kanak-kanak mati dibunuh penduduk kampung dan ditanam
dalam gua persembunyiannya. Rahsia itu pula, harus disimpan
daripada pengetahuan Sanny selama-lamanya.
The film tells
the story of four university students who go into the jungles of
Sarawak to film a documentary on the Sarawak longhouses. As all
horror thrillers would go, the four students find themselves in
the midst of weird happenings and realise that their lives are
hanging perilously by a thread.
Pengarah
Bjarne Wong
Penulis
Kuek
Ching Sze ... Skrip
Pelakon
Sanny Lu
... Sanny
Smyth Wong ... Nick
Dominic Morris ... JJ
Renai Raelene Mattu ...
Melissa
Kelvin Toh ... Ah Wan
Martin Tutit ... The Little Red
Ghost
Pekerja (crew)
Alvin
Leong ... Jurufoto
Alywn Tay ... Pengurus Produksi
Bjarne Wong
... Pengarah Pemilihan Pelakon
Calavin Lim ... Perakam Bunyi
Carol Leong ... Penolong Make-up
Chai Chiaw Nee ... Pereka Grafik
Cletus Lee ... Penolong Pengurus Produksi
Dream Machine ... Penata Muzik
George Chen ... Pengarah Seni
George Fabian ... Penolong Pengarah
Seni
Iskandar ... Penolong Pengurus
Wardrobe
Joyce Lee ... Pengurus Produksi
Kong Keng
(Taiwan)
... Penolong Pengarah
Ronald Lim ... Pengurus Pemasaran
Sairol Hassan ... Penolong Pengurus
Produksi
Shawn Lu ... Make-up
Timothy Shim ... Pengarah Fotografi
& Penyunting Filem
Wong Kai Lee ... Pereka Kostum
Wong Keng Neng ... Pengurus Lokasi
Penerbit
Wong Kai
Lim ... Penerbit
Wong Tiong Hock ... Penerbit
Eksekutif
Wong Brothers Film ... Syarikat
Penerbitan Filem
Hock Star Entertainment Industry Bhd ... Syarikat Penerbitan Filem
Lain-lain
Stanley Tong
(Hong Kong)
... Penasihat Produksi
Judul
filem:
The Legend Of The Red Curse
Judul awal: The Red Curse / The
Legend
Jenis cerita: Triller / Seram
Bahasa: Inggeris, Mandarin, Melayu & Iban
Penafian
Laman web Filem Malaysia (www.filemkita.com)
merupakan sebuah laman web berasaskan maklumat mengenai
filem-filem buatan Malaysia dan filem-filem Melayu (terbitan
Tanah Melayu/Malaya dan Singapura) sejak tahun 1933 hingga era
2000. Segala maklumat, tulisan, gambar, dialog, senikata dan
klip audio/video adalah hak milik pengeluar filem dan para
karyawan, seniman/seniwati dan penulis yang terlibat. Sebarang
penyalahgunaan bahan-bahan dalam laman web ini adalah ditanggung
sepenuhnya oleh mereka yang tidak bertanggungjawab tersebut.
Penghargaan Setinggi-tinggi terima
kasih kepada pihak yang bekerjasama memberi sumbangan ikhlas bagi melengkapkan maklumat
dalam
laman web ini.
Komen
& sumbangan
Hantarkan kepada kamal@filemkita.com
Teruskan menyokong dan
membangunkan Filem Malaysia. Syabas!