Senarai lengkap serta maklumat terkini filem tempatan... Selamat datang ke laman web Filem Malaysia... filemkita.com

Filem Cereka

A|B|C|D|E|F|G|H|I|J|K|L|M|N|O|P|Q|R|S|T|U|V|W|X|Y|Z

Filem cereka (cerita rekaan) lazimnya mengambil masa tayangan lebih kurang 90 minit dan kebanyakannya ditayangkan di pawagam atau dewan tertentu yang dapat memuatkan ramai penonton. Sejarah filem Malaysia (dahulu dikenali sebagai Tanah Melayu atau Malaya) bermula seawal tahun 1920 di mana beberapa buah filem dokumentari telah diterbitkan. Namun sejarah filem cereka hanya bermula pada tahun 1933 di mana filem Laila Majnun berjaya diterbitkan oleh syarikat Motilal Chemical. Filem arahan pengarah dari India, BS Rajhans itu berdasarkan hikayat cinta dari timur tengah di mana pelakon bangsawan M. Suki memegang peranan sebagai Majnun. Sejak itu pembikinan filem cereka telah berkembang pesat dengan kemasukan penerbit bersaudara Shaw dari China. Kegiatan perfileman ketika itu berpusat di Singapura.

Senarai lengkap filem cereka disusun mengikut abjad (lihat atas) dan tahun tayangan (lihat kanan)
* Jumlah keseluruhan filem cereka yang disenaraikan ialah sebanyak 868 buah judul filem

Filem Pendek

Filem pendek lazimnya mengambil masa tayangan yang lebih singkat berbanding filem cereka. Kebanyakan filem pendek mengambil masa tayangan kurang daripada 60 minit. Tiada jangka masa minimum yang ditetapkan untuk jenis filem sebegini. Ada yang mencapai 30 minit, 10 minit, malah 1 minit. Oleh kerana had masa tayangan yang singkat, isi kandungan filem pendek juga terbatas. Filem pendek berkait rapat dengan elemen eksperimen dan ia tidak mementingkan penceritaan yang padat. Terdapat juga filem pendek yang bersifat seperti filem cereka namun aspek penceritaannya tidak merumitkan dan agak ringkas. Biasanya filem pendek tidak ditayangkan di pawagam kerana selain masa tayangan yang singkat, format filem pendek juga tidak sesuai untuk tayangan di layar perak (bersesuaian juga dengan kos pembikinannya yang sedikit). Biasanya filem pendek dihasilkan oleh penuntut jurusan seni filem dan individu yang berminat untuk mengembangkan bakat seni filem mereka.

Lihat senarai Filem Pendek


Dokumentari

Dokumentari merupakan jenis filem terawal dihasilkan di Malaysia iaitu sekitar tahun 1920-an. Selain filem pendek, dokumentari juga biasanya mengambil masa tayangan yang singkat berbanding filem cereka dan ia juga biasanya tidak dihasilkan untuk tayangan di pawagam. Dokumentari bersifat merakamkan sesuatu peristiwa atau tajuk-tajuk khusus yang dilihat penting dan bakal menjadi bahan sejarah sesebuah negara. Dokumentari juga menjadi bahan kajian ilmiah dan sumber rujukan alternatif selain bahan-bahan bacaan yang sering menjadi rujukan utama. Selain itu dokumentari juga sering dijadikan bahan propaganda pihak tertentu dan selalu juga berjaya mempromosikan sektor pelancongan dan budaya sesebuah negara. Oleh kerana matlamatnya bukan untuk hiburan atau bereksperimen, maka dokumentari lebih cenderung dihasilkan oleh agensi kerajaan dan syarikat korporat umumnya.

Lihat senarai Dokumentari


Telefilem (TV)

Telefilem merupakan sejenis karya cereka seperti filem juga tetapi ia khusus untuk tayangan di televisyen sahaja. Medium penggambaran telefilem pula biasanya menggunakan format video yang kemudiannya boleh dipindahkan ke bentuk filem sekiranya perlu ditayangkan di pawagam. Dari aspek penceritaan pula, telefilem kadang kala mengatasi filem cereka hanya kerana satu kelebihan iaitu kurangnya halangan dalam penceritaan di mana kepelbagaian skrip boleh dilhasilkan hasil daripada kurangnya tekanan untuk menarik penonton mengunjungi pawagam. Antara kelebihan lain telefilem berbanding filem cereka adalah kos pembikinannya yang sedikit serta kurangnya bebanan tugas disebabkan saiz penerbitan yang kecil.

Lihat senarai Telefilem (TV)


Video (VCD)

Telefilem dihasilkan dan dijual kepada stesen televisyen untuk mendapatkan pulangan. Ia biasanya tidak dijual kepada orang ramai. Walau bagaimanapun, terdapat juga karya cereka tertentu dihasilkan dalam format video semata-mata untuk dijual kepada orang ramai. Biasanya filem-filem sebegini memaparkan cerita yang agak berbeza daripada yang sering disiarkan di kaca televisyen. Sesetengah stesen televisyen tidak akan menayangkan jenis filem tertentu (contohnya ganas dan seram), oleh itu penerbit filem video lebih cenderung menjual sendiri filem mereka kepada penonton yang berminat. Filem video ini biasanya diedarkan dalam bentuk cakera/pita video sama ada dalam format VCD, VHS atau DVD. Selain dapat meneroka aspek penceritaan yang baru dan segar, penerbit filem video tersebut juga dapat bereksperimen selain mendapat pulangan yang berterusan selagi filem tersebut dibeli penonton.

Lihat senarai Video (VCD)


Karyawan, Seniman & Seniwati

Karyawan, Seniman dan Seniwati filem Malaysia merupakan penggiat seni perfileman sejati yang tidak pernah jemu berkarya dengan menghasilkan khazanah filem bermutu secara konsisten di samping memberi nafas baru di sepanjang perjalanan seni mereka demi menyaksikan warisan filem Malaysia terus unggul di tangan generasi baru yang penuh dengan semangat dan iltizam. Merekalah bintang-bintang filem hebat yang terus menyinari dunia perfileman Malaysia dahulu, kini dan akan dikenang selamanya...

Lihat senarai Karyawan, Seniman & Seniwati

LAIN-LAIN



Himpunan poster filem, gambar dari filem, pilihan dialog menarik, lirik lagu istimewa, komentar penonton, serta promosi filem terbaru
www.filemkita.com/istimewa



www.filemkita.com/festival

Maklumat Seni Filem

Himpunan pelbagai maklumat berkaitan seni perfileman Malaysia, Nusantara dan antarabangsa. Dapatkan artikel, ulasan filem, fakta menarik, jaringan laman web, panduan seni filem dan banyak lagi...

Lihat Maklumat Seni Filem



YAHOOGROUPS
Dapatkan berita terkini
mengenai filem kita
dan perkembangan laman web
melalui e-mel

Login atau sertai sekarang!



Penafian
Laman web Filem Malaysia (www.filemkita.com) merupakan sebuah laman web berasaskan maklumat mengenai filem-filem buatan Malaysia dan filem-filem Melayu (terbitan Tanah Melayu/Malaya dan Singapura) sejak tahun 1933 hingga era 2000. Segala maklumat, tulisan, gambar, dialog, senikata dan klip audio/video adalah hak milik pengeluar filem dan para karyawan, seniman/seniwati dan penulis yang terlibat. Sebarang penyalahgunaan bahan-bahan dalam laman web ini adalah ditanggung sepenuhnya oleh mereka yang tidak bertanggungjawab tersebut.

Penghargaan
Setinggi-tinggi terima kasih kepada pihak yang bekerjasama memberi sumbangan ikhlas bagi melengkapkan maklumat dalam laman web ini. Terima kasih khas kepada Filem Negara Malaysia, Anwardi Jamil, Mansor Puteh, Naguib Razak, Saharil Hasrin Sanin, Dominique Hee, FINAS, Aziz M. Osman, Alice Voon, Muhammad Robi Abu Bakar, Amir Muhammad, Teck Tan, Zarul Shahrin Albakri, Mahadi J. Murat, Fadz, Shahriza Mahmud, Rosihan Zain, Hassan Muthalib, James Lee, Eezy, M. Jamil, Khoo Gaik Cheng, Pat Ibrahim, Yati, Osman Ludin, Mat Jan. Thank you to Jean-Claude Michel.

Komen & sumbangan

Hantarkan kepada kamal@filemkita.com

Teruskan menyokong dan membangunkan Filem Malaysia. Syabas!
Idea, rekabentuk & pengumpulan maklumat oleh Kamal Hakcipta laman web 1999-2006 khyswebdesign
Lain-lain hakcipta adalah terpelihara