Sinopsis
Perkahwinan
Wati dan Syamsul sudah menjangkau enam tahun dan dikurnia
seorang cahaya mata, Shamin. Awie, bekas kekasih Wati, walaupun
sudah enam tahun berlalu, masih tercari-cari seorang gadis yang
benar-benar dapat mengisi kekosongan hatinya. Namun, kemunculan
Farah, anak seorang hartawan, ternyata memberi sinar baru dalam
hidup Awie. Sementara itu, kebahagian
Wati dan suaminya Syamsul tidak kekal lama, di mana satu tragedi
menimpa suaminya. Wati terus hidup menjanda bersama anaknya
Shamin. Pertemuan yang tidak diduga antara Awie dan Wati di satu
majlis telah menimbulkan satu nostalgia antara mereka. Kehadiran
Awie tidak dapat diterima oleh Wati kerana dia menganggap Awie
sudah tidak ada dalam hidupnya lagi. Pada Awie pula, dia sekadar
simpati dengan nasib Wati dan anaknya Shamin. Masa berlalu
begitu cepat, tanpa disedari kemesraan mereka terus berputik
hingga menimbulkan ketegangan di antara Awie dan Farah. Farah
menganggap Wati cuba merampas Awie semula darinya. Awie
mengambil keputusan bertunang dengan Farah sekaligus memberi
keyakinan tentang kejujurannya pada Farah. Tapi, segalanya tidak
tamat di situ. Farah mahu pastikan Wati tidak terus mengganggu
hidupnya lagi. Akhirnya terjadi sebuah tragedi yang amat
menyayat hati.
Wati and Syamsul's marriage is in its sixth year and they have been blessed by the apple of their eye,
Shamin. Awie, Wati's former boyfriend, continues to search for a girl who will fill the void in his heart. Wati
and Syamsul's happiness is cut short, when tragedy strikes
Syamsul. After his death, Wati lives alone with Shamin. An unexpected meeting with Awie changes both their lives.
Pengarah
Yusof Kelana
Penulis
Yusof Haslam
... Skrip
Pelakon
Awie
... Awie
Erra Fazira ... Wati
Amy Mastura ...
Riezman ...
Pekerja (crew)
Peter Lim
... Pengarah Penataan Bunyi
Salehan
Shamsuddin ... Penyunting Filem
Penerbit
Yusof Kelana
...
Penerbit
Yusof Haslam ...
Penerbit Bersama
Fetty Ismail
...
Penerbit Bersama
ME
Communications ...
Syarikat Penerbitan Filem
Skop Productions Sdn Bhd
...
Syarikat Penerbitan Filem
|
Judul
filem:
Tragedi Oktober
Judul lain:
Sembilu III
Judul Bahasa Inggeris: October Tragedy
Slogan: Kehadiranmu bagaikan mimpi,
mengimbas kembali memori indah yang penuh luka
Jenis cerita: Drama / Romantik
Bahasa: Melayu

|
|
|
Urusniaga
Kutipan jualan tiket: RM3.2 juta
|
|
|
Teknikal
Jenis filem: 35 mm
Corak filem: Warna
Tempoh tayangan: 104 minit
|
|
Anugerah
& festival filem
Pertandingan:
Festival Filem Malaysia ke-13, 1997
ANUGERAH:
Suntingan Terbaik - Salehan Shamsuddin
Penataan Bunyi Terbaik - Peter Lim
|
|
|
|
| Lagu &
lirik
Judul lagu tema:
Tragedi Oktober
Penyanyi: Awie
Tak sanggup lagi aku
Mengenang kisah lalu
Keganasan menghantui diriku
Biarkan ia pergi
Menjadi suatu misteri
Bagaikan tiada hati yang peduli
Tak mahu ku ingat lagi
Apa yang telah terjadi
Tragedi Oktober
Sesalan aku hanya untukmu sayang
Ampunilah segala dosa-dosaku
Bagiku kau bukanlah lawanku
Kekasihku...
Hanya satu ku pinta
Kujujuran darimu
Berilah peluang hidupmu
Aku rela bersama
Meranjau onak duka
Agar berkekalan hendaknya
 |
|
|
|
|
|
|
|
Penafian
Laman web Filem Malaysia (www.filemkita.com)
merupakan sebuah laman web berasaskan maklumat mengenai
filem-filem buatan Malaysia dan filem-filem Melayu (terbitan
Tanah Melayu/Malaya dan Singapura) sejak tahun 1933 hingga era
2000. Segala maklumat, tulisan, gambar, dialog, senikata dan
klip audio/video adalah hak milik pengeluar filem dan para
karyawan, seniman/seniwati dan penulis yang terlibat. Sebarang
penyalahgunaan bahan-bahan dalam laman web ini adalah ditanggung
sepenuhnya oleh mereka yang tidak bertanggungjawab tersebut.
Penghargaan
Setinggi-tinggi terima
kasih kepada pihak yang bekerjasama memberi sumbangan ikhlas bagi melengkapkan maklumat
dalam
laman web ini.
|
|