Sinopsis
Seorang lelaki
berbaju Kesultanan Melayu purba telah menyelamatkan Datuk Shaari
dan anaknya Sahira daripada penjenayah. Oleh kerana lelaki itu
cedera di bahunya, Datuk Shaari membawanya pulang ke rumah.
Apabila lelaki itu sedar, dia memperkenalkan dirinya sebagai
Hang Tuah, pahlawan Melayu di abad ke-15. Semua orang
berpendapat yang dia telah hilang ingatan, namun Sahira mula
percaya dengan cerita Tuah. Seorang pesilat terkemuka mencabar
Tuah bertarung. Semasa bersiar-siar ke Melaka, dia ternampak
potret Sultan Anuar Alauddin Shah. Tuah menyatakan bahawa wajah
di potret itu mirip Jebat. Menurut cerita, Jebat mengamuk dan
membunuh Sultan Mahmud setelah mengetahui Tuah dihukum bunuh dan
menggelarkan dirinya sebagai Sultan. Tuah menjadi marah lalu
berusaha mencari jalan pulang ke zamannya untuk menyekat
tindakan Jebat.
Pengarah
Anwardi Jamil
Penulis
Tiada maklumat
Pelakon
Jamal Abdillah
... Tuah
Erma Fatima ...
Mustapha Maarof ...
Zami Ismail ...
Norlida Ahmad ...
Faizal Hussein ... Jebat
Pekerja (crew)
Tiada maklumat
Penerbit
Rosnani Jamil
...
Penerbit
RJ Filem Sdn Bhd ...
Syarikat Penerbitan Filem
|
Judul
filem:
Tuah
Jenis cerita: Drama / Khayalan
Bahasa: Melayu

|
|
|
Teknikal
Corak filem: Warna
|
|
|
Bikin
filem
Antara lokasi penggambaran:
Melaka
|
|
Anugerah
& festival filem
Pertandingan:
Festival Filem Asia Pasifik ke-34, 1989
(Jakarta)
ANUGERAH:
Anugerah Khas Juri - Filem yang berjaya menggarap tokoh wira dan legenda sejarah dalam bentuk filem yang bersesuaian dalam
kehendak semasa
Penyertaan:
Montreal Film Festival, 1990
|
|
|
|
| Lagu &
lirik
Judul lagu:
Berkorban Apa Saja
Penyanyi: Jamal Abdillah
 |
|
| VCD
& Soundtrack

Video CD
Pengedar: -
No. Siri: -
|
|
|
|
|
|
Penafian
Laman web Filem Malaysia (www.filemkita.com)
merupakan sebuah laman web berasaskan maklumat mengenai
filem-filem buatan Malaysia dan filem-filem Melayu (terbitan
Tanah Melayu/Malaya dan Singapura) sejak tahun 1933 hingga era
2000. Segala maklumat, tulisan, gambar, dialog, senikata dan
klip audio/video adalah hak milik pengeluar filem dan para
karyawan, seniman/seniwati dan penulis yang terlibat. Sebarang
penyalahgunaan bahan-bahan dalam laman web ini adalah ditanggung
sepenuhnya oleh mereka yang tidak bertanggungjawab tersebut.
Penghargaan
Setinggi-tinggi terima
kasih kepada pihak yang bekerjasama memberi sumbangan ikhlas bagi melengkapkan maklumat
dalam
laman web ini.
|
|