Sebuah satelit geostationary berlaga dengan meteorite di kawasan orbit bumi. Akibat dari
itu, satelit tersebut mengalami kerosakan teknikal yang teruk dan dijangka terkeluar dari orbit bila-bila
masa. Johan, seorang saintis pelatih di Pusat Sains telah mengaku mencipta
sebuah mesin 'laser disposal', walhal idea projek tersebut ialah dari Tina juga seorang saintis pelatih. Tina meminta pertolongan
Amir, seorang astronomi muda untuk membantunya mematahkan niat jahat Johan yang berura-ura menggunakan mesin
tersebut untuk motif jahat. Kakak Amir, Shima seorang pemandu pelancong yang arif tentang sejarah
Melaka, merupakan teman wanita Johan. Amir, Tina, Shima dan Johan terjerumus ke jurang 'time warp' dan
memasuki era tamadun kesultanan Melaka, di bawah pemerintahan Sultan Mansur
Shah. Mereka turut menjadi saksi kepada persengketaan bersejarah antara Hang Tuah dan Hang Jebat. Amir cuba mengubah
sejarah dengan menahan Tuah dari membunuh Jebat, tetapi usahanya gagal. Amir, Johan, Tina dan Shima
dianggap penceroboh dan dihadapkan kepada Sultan Mansur Shah...
Pengarah
Aziz M. Osman
Penulis
Aziz M. Osman
... Cerita & Lakonlayar
Pelakon
Aziz M. Osman ... Amir
Lydiawati ... Shima
Ida Nerina ... Seri Bayu
Jalaluddin Hassan ... Hang Tuah
Osman Kering ... Guntur
Azmil Mustapha ... Sultan Mansur Shah
Bonni Sta Maria ... Johan
Aleeza Kassim ... Tina
Razak Razman ... Hang Jebat
Richard Law ... Profesor Yeoh
Baharuddin Harun ... Bendahara
Aishah Abdullah ... Mak Dayang
Pekerja (crew)
Aziz M. Osman ...
Penyunting Filem
Azlan Abu Hassan ... Penggubah Lagu
Tema Penutup
Azman Abu Hassan ... Pengarah
Penataan Bunyi & Muzik
Badaruddin Azmi ...
Pengarah Fotografi
Hamir Soib ...
Pengarah Seni
Indra Che Muda ... Jurugambar
Izhar Yusof ... Pereka Set & Props
Jaafar Taib ... Pelukis Poster
Jailani Salehan ...
Penolong Pengarah
Michael Gunter ... Perunding Imej
Shah Rahman ...
Pengurus Produksi & Ahli Stunt
William Ong ... Penasihat Lagak
Ngeri
Zaiton Kassim ... Penjaga Sambungan
Barry Goldberg ... Penataan Bunyi Surround Stereo
Tom Long ... Penataan Bunyi Surround Stereo
John Blum ... Penataan Bunyi Surround Stereo
Penerbit
Ruhani Abdul Rahman ... Penerbit
Abdul Raouf Abdul Rahman ...
Penerbit Eksekutif
Aziz M. Osman ...
Penerbit Eksekutif
Nizarman Sdn Bhd ...
Syarikat Penerbitan Filem
Grand Brilliance Sdn Bhd ...
Syarikat Penerbitan Filem
Judul
filem: XX Ray II
Slogan: Mereka mencipta sejarah masa depan untuk mengubah sejarah masa silam! Jenis cerita: Pengembaraan / Fiksyen
Sains Bahasa: Melayu
Jenis filem: 35 mm Corak filem: Warna Sistem bunyi: Surround Stereo Tempoh tayangan: 110 minit
Bikin
filem
Antara lokasi penggambaran: Mini
Malaysia & Air Keroh (Melaka); Pusat Sains Negara
& Muzium Negara (Kuala Lumpur)
Anugerah
& festival filem
Pertandingan:
Festival Filem Malaysia ke-12, 1995 ANUGERAH: Anugerah Khas Juri 1 - Usaha tampil
dimensi baru teknik dan kesan bunyi Anugerah Khas Juri 2 - Usaha kembangkan
imaginasi sains fiksyen
TriviA
Watak lakonan
Aleeza Kassim menggunakan suara Ramona Rahman.
Filem pertama
yang menampilkan sistem bunyi Surround Stereo.
"Sultan Melaka memang agung, tapi tak semestinya bijak. Abang (Tuah) cuba fikir, abang sendiri pernah difitnah dan kemudian dihukum Sultan tanpa disiasat. Pemerintahan begitu yang abang akur?" -
Amir
"Kakak tengok orang ni (Hang Jebat). Orang ni yang cuba ubah sejarah. Dia penentang tradisi pemerintah yang memerintah ikut hawa nafsu. Dia pengasas
demokrasi!! Abang Tuah dan abang Jebat boleh bersatu untuk membina Melaka yang lebih baik. Tak ada tindas menindas, tak ada pemerintahan kuku besi. Rakyat Melaka akan hidup lebih selesa" -
Amir
Lagu &
lirik
Judul lagu: Laksmana Penyanyi: Azlina Aziz
Judul lagu: Rintihan Anak Kota Penyanyi: Awa Junaidi
Penafian
Laman web Filem Malaysia (www.filemkita.com)
merupakan sebuah laman web berasaskan maklumat mengenai
filem-filem buatan Malaysia dan filem-filem Melayu (terbitan
Tanah Melayu/Malaya dan Singapura) sejak tahun 1933 hingga era
2000. Segala maklumat, tulisan, gambar, dialog, senikata dan
klip audio/video adalah hak milik pengeluar filem dan para
karyawan, seniman/seniwati dan penulis yang terlibat. Sebarang
penyalahgunaan bahan-bahan dalam laman web ini adalah ditanggung
sepenuhnya oleh mereka yang tidak bertanggungjawab tersebut.
Penghargaan Setinggi-tinggi terima
kasih kepada pihak yang bekerjasama memberi sumbangan ikhlas bagi melengkapkan maklumat
dalam
laman web ini.