[PAWAGAM] - AKU NO. 1


2004

31 Ogos 2004
Hari ini PGL mula ditayangkan di seluruh negara. Oleh kerana saya baru saja menghadiri tayangan perdana PGL baru2 ini (25 Ogos), jadi hari cuti umum ini saya membuat keputusan menonton sebuah lagi filem yg sedang ditayangkan, filem komedi pertama arahan Aznil Nawawi. Saya juga mengambil kesempatan meninjau sambutan penonton terhadap PGL, tapi tidaklah sesak sangat pawagam seperti yg saya jangkakan. Oleh kerana tiket Aku No. 1 (AN1) ini dibeli terlalu awal, saya telah dengan tidak sengajanya terlepas 30min pertama filem ini (haha... merayau ker?). Tak kisahlah tu, lagipun ini filem komedi kan, walaupun sebenarnya banyak juga unsur2 lawak ada dalam adegan2 awal itu (telah ditonton semula melalui vcd). AN1 pada saya adalah antara filem komedi yg menarik dalam tahun ini. Saya tak tahu nak komen lebih2, tapi Aznil sebagai pengarah yg bertanggung jawab menghidupkan unsur2 komedi -yg boleh dikatakan jarang digunakan dalam filem tempatan- telah berjaya melahirkan sebuah filem komedi yg begitu gila-gila. Lebih gila dari Gila-Gila Pengantin Remaja. Semuanya itu adalah pengaruh daripada filem komedi barat yg suka mempermainkan segala apa yg mampu dimainkan asalkan ia menjadi lawak. Logik tidak diperlukan dalam filem seperti AN1 ini. Memang begitu konsepnya, dan itulah yg menariknya kerana ia susah utk dijangka. Walau bagaimanapun, peminat2 kartun, komik, parodi dan mungkin juga produk2 tv karya Aznil mungkin tidaklah begitu terkejut dgn kegila-gilaan filem ini. Mungkin juga boleh dikatakan ini adalah komedi gaya Aznil. Ada idea, ada kreatif, dan ada sedikit cerita yg err.. bukanlah bagus sangat pun! Tapi, kekurangan dari segi ceritanya itu telah ditutup dengan agak baik oleh komedi, humor, lawak atau apa saja perkataan yg telah membuatkan penonton tersengih, ketawa, tersenyum dan rasa terhibur buat seketika. Walaupun cuma seketika.
**

20 Julai 2004
Tahun lepas, masa filem ni diumumkan dalam filemkita, Aznil adalah 'pengacara TV yg dah tak popular'. Kini, Aznil dah pun popular semula! Tak tahulah sejauh mana popularnya dia sekarang, tapi filem ini sebenarnya menguji sejauh mana kebolehan Aznil dalam bidang pengarahan filem. Semasa Aznil diberi peluang mengarah beberapa telefilem TV beberapa lama dulu, dia cuba juga untuk beri kelainan dari segi persembahan komedinya. Rasanya mungkin ramai yg sudah lupa, tapi sekiranya dibandingkan dgn Azwan - mungkin ramai yg sudah tahu siapa No. 1, siapa pula yg kecoh saja lebih, kan? Jadi, bagaimanakah persembahan komedi Aku No. 1 ini nanti, walaupun ceritanya agak kurang menarik. Selepas Bintang Hati, ini adalah sebuah lagi filem yg melihat dari dalam - kehidupan para selebriti hiburan tempatan. Mungkinkah akan ada banyak elemen sindiran?

30 Mei 2004
AKAN DITAYANGKAN - 19 Ogos. Filem ini asalnya disasarkan tayangan pada bulan Mei. Mungkin ia masih belum bersedia ketika itu atau tidak mendapat tarikh yg sesuai. Tarikh rasmi ini diumumkan oleh laman web Finas. Trailer filem ini terdapat dalam vcd telefilem Aku Kaya Giler.

7 April 2004
AKAN DITAYANGKAN - 13 Mei. Masih tiada berita tentang promosinya. Mungkin akan bermula hujung bulan nanti.

2 Mac 2004
Filem komedi yang paling menyedihkan tahun ini? OK juga lah kan, sebab takde filem Z. Lokman tahun ini.

18 Februari 2004
AKAN DITAYANGKAN - 13 Mei. Akhirnya filem ini muncul ditengah-tengah kerancakan filem kita. Tak dapat dikomen lebih lanjut, lagipun masih tak tahu jadual filem lain yang akan berentap dalam bulan Mei. Apapun tunggu je lah filem ini (tengok belum tentu lagi). Kisah rumah tangga Aznil dan Azwan. Gimik dah muncul, tapi mungkin terlalu awal.


2003

15 Julai 2003
AKU NO. 1 - filem ni seingat saya belum dilancarkan secara rasmi. Macam juga filem Aku Kaya The Movie dari penerbit yg sama - A&A Production (kalau tak silap namanya) yg menerbitkan VCD Aku Kaya. Filem macam ni memang nampak terus terang mahu sangat kutipan box-office yg tinggi - itu matlamatnya yg jelas. Kontroversi menjadi elemen penting - dalam dan luar cerita. Dilaporkan: pengarahnya Aznil Nawawi (pengacara TV yg dah tak popular), dan pelakon utamanya: Jeslina Hashim (yg entah apa-apa dalam cerpen TV Odisi) dan Azwan Ali (yg mukanya muncul dalam beberapa filem sebelum ni). Filem apa diorang buat ni? Kisah personaliti terkenal bergaduh dan mencari perhatian siapa yg lebih (kononnya) bagus dan Nombor 1.



www.filemkita.com © 1999-2005 khys