Ceritanya mengisahkan seorang pelajar sekolah menengah bernama Faridah atau Idah
yang tertekan dengan perpisahan ibubapanya. Perpisahan itu turut memisahkan dia dengan ayah dan adiknya, Dino. Idah dan Dino turut bergaul dengan sekumpulan budak-budak punk di mana ketuanya juga menaruh hati terhadap Idah. Di masa yang sama, Idah berkenalan dengan seorang
deejay radio bernama Azman. Ketika keluarga mereka sedang berpecah, Idah dan Dino mendapat perhatian daripada Azman. Sedang mereka bertambah rapat, Azman terpaksa mengikut ibunya ke luar negara untuk melanjutkan pelajaran. Sehari sebelum Azman berangkat, Idah menemui kemalangan sewaktu cuba menyelamatkan Dino dari dilanggar kereta. Ekoran peristiwa itu keluarga Idah kembali bersatu. Ketika menjenguk Idah yang terlantar di hospital, Azman meninggalkannya sekuntum bunga kecil yang pernah menemukan mereka tanpa memberitahu bahawa dia tetap akan berangkat ke luar negara. Idah berterusan menanti bersama bunga kecil itu hingga satu hari di sebuah taman, Azman muncul semula. Mereka bertemu dan melafazkan kerinduan masing-masing.
Pengarah
Deddy M. Borhan
Penulis
Tiada maklumat
Pelakon
Tiara Jacquelina
... Faridah
Khairil Anwar ... Azman
Ijoy Azahari
... Dino
Maria Arshad
...
S. Sahlan ...
Shah Rezza ...
Mariani ...
Along Kamaruddin ...
Sahib Selamat ...
Pekerja (crew)
Tiada maklumat
Penerbit
Deddy M. Borhan
... Penerbit
Sabah Film Production ...
Syarikat Penerbitan Filem
Multi Enterprise ...
Syarikat Penerbitan Filem
Judul
filem: Yang
DiSayangi
Slogan:
Kasih sayang antara keluarga dan kekasih...
tidak boleh berbelah bagi Judul asal: Rindu Bahasa: Melayu
Penafian
Laman web Filem Malaysia (www.filemkita.com)
merupakan sebuah laman web berasaskan maklumat mengenai
filem-filem buatan Malaysia dan filem-filem Melayu (terbitan
Tanah Melayu/Malaya dan Singapura) sejak tahun 1933 hingga era
2000. Segala maklumat, tulisan, gambar, dialog, senikata dan
klip audio/video adalah hak milik pengeluar filem dan para
karyawan, seniman/seniwati dan penulis yang terlibat. Sebarang
penyalahgunaan bahan-bahan dalam laman web ini adalah ditanggung
sepenuhnya oleh mereka yang tidak bertanggungjawab tersebut.
Penghargaan Setinggi-tinggi terima
kasih kepada pihak yang bekerjasama memberi sumbangan ikhlas bagi melengkapkan maklumat
dalam
laman web ini. Terima kasih khas kepada Robby (poster &
semua maklumat filem).