|
2003
21 Oktober
2003
Benarlah, teknologi tak dapat menutup kelemahan
cerita. Aku Kaya The Movie (AKTM) terlalu lemah. Asas filem, iaitu cerita tak
diberi perhatian (kalau boleh dikata) langsung! Inilah yang terjadi kalau
terlalu inginkan penonton yang ramai, atau terlalu ingin
'aku kaya'. Cerita ini sebenarnya boleh jadi bagus kalau
diletakkan satu matlamat. Ini tidak, apa yang kelihatan ialah mereka
terlalu 'main-main'. Semua orang tahu AKTM adalah susulan kejayaan
VCD telefilem Aku Kaya. Permulaan AKTM adalah sambungan
VCDnya, di mana di akhir telefilem itu, Yassin memenangi
RM1 juta dari satu pertandingan kuiz. Dalam AKTM
pula, Yassin dan 2 orang abangnya ditunjukkan sedang berendam dalam
kolam renang, dan mereka kata 'seronok jadi orang
kaya'. Rumah mereka besar bertingkat-tingkat. Dalam telefilem sebelum ini, rumah mereka rumah
kayu. Jelaslah mereka hidup mewah hasil kemenangan
Yassin mendapat RM1 juta. Memang sah filem ini disambung dari
VCDnya. Tapi, benarkah?? Kalau benar begitu, bagaimana pula Yassin berasa hairan
dengan kewujudan bilik rahsia yang menyimpan peti kayu yang
mengandungi sejarah keturunan mereka? Rumah itu tentu baru dibina
atau dibeli, dan tentulah peti itu asalnya dari rumah lama mereka dan
segala-galanya tidak rahsia lagi! OKlah, dengan
terpaksanya, saya menolak segala ceritanya dan menumpukan seluruh perhatian
terhadap motif utama filem ini - lawaknya. Banyak lawak slapstik -
OKlah, sebab saya pun tak harap diorang buat lawak cerdik. Tak ramai orang boleh buat pun. Lakonan
pula, saya wajib kata yang Jeslina berlakon sungguh teruk. Jeslina hampir merosakkan segala-galanya bila dia
muncul bersama-sama Yassin. Adegan yg best pula, kebanyakannya
masa zaman Jepun. Jeslina berlakon jadi Melati (dalam filem
Embun, ada juga watak Melati lakonan Ellie Suriaty) dan ibunya, Azizah Mahzan, sempat menang award lagi sambil
tengah menangis, hahaha.. Selamba jer dia kenakan Khatijah Tan. Lagi
satu, Buyak (abang Melati) selamba jer nyanyi lagu Rasa Sayang kutuk Jepun, dan memang patut pun dia lepaskan tangan masa
dipenjara, sebab dalam Embun pun, memang tak logik kena ikat cam tu. Kan dah
kena. Ending zaman Jepun tu pun OKlah. Tapi ending sebenar filem ni pula, entah apa-apa
ntah. Itu belum kira adegan zaman batu dan zaman
lanun lagi, huh! Kesimpulannya, VCD telefilem Aku Kaya adalah jauh lebih
bagus dari segi cerita dan lawaknya daripada filem AKTM
ini. Di akhir VCD AKTM ini, ada sedutan telefilem
terbaru berjudul Aku Kaya Gilerr, yg tak kurang
teruknya. Saksikan.
*

20 Oktober
2003
AKU KAYA THE MOVIE - ini satu lagi filem yg begitu cepat dikeluarkan
VCDnya. Mesti ramai dah beli. Yang dah tonton di pawagam pula, adakah mereka akan mendapatkan VCDnya pula?
Saya dah tonton VCD
ni, nanti sajalah komen.
4
September 2003
Baru je baca ulasan filem ni oleh Cinema Online.
Walaupun cuma diberi
2.5 bintang, tapi banyak komen positif. Jadi, betullah zaman Jepun tu spoof Embun dan ia juga bahagian (segmen) paling best dalam
keseluruhan filem.
Petikan ulasan:
Finally, there is the Japanese Occupation segment. This segment is
easily the most interesting out of the three, as the dialogue is outright humorous from beginning to end. Perhaps what made it funny
was that this segment spoofed that other Japanese Occupation movie, "Embun".
Ulasan penuh:
http://www.cinemaonline.com.my/movie/movie.asp?search=akukaya
3
September 2003
AKAN DITAYANGKAN - 4 September 2003.
Baru je Khamis lepas, Diari Romeo mula ditayangkan. ESOK, AKTM pula muncul. Saya terbaca
tentang harapan penerbitnya: VCD Aku Kaya kan dapat sambutan hebat? 100,000 unit terjual (tak termasuk cetak
rompak)? Jadi penonton atau peminat Aku Kaya ni mesti ramai gila punya - betullah tu andaian
penerbitnya. Tapi, dia terlupa bahawa penonton VCD adalah golongan generasi baru penonton yg dilahirkan di
ruang tamu rumah, di hadapan kaca TV. Golongan ni tidak ramai ke pawagam.
Diorang ni semua spesis
lain. Spesis yang ke pawagam ni pula, lain kategori. Saya percaya, peminat Aku Kaya yang beli
VCDnya, adalah juga orang yang akan beli VCD AKTM sahaja (mereka tidak ke
pawagam). Kalau pun ada yg ke pawagam, tak ramai. Jadi, adakah lagi harapan untuk AKTM?
Saya rasa
ada. Siapa dah boring dengan Senario? Ramainye.. Ha, inilah sepatutnya sasaran AKTM.
Tambahan pula Lang
Buana pun lambat lagi akan keluar. Peminat Senario pula dah terbukti sanggup ke pawagam, sitkomnya di siar
seluruh Malaysia. Jadi, dengan adanya Yassin dalam Aku Kaya dan statusnya sebagai bekas Senario yg
muncul dalam 2 filem box-office mereka (dan menjadi pelakon paling disukai dalam 2 filem tu), AKTM tak
perlu risau atau berharap pembeli VCD akan menukar tabiat menonton mereka ke layar
besar, kerana sebenarnya ramai yg dah tak sabar nak dengar panggung bergegar dengan
gelak tawa yang tidak dibuat-buat. Kenapa saya kata begitu? Dah tengok The Making Of AKTM?
Baru je
disiarkan Ahad lepas. Sebelum itu, perlu diingatkan yg filem ni dalam kategori komedi keluarga.
Jadi, tak perlu beri harapan yg tinggi. Memang bukan filem anugerah. Dalam promosinya pula tak disebut langsung
tentang mesej filem. Jadi, yg tinggal adalah hiburan atau kegembiraan. Dalam The Making Of
AKTM, saya tertarik dengan zaman Jepun. Filem AKTM ini adalah cerita imbas
semula/flashback (Lagi - selepas Paloh) dari zaman-berzaman, zaman batu, lanun, jepun dll.
Untuk zaman
Jepun, pakaian tentera Jepun tu semua dikatakan dipinjam dari filem Embun. Yang best
tu, ada babak-babak yg spoof (mempermainkan) filem Embun. Ada babak Jeslina (Leha) pergi markas
Jepun dan minta jumpa abangnya bernama Buya (dalam Embun, Bayu). Lepas tu dia jumpa sorang ketua
tentera Jepun (tak tunjuk pun apa dia buat pada Leha, kena tunggu di pawagam) yang dengan selamba
di'warning'
oleh Leha sebab Jepun tu suka rogol walaupun muka tak hensem. Sebelum tu ada tunjuk sepasang
tentera Jepun jalan berpimpin tangan (?), rasa musykil pulak. Itulah serba sedikit yg ada dalam The Making Of
tu. Rahim Razali pun selamba je berlakon komedi, jadi ketua lanun. Selain tu ada jugalah special effect
sebab diorang ada kelebihan bila guna kamera digital HD (pertama kali di Malaysia).
Rakaman suara pun
secara terus. Kita tengoklah nanti bagaimana kualitinya (gambar+bunyi) di layar besar.
Bermula ESOK
(jangan pergi hujung minggu, ramai orang.. cuti sekolah lagi kan?). Tonton dan
lihat: adakah Aku Kaya The Movie akan membuatkan Mereka Kaya.
12 Ogos
2003
Aku Kaya The Movie adalah filem ke-4 menggunakan judul The Movie
selepas Senario (sitkom), Gerak Khas (drama bersiri), Anak Mami (telefilem). Aku Kaya asal dari VCD. Dikatakan filem pertama
menggunakan teknologi kamera HD (jangan tanya). Baru tahu pengarahnya adalah Murali Abdullah (pengarah telefilem Najwa yg menang
baru ni). Habislah Senario (?).
15 Julai
2003
AKU KAYA THE MOVIE - akan
ditayangkan pada 4 September 2003. Inilah filem pertama terbitan A&A Production yg menerbitkan VCD Aku
Kaya. VCD laku gila, muncullah The Movie. Lepas filem ni siap baru mereka buat Aku No. 1. Tarikh ni disebut sendiri penerbitnya (Mariana
Hashim kakak Jeslina) dalam satu forum di TV yg membincangkan topik VCD. Filem ni tak pernah dilancarkan dan saya tak pernah tulis dalam e-mel sebelum ni. Tiba-tiba saja dah nak
tayang. Pelakon utamanya pastilah Aku Kaya (Yassin, Hamdan, Illya) dan Jeslina
Hashim. Pengarahnya saya lupa. Sinopsisnya menggambarkan yg filem ni dibuat dalam banyak
segmen yg menggambarkan pelbagai zaman yg ditempuhi tiga orang heronya.


|