|
2004
12 Ogos
2004
Petikan: Since the key role of Almayer's 20-year-old daughter has still
not been cast, the producer and director are now looking to hold casting calls in Bali and Jakarta within this month.
(nampaknya pelakon wanita malaysia tak merasa le nak dapat perhatian
dunia nanti)
Petikan: "I am sure Indonesia has a lot of talent. The girl must be creative, talented and natural, and should be under 20," the director
said.
(U-Wei pun 'terpaksa akur' utk pilih gadis
Indo)
Artikel penuh yg mengandungi petikan2 di atas terdapat di...
www.lebrocquyfraser.com/03_press/press_readings/almayers_folly_set_in_RI.htm
21 Januari
2004
ALMAYER'S FOLLY - menurut laman web penerbit filem
ini, LeBrocquyFraser.com, penggambaran filem ini akan bermula pertengahan tahun ini iaitu
selepas siapnya filem-filem mereka yang lain, termasuk filem terbaru U-Wei, Buai Laju-Laju yang juga diterbitkan oleh mereka dan
dirancang untuk tayangan awal tahun ini. selepas U-Wei mengarahkah gabungan filem pendek dengan pengarah lain (berjudul Five Worlds), baru
filem ini akan mula shooting. Almayer's Folly disahkan akan dibintangi oleh Harvey Keitel sebagai watak utama Almayer. Walau bagaimanapun Harvey
ada beberapa filem yang dalam penggambaran tahun ini (rujuk IMDB), tak tahulah bila dia nak shooting, mungkin akan dibuat adegan watak
lain dulu. Tapi, yang agak menghairankan juga ialah tentang watak Nina yang masih belum diumumkan di laman web penerbitnya.
Adakah
masih belum bertemu pelakon yang sesuai, atau ingin dirahsiakan. Nampaknya U-Wei
begitu teliti memilih watak wanita kacukan mat salleh-melayu ini. Mungkin dia tidak mahu apa yang terjadi dalam filem-filem
sebelum ini berulang. Atau adakah pelakon yang sesuai itu sememangnya tidak wujud di
Malaysia ini. Watak Nina itu saya agak sudah pasti perlu menggunakan bahasa melayu.
Mungkin di Indonesia ada calonnya
(kerana dalam filem ini Nina ialah anak kepada watak Christine Hakim). Tapi, sudah tentu
U-Wei mahu menampilkan pelakon malaysia juga (saya harap), kerana watak wanita dalam filem
U-Wei selalunya ada peranan besar yang tersendiri. Sayang sekali sekiranya filem
bertaraf antarabangsa ini tidak mampu menonjolkan bakat pelakon kita (terutamanya wanita, kerana pelakon
lelakinya sudah ditetapkan Eman Manan dan Khalid Salleh). Dari segi teknikalnya pula filem ini pasti
mendapatkan pakar yang terbaik tanpa mengira negara (sudah pun dilakukan oleh PGL). Almayer's Folly bakal
menjadi satu lagi episod menarik dalam dunia filem kita sebaik sahaja ia memulakan
penggambaran nanti.
2003
Tanpa berita... sunyi sepi.
2002
Sepi tanpa berita...
2001
12 April 2001
U-Wei. Dah lama tiada update tentang projek filem dia kan? Beberapa tahun lepas diumumkan tentang projek besar berjudul Almayer tapi kemudian senyap je.. Berita terkini
menyatakan projek tu masih berjalan..

|