Sinopsis
Amir, seorang CEO di sebuah syarikat
kurier. Dia mengalami masalah besar apabila kurier berharga RM150,000 didapati
hilang. Ini menyebabkan Amir mengalami kerugian dan menyebabkan syarikat yang
dibukanya bersama isterinya itu jatuh ke tangan rakan kongsi mereka. Lebih mengecewakan, isterinya Mira
tidak pernah memberi kata semangat sebaliknya memperkecil-kecilkan
Amir dan sering saja mencari punca bertikam lidah. Pada suatu hari
Amir bertekad untuk meninggalkan rumah bagi mencari ketenangan.
Amir memandu seorang diri dari Kuala Lumpur ke Johor Bahru melalui tujuh
perhentian iaitu Nilai, Seremban, Air Keroh, Mahcap, Pulai, Yong Peng dan Skudai.
Sewaktu di perhentian pertama dia berkenalan dengan seorang gadis jelita
bernama Sue. Dalam masa yang singkat Amir telah jatuh cinta pada Sue, kerana Sue
memiliki kualiti yang tidak pernah dimilikinya isterinya. Namun,
ketika mereka hampir sampai ke perhentian ketujuh, suatu halangan datang
menduga. Amir akhirnya mengetahui bahawa Sue, gadis yang dicintainya
itu sudah meninggal dunia, dua hari lalu! Apakah yang akan
terjadi di perhentian ketujuh itu?
The movie is about the journey of Amir from Kuala Lumpur to Johor
Bahru. Along the way, Amir meets a mysterious but beautiful woman by the name of
Sue at all the seven stops that he makes. Intrigued and attracted by Sue, he decides to reveal his true feelings to her at the seventh and final stop and
a love relationship develops between the two of them during the short time that they're together.
Pengarah
A. Razak
Mohaideen
Penulis
Azhari
Zain ... Lakonlayar
Saniboey Mohd Ismail
... Skrip
A. Razak
Mohaideen ... Konsep cerita
Pelakon
Erra
Fazira ... Sue
Farid Kamil
... Amir
Vanida Imran ... Mira
Maya Karin ... Doktor
Waheeda ...
Rashidi Ishak
...
Serina Redzuawan ...
Hattan ...
A. Shukor Mohaideen ...
Pekerja (crew)
Erman Maharam ... Penolong Pengarah
Hashim Rejab ... Penerbit
Penyelaras
Hattan ... Penata Muzik
Mariam Ibrahim ... Penyunting Filem
Zainal Abidin Othman ... Pengarah Fotografi
Penerbit
A. Latiff
Mohaideen
... Penerbit
David Teo
... Penerbit Eksekutif
Ahmad Puad Onah ... Penerbit
Eksekutif
Metrowealth Movies Production ... Penerbit
Bersama
Grand Brilliance Sdn Bhd ...
Penerbit Bersama
MIG Beats Sdn Bhd ... Syarikat
Penerbitan Filem
|
Judul
filem:
Tujuh
Perhentian
Jenis cerita: Seram / Romantik
Bahasa: Melayu

|
|
|
Tayangan
Tarikh mula tayangan umum:
14 November 2004
|
|
|
Urusniaga
Kos
pembikinan filem: RM1.3 juta
|
|
|
Teknikal
Corak filem: Warna
|
|
|
Bikin
filem
Tarikh mula penggambaran: 20 Disember
2003
Tarikh tamat penggambaran: 11
Januari 2004
Antara lokasi penggambaran: Restoran Jejantas Sungai Buloh,
Kawasan rehat dan rawat Nilai dan Seremban, Janda Baik (Pahang),
Shah Alam & Kuala Lumpur
|
|
| TriviA
Skrip filem ini
terpaksa dipinda setelah mendapat bantahan
daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)
kerana dikatakan mengandungi unsur tahyul
apabila menunjukkan perhubungan roh dengan
manusia.
Filem ini
ditayangkan serentak dengan filem I Know What You Did Last Raya
(2004) pada Hari Raya Aidilfitri.
|
|
| VCD
& Soundtrack
[gambar]
Video CD
Pengedar: Speedy Video
No. Siri: VN 639
|
|
|
|
|
|
|
Penafian
Laman web Filem Malaysia (www.filemkita.com)
merupakan sebuah laman web berasaskan maklumat mengenai
filem-filem buatan Malaysia dan filem-filem Melayu (terbitan
Tanah Melayu/Malaya dan Singapura) sejak tahun 1933 hingga era
2000. Segala maklumat, tulisan, gambar, dialog, senikata dan
klip audio/video adalah hak milik pengeluar filem dan para
karyawan, seniman/seniwati dan penulis yang terlibat. Sebarang
penyalahgunaan bahan-bahan dalam laman web ini adalah ditanggung
sepenuhnya oleh mereka yang tidak bertanggungjawab tersebut.
Penghargaan
Setinggi-tinggi terima
kasih kepada pihak yang bekerjasama memberi sumbangan ikhlas bagi melengkapkan maklumat
dalam
laman web ini.
|
|