Ketenteraman
dan kedamaian Kampung Pisang tiba-tiba bertukar menjadi kecoh
dan huru-hara pada suatu malam. Kekecohan bermula dengan
kematian mengejut Pak Abu, Bilal kampung tersebut yang terjatuh
daripada basikalnya semasa pulang ke rumah. Tiga pemuda kampung
yang sedang melepak di tepi jalan telah menyaksikan kejadian itu
lalu mengusung mayat Pak Abu pulang ke rumahnya. Mereka bertiga
memaklumkan kepada Pak Jabit, Ketua Kampung. Pak Jabit datang
menziarah, namun beliau juga tak semena–mena meninggal dunia
semasa sedang memeriksa mayat Pak Abu. Keadaan menjadi bertambah
gawat. Ketika ketiga-tiga pemuda tersebut berbincang mengenai
kejadian yang menimpa, jeritan dari atas rumah mengejutkan
mereka. Cikgu Munah dan Cikgu Maimun, anak-anak perempuan Pak
Abu memberitahu yang kedua-dua mayat tadi telah hilang.
Kerantong dipalu, memecah keheningan Kampung Pisang pada malam
itu. Orang kampung mula berkumpul di Dewan Orang Ramai. Ketika
kekecohan itu, beberapa orang lagi rebah meninggal dunia.
Tiba-tiba bekalan eletrik terputus dan keadaan menjadi gelap.
Mayat-mayat tersebut yang telah menjadi 'Zombie' mula menyerang
orang-orang kampung. Pihak Polis dimaklumkan dan siasatan
dijalankan. Keadaan menjadi bertambah gawat dan huru-hara
apabila penduduk kampung bertempiaran lari ke sana sini untuk
menyelamatkan diri daripada diserang oleh "Zombie-Zombie".
Apakah musibah dan apakah rahsia di sebalik segala kejadian ini?
The peace and
serenity of Kampung Pisang (Banana Village) is thrown into
complete chaos when one by one, the village folks die under
mysterious circumstances. When the dead bodies disappear, three
lads – Husin, Atan and Mat Karan – start to snoop around only to
find more dead bodies. During a blackout, the corpses start to
rise and attack the villagers, asking for their brains. The
police are called in but things get chaotic when some of the
police officers turn into the living dead...
Penafian
Laman web Filem Malaysia (www.filemkita.com)
merupakan sebuah laman web berasaskan maklumat mengenai
filem-filem buatan Malaysia dan filem-filem Melayu (terbitan
Tanah Melayu/Malaya dan Singapura) sejak tahun 1933 hingga era
2000. Segala maklumat, tulisan, gambar, dialog, senikata dan
klip audio/video adalah hak milik pengeluar filem dan para
karyawan, seniman/seniwati dan penulis yang terlibat. Sebarang
penyalahgunaan bahan-bahan dalam laman web ini adalah ditanggung
sepenuhnya oleh mereka yang tidak bertanggungjawab tersebut.
Penghargaan Setinggi-tinggi terima
kasih kepada pihak yang bekerjasama memberi sumbangan ikhlas bagi melengkapkan maklumat
dalam
laman web ini. Terima kasih khas kepada Suhaila (Tayangan
Unggul)
Komen
& sumbangan
Hantarkan kepada kamal@filemkita.com
Teruskan menyokong dan
membangunkan Filem Malaysia. Syabas!