Sinopsis
Kisah
seorang gadis bernama Nurul yang mengalami trauma untuk memandu kereta selepas dia terbabit
dalam kemalangan jalan raya. Bagaimanapun, adiknya, Nadia serta teman
lelakinya, Huzir banyak membantu memberi semangat serta sokongan supaya dia pulih
sepenuhnya. Konflik filem ini bermula apabila Jeslina, pembantu peribadi kepada
Huzir, mencetuskan perbalahan antara Nurul, Nadia dan Huzir. Akibat
percayakan kata-kata Jeslina, Nadia dan Huzir sanggup menghantar Nurul ke pusat
rawatan psikologi di sebuah hospital sakit jiwa. Dalam diam, Huzir sudah terpikat pada
Jeslina, sehinggakan keadaan menjadi tidak terkawal apabila Huzir membuat pengakuan mengenai hubungannya
dengan Jeslina. Bahagian akhir filem ini memberi kejutan kerana ia akan menguji apakah Nurul boleh pulih daripada
trauma bagi merungkai segala kekusutan serta konflik yang menyebabkan berlakunya hubungan
renggang dengan adiknya.
Nurul is unable to recover from emotional shock after a car accident despite
support and encouragement from her sister, Nadia and boyfriend Huzir. Their
relationship is tested when Huzir's new personal assistant, Jeslina starts to
influence their lives. Who is Jeslina and what is she up to?
Pengarah
Aziz M. Osman
Penulis
Aziz M. Osman
... Cerita & Lakonlayar
Pelakon
Amy Mastura
... Nurul
Nasha Aziz ... Jeslina
Azhar Sulaiman ... Huzir
Sharifah Aleya ... Nadia
Seelan Paul ... Doktor
Pekerja (crew)
Aziz M. Osman
... Penyunting Filem
Azman Abu Hassan ... Muzik Latar
Badaruddin Azmi ... Pengarah
Fotografi
Dol Baser ... Penolong Pengarah
Hazil Izham Ismail ... Penerbit
Penyelaras
Jailani Ghani ... Penerbit
Penyelaras
Muhammad Hafiez Othman ... Pengarah
Seni
Tini Arshad ... Pengurus Produksi
Penerbit
Gayatri
Su-Lin Pillai ... Penerbit Eksekutif
Tayangan
Unggul Sdn Bhd ... Syarikat Penerbitan Filem
Lain-lain
Golden
Screen Cinemas ... Pengedar Filem
|
Judul
filem:
Trauma
Slogan: Ketakutannya tiada penghujung...
Jenis cerita: Triller
Bahasa: Melayu

|
|
|
Tayangan
Tarikh mula tayangan umum:
22 Januari 2004
|
|
|
Urusniaga
Kos
pembikinan & promosi filem: RM1.2 juta
|
|
|
Teknikal
Corak filem: Warna
Sistem bunyi: Dolby Digital
|
|
|
Bikin
filem
Tarikh mula penggambaran:
November 2002
Antara lokasi penggambaran:
Hutan Simpan, Kepong; Genting Highlands & Kuala Lumpur
|
|
| Anugerah
& festival filem
Pertandingan:
Festival Filem Malaysia ke-17, 2004
ANUGERAH:
Pelakon Wanita Terbaik - Nasha Aziz
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik -
Sharifah Aleya
Pertandingan:
Festival Filem Asia Pasifik ke-49, 2004
(Fukuoka, Jepun)
ANUGERAH:
Tiada
Pertandingan: Anugerah Skrin TV3 ke-7, 2005
ANUGERAH:
Pelakon Wanita Terbaik - Nasha Aziz
|
|
| Lagu &
lirik
Judul lagu:
Kelip-Kelip
Penyanyi: Amy Mastura
 |
|
| VCD
& Soundtrack

Video CD
Pengedar: Golden Satellite
No. Siri: GPI 130
|
|
|
|
|
|
|
Penafian
Laman web Filem Malaysia (www.filemkita.com)
merupakan sebuah laman web berasaskan maklumat mengenai
filem-filem buatan Malaysia dan filem-filem Melayu (terbitan
Tanah Melayu/Malaya dan Singapura) sejak tahun 1933 hingga era
2000. Segala maklumat, tulisan, gambar, dialog, senikata dan
klip audio/video adalah hak milik pengeluar filem dan para
karyawan, seniman/seniwati dan penulis yang terlibat. Sebarang
penyalahgunaan bahan-bahan dalam laman web ini adalah ditanggung
sepenuhnya oleh mereka yang tidak bertanggungjawab tersebut.
Penghargaan
Setinggi-tinggi terima
kasih kepada pihak yang bekerjasama memberi sumbangan ikhlas bagi melengkapkan maklumat
dalam
laman web ini. Terima kasih khas kepada CinemaOnline.com.my (sinopsis).
|
|