|
2005
25
Januari 2005
VCD filem ini mengandungi dua trek audio. Satu trek
original, menggunakan kebanyakan dialog Inggeris seperti asalnya, dan ada trek tambahan yg mengandungi alih bahasa menggunakan sepenuhnya
bahasa melayu. Versi BM filem ini sebenarnya menambahkan lagi kelucuan kerana ia sungguh menyakitkan telinga (mungkinkah sengaja
dibuat sebegitu?). Jadi, lebih baik menonton versi asalnya yg menggunakan direct sound. Ah
Lok Kafe (ALK), hasil ilham kartunis Reggie Lee memang sepatutnya dibuka dengan animasi, dan ia kelihatan
begitu menarik. Seterusnya penonton dibawa ke lokasi penting filem ini, sebuah Kafe milik Ah
Lok. Kafe itu digambarkan sebagai tempat persinggahan warga kota untuk bersosial. Adakah Kafe itu di
tengah-tengah kesibukan kota, atau pun di penjuru alam, atau pun terpencil jauh di tengah
belantara? Masalahnya bila filem ini menggunakan lokasi rumah singapura (kalau tak salah
saya, di Mini Melaka), jadi ia agak terbatas dalam menggambarkan kehidupan di sekitar Kafe
tersebut. Mungkin lebih sesuai sekiranya ini sebuah sitkom utk siaran tv2. Walau bagaimanapun, kita sedar yg filem ini menggunakan
kos yg sedikit, jadi faktor2 yg kurang meyakinkan seperti lokasi itu, lupakanlah sebentar. Ceritanya secara ringkas bolehlah dikatakan
rojak. Walau bagaimananapun, ada juga kisah serius bagaimana anak lelaki Ah Lok yg cuba mencapai impiannya, tapi terpaksa berkorban
kerana kakaknya yg sakit. Itulah sedikit kisah yg tidak diberi perhatian yg
sewajarnya, kerana utk menjadi sebuah kisah komedi, filem ini memang perlukan banyak kisah2 sampingan watak2 yg berlegar
di Kafe tersebut. Kisah sampingan itulah elemen hiburan/komedi dalam filem ini, walaupun
kebanyakannya tidaklah begitu menghiburkan. Akhirnya apa yg penonton dapat selain sedikit hiburan? Apa yg
penonton ingat? Mungkin ramai yg cuma ingatkan rambut2 palsu yg dipakai oleh kebanyakan watak filem
ini. Selain itu mungkin juga ada penonton yg terkeliru mengenai Ah Lok Kafe ini. Adakah ia sebuah
Kafe, atau sememangnya lebih tepat digelar Ah Lok Bar? Erm... cheers!?
1/2 (setengah bintang)

2004
30
November
2004
Akhirnya, baru jumpa VCD filem ini. Kalau nak kata baru
dikeluarkan, nombor siri Golden Satellite nya menunjukkan ia sudah agak lama.
Malah, sijil LPF juga menunjukkan tarikh pada bulan April. Adakah VCD filem ini mengalami masalah pengedaran? Bagaimana agaknya
filem komedi bahasa inggeris ini? Adakah seteruk komen para penonton tidak lama
dulu? Jawapannya hanya selepas ditonton.
7 April
2004
TELAH DITAYANGKAN - filem
ini mula ditayangkan pada 18hb Mac, itu pun cuma tayangan tengah malam di KL
saja. Sehari selepas itu, barulah ia ditayangkan di 12 buah pawagam, sama macam
filem-filem inggeris tempatan sebelum ini (tidak ditayangkan seluruh negara,
cuma di tempat tertentu). Seminggu kemudian, cuma tinggal 6 buah pawagam yg
masih menayangkannya. Bertahan tak sampai 2 minggu, filem ini akhirnya telah pun
meninggalkan pawagam. Filem ini betul-betul tersepit di antara Buli dan Bintang
Hati yg masih gagah bertahan. Dulu, pernah dilaporkan yg penerbitnya bercadang
untuk memasarkan dvd Ah Lok Kafe, sama-samalah kita tunggu. Sebenarnya, vcd nya
pun belum tentu laku. Lagi satu, penerbit juga bercadang untuk menjadikannya
sebuah siri sitkom untuk tayangan di TV. Nampaknya mereka terpaksa fikir semula,
berdasarkan sambutan buruk di pawagam. Atau, sememangnya cerita filem ini lebih
layak atau sesuai hanya sebagai sebuah produksi TV?
2 Mac
2004
Poster dah pun ada di
Cinema Online. Poster filem komedi yg simple - karikatur. Kesemuanya center (gambar/tulisan),
jadi nampak kemas, warna pun menarik, walaupun sebenarnya nampak sangat
ketandusan idea (ataupun malas mencari idea?). Tapi, filem ni pun bajet sikit,
nak harap terlalu tinggi pun tak patut. Tagline pula tak nampak, sebab posternya
kecik sangat.
http://www.cinemaonline.com.my/movie/movie.asp?search=ahlok
18
Februari
2004
AKAN DITAYANGKAN - 18 Mac. Tarikh ini disenaraikan dalam Cinema
Online. Filem komedi situasi bajet rendah. Filem bahasa Inggeris yang mungkin dipandang sebelah
mata oleh peminat filem melayu. Tapi, Ah Lok Kafe patut ditonton sebab ia dibuat sebagai filem Malaysia, filem untuk
semua penonton. Dan lagi, ia sebuah komedi. Bukankah penonton sukakan komedi?
Tapi, kalau penonton pun tak tahu kewujudan filem ini, memang lah satu kerugian. Ah Lok Kafe juga adalah satu-satunya Filem Malaysia
yang disenaraikan oleh The Star di antara banyak-banyak filem kita yang akan ditayangkan tahun ini bersama-sama filem Hollywood. Melihatkan
barisan pelakonnya, penggunaan bahasa Inggeris lagi, dan paling mengejutkan - tarikh tayangan: satu minggu selepas Buli, dan selepas
ditayangkan seminggu, berentap pula dengan Bintang Hati! Nampaknya Ah Lok Kafe perlu meyakinkan penonton yang ceritanya memang berbaloi
ditonton di pawagam. Kalau tak, memang dia akan tersepit ditengah-tengahlah...
2003
3
September 2003
AH LOK CAFE - filem video digital terbaru.
Nak jimat
kos. Cerita berdasarkan karektor ciptaan kartunis Reggie Lee, dan diarahkan pula
oleh Anwardi Jamil. Asalnya Afdlin Shauki akan berlakon, tapi sekarang dah tak jadi.
Pelakon yg masih ada, Ida Nerina. Yang lain-lain, Naida dan
adalah lagi. Ada beberapa publisiti dah keluar dalam Cinema Online. Ada poster awal filem tu di..
http://www.cinemaonline.com.my/news/news.asp?search=ahlok
Logo untuk tajuknya macam Hard Rock Cafe. Mungkin Ah Lok ni sebutan
pelat Cina untuk Hard Rock? Kisah kehidupan yang berlegar di sebuah kedai minum di tengah
kota. Target untuk tayang Disember
nanti. Biar betul, filem lain pun tengah berebut-rebut gaduh nak tayang hujung
tahun, ini nak tambah satu lagi? Dihebohkan juga tentang konsep Filem Malaysia yang pertama kali diorang nak buat. Ye ke?
Cubalah buat
publisiti cara lain..

|